Lebih 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan membabitkan tiga cabang bertindak keluar dari parti berkenaan petang tadi.
Ia melibatkan ahli dan pimpinan dari Cabang Kubang Kerian, Rantau Panjang dan Ketereh.
Ketua Cabang Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir berkata, tindakan yang dilakukan ini susulan pemecatan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
“Saya telah memilih untuk setia kepada timbalan dan naib presiden yang dipercayai dengan istiqamah menurut hala tuju mereka kerana hingga saat ini mereka peduli kepada anggota bawahan,” kata Ab Aziz dalam satu sidang media di sini pada Rabu.
BACA: Azmin dan 10 ahli PKR keluar parti, bentuk blok bebas di Parlimen
BACA: 'Kami sangkal sekeras-kerasnya pihak yang label kami pengkhianat'
Beliau yang merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Negeri, menjelaskan hala tuju PKR kini sudah terpesong.
Katanya sebagai permulaan, ahli dari tiga cabang berkenaan dan akan disusuli oleh cabang lain.
Beliau berkata hampir 10,000 daripada 25,000 ahli PKR Kelantan yang direkodkan sebelum ini, dijangka akan meninggalkan parti sehingga hujung Mac depan.
Muhafandi Muhamad
Wed Feb 26 2020

Ketua Cabang Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir berkata, tindakan yang dilakukan ini susulan pemecatan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin. - Astro AWANI
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.

Kanak-kanak dijumpai dalam takungan air kumbahan disahkan meninggal dunia
Mayat kanak-kanak itu telah diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

PRU15: Annuar tidak dicalonkan hanya khabar angin - Ahmad Jazlan
Dakwaan kononnya penyandang Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanyalah khabar angin.

Beberapa pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah
Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, cedera selepas tangki air sekolah itu pecah lalu menimpa laluan pejalan kaki dalam kejadian hari ini.

Pasangan kekasih dituduh tetak mati pemuda di kawasan perkuburan
Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemuda di Kampung Gondang, Ketereh, Mei lalu.

Kompleks hiburan sukan konsep digital bernilai RM6 juta dibina di Ketereh
Kompleks seluas 23 hektar itu dijangka dibangunkan setelah rundingan selesai tahun ini.

Kerajaan bina penjara terbesar di Kelantan
Penjara baharu yang boleh menempatkan 3,000 banduan akan dibina di Kelantan dan dijangka siap pada 2027.

Kerajaan beri perhatian titah YDP Agong - Annuar Musa
Annuar menjelaskan menerusi Pelan Pemuliah Negara (PPN) yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini kerajaan telah menyatakan parlimen akan bersidang seawal September.

Menteri lancar tema Hari Guru melalui video pendek
Tema dipilih bagi menonjolkan peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme, bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Zikir, baca al-Quran dan solat awal waktu jadi amalan warga emas 109 tahun
Sentiasa mengamalkan zikir, memelihara wuduk, membaca al-Quran dan solat di awal waktu adalah antara amalan seorang wanita warga emas berusia 109 tahun.