Sesi perbicaraan yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO bukan menjadi hal yang lebih penting berbanding usaha menyelamatkan negara.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Ahad.
“Selamatkan negara lebih penting, daripada kemelut krisis politik yang berlaku.
“Kalau nak dituduh pemimpin yang ada ni terpalit dengan pelbagai masalah, pemimpin terdahulu pun (Pakatan Harapan) ada juga masalah dan perbicaraan boleh dihentikan serta-merta daripada pihak mahkamah, terlepas begitu sahaja,” ujar Hadi.
Setelah hampir 50 tahun tidak mempunyai kedudukan sebagai kerajaan pusat, Pas buat pertama kali memberi sidang media sejak tahun 1974 bagi membincangkan perkembangan semasa politik negara.
Abdul Hadi turut menzahirkan sokongan kepimpinan Pas sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Pada masa sama, parti tersebut menaruh harapan agar kerajaan mengutamakan agenda dalam memulihkan ekonomi.
“Harapan kami adalah agar kerajaan dapat merapatkan jurang kaya dan miskin, meningkatkan tahap pendidikan, dan pembangunan seimbang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak”
“Seterusnya menjaga prinsip Federalisme dengan Negeri-Negeri,” jelasnya.
Sementara itu, Hadi memberitahu bahawa sesi perbincangan mengenai Kabinet masih lagi belum dilakukan.
“Kita selesaikan untuk tubuh kerajaan kita dahulu, dan perbincangan kabinet itu hanya akan dilakukan dalam masa terdekat,” jelasnya dalam sidang media itu.
Terdahulu, Pas meminta semua rakyat Malaysia menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri baharu.
Hadi Awang turut berkata rakyat juga perlu memperkukuhkan muafakat dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kepada kemakmuran negara.
LAPOR LANGSUNG: MY2020: Muhyiddin PM-8
Faris Danial Razi
Sun Mar 01 2020
Pada masa sama, Pas menaruh harapan agar kerajaan mengutamakan agenda dalam memulihkan ekonomi - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kes dadah: 'Dah terlalu penat' - Isteri Along Cham anggap ujian terbesar
Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menganggap apa yang berlaku kepada suaminya kini merupakan satu ujian sangat besar daripada Allah.
[INFOGRAFIK] Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Kereta Ditenggelami Air?
Berikut adalah info berkenaan dengan apa perlu dilakukan sekiranya kereta ditenggelami air?
Jerebu menebal, rakyat sengsara, apa tindakan kerajaan?
Bermengah, semput, mata pedih...semakin hari semakin teruk. Begitu rungut penduduk yang tinggal di bandar paling tercemar di dunia, New Delhi. Jerebu bukan semakin pulih, sebaliknya semakin merosot.
Korea Selatan lancar satelit pengintip ketiga
Korea Selatan telah melancarkan satelit pengintip ketenteraan ketiga buatan tempatan pada Sabtu. Pelancaran satelit itu dibuat dari pusat angkasa Amerika Syarikat di California menggunakan roket SpaceX Falcon 9.
Ratu cantik Malaysia dinobat Miss Charm 2024, tewaskan peserta Australia, Vietnam
RATU cantik Malaysia, Rashmita Rasindran menepati ramalan apabila dinobat sebagai pemilik mahkota baharu pertandingan ratu cantik Miss Charm 2024.
AWANI Ringkas: Kematian kucing di UM, akibat serangan anjing liar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pertemuan PM bersama Prabowo & Thaksin, apa bakal dibincangkan?
Prof Azizuddin dari UUM memberikan analisis menjelang pertemuan Perdana Menteri bersama Presiden Indonesia dan bekas PM Thailand di Langkawi pada Isnin dan Khamis depan.
Trump pilih pencipta 'The Apprentice' Mark Burnett sebagai Utusan Khas ke UK
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencalonkan penerbit televisyen British Mark Burnett yang terkenal dengan rancangan "The Apprentice", sebagai utusan khas ke United Kingdom (UK).
Jambori Pengakap medan asah bakat, praktik nilai keamanan - Johari
Jambori Pengakap Malaysia merupakan medan bagi pemimpin muda mengasah bakat dan ilmu serta mempraktikkan nilai keamanan dalan kehidupan seharian.
Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol anak saudara teman wanita
Seorang peniaga kelapa mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang juga anak saudara teman wanitanya.
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.