Ahli UMNO setia kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kesetiaannya kepada perjuangan parti, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Dr Mohd Puad berkata demikian ketika menyanggah ulasan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Najib menuntut seluruh ahli UMNO berbai'ah dan memberi wala' kepadanya secara membuta tuli dan tanpa soal.
Jelas Dr Mohd Puad kesetiaan ahli UMNO kepada Najib bukan kerana taksub kepada individu sebaliknya ia merupakan tanda kesetiaan kepada institusi presiden.
"Mereka kekal setia dalam UMNO. Bukan kerana taksub kepada Najib tetapi taksub kepada perjuangan UMNO.
"Kerana menolak kesetiaan membabi butalah ahli UMNO tidak mahu keluar meninggalkan UMNO dan ikut jejak Mahathir dan Muhyiddin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas ahli parlimen Batu Pahat itu menjelaskan, kesetiaan ahli UMNO ialah seperti yang difirmankan dalam Surah An Nisa iaitu kesetiaan selagi pemimpin tidak melakukan perkara di luar batasan.
Pada Isnin, Muhyiddin dalam satu kenyataan media yang disiarkan di laman Facebooknya mendakwa Perhimpunan Agung UMNO tahun ini menjadi kancah Najib membela dirinya.
"Sepanjang ingatan saya, perhimpunan agung adalah tempat presiden Umno membicarakan hal-hal berkaitan kedudukan orang Melayu, agama Islam, masa depan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.
“Tetapi kali ini presiden Umno menuntut seluruh ahli berbai'ah dan memberi walak kepadanya secara membuta tuli dan tanpa soal," tulis Muhyiddin.
Dalam kenyataannya juga, Muhyiddin menepis tuduhan bahawa beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pengkhianat perjuangan Melayu kerana bersama pembangkang.
Sebaliknya, bekas timbalan presiden UMNO itu menjelaskan beliau dan Dr Mahathir kini menyertai pembangkang kerana tidak lagi boleh berkompromi dengan Najib dan pengikutnya yang khianat terhadap perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.
"Saya dan Tun Dr Mahathir tidak lagi bersama Umno hari ini bukan kerana mengkhianati perjuangan Melayu, tetapi kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan tindak tanduk Najib dan konco-konconya yang khianat terhadap perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.
"Mustahil saya dan Tun Dr Mahathir akan mengkhianati bangsa Melayu dan agama Islam!" katanya lagi.
Kata beliau, tindakan Najib menggunakan sentimen anti-DAP untuk menakut-nakutkan orang Melayu menunjukkan dia semakin gelisah dengan pemantapan kepimpinan Melayu dalam barisan parti-parti pembangkang.
Muhyiddin menjelaskan orang Melayu kini mempunyai alternatif yang lebih baik dan lebih meyakinkan daripada UMNO untuk memimpin mereka.
"Bangsa Melayu mesti berani bangkit menentang kebatilan dan kejahatan. Bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang mulia dan beradab. Budaya, tradisi dan agama orang Melayu iaitu Islam sentiasa mengangkat darjat kemuliaan orang Melayu.
"Sudah tentulah sebuah bangsa yang mulia ini tidak rela dipimpin oleh seorang manusia yang telah rosak akhlaknya akibat kemungkaran demi kemungkaran yang dilakukan olehnya," katanya.
Astro Awani
Tue Dec 06 2016
Ahli UMNO kekal dalam parti kerana taksub kepada perjuangan bukan kerana individu. - Gambar fail
Sarawak ada pelabur bangun lapangan terbang baharu
Kerajaan Sarawak sudah mempunyai pelabur yang akan menjadi rakan strategik dalam membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu.
Sebelas rumah atas air di Kota Belud musnah
Sebanyak 11 buah rumah atas air di Kampung Buah Pandai, Kota Belud musnah dalam kebakaran.
Seorang kanak-kanak lima tahun maut
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemukan rentung dalam satu kebakaran di Kampung Jati, Batu 5 Jalan Apas awal pagi tadi.
Ruoning juara Kejohanan Golf Maybank 2024, Jeeno kecewa kali kedua
Pemain golf China Yin Ruoning muncul juara Kejohanan Golf Maybank 2024 dengan kelebihan satu pukulan ke atas pemain Thailand, Jeeno Thitikul.
MIH Megatrends: Kesedaran rakyat, pemain industri tentang penjagaan kesihatan terus meningkat - KPJ Healthcare
MIH Megatrends 2024 berjaya wujudkan perbincangan lebih mendalam tentang isu kesihatan, daripada AI sehinggalah inovasi digital kesihatan.
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang teliti pertindihan tugas, peranan agensi
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang meneliti peranan agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan untuk mengenal pasti sama ada wujud pertindihan tugas dan peranan.
Fokus Minggu Depan: Pembersihan etnik di utara Gaza, serang balas ke atas Iran, apa lagi selepas ini?
Parlimen Iran bersidang secara tertutup susulan serangan Israel
Parlimen Iran mengadakan mesyuarat tertutup untuk membincangkan langkah tindak balas selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas sasaran utama.
Fokus Minggu Depan: Hari terakhir jelajah, bina jaringan terbaik buat PMKS
Jelajah Jiwa SME 2024 memasuki hari terakhirnya hari ini di Central I-City, Shah Alam menandakan edisi penutup bagi siri jelajah tahun ini.
Acara ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman, malah membuka peluang untuk jaringan perniagaan baharu antara peserta.
Acara ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman, malah membuka peluang untuk jaringan perniagaan baharu antara peserta.
Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disegerakan.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.
Jana Wibawa: Keputusan representasi Adam Radlan 4 Sept
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Sept untuk keputusan representasi dikemukakan Adam Radlan berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
Speaker belum terima notis Bersatu berhubung keputusan enam kerusi Parlimen
Yang Dipertua Dewan Rakyat belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung keputusannya menyatakan tidak berlaku kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen.
Bersatu Perak sokong pelan cadangan penyatuan Muhyiddin
Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Perak malam tadi.
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
123 ahli Bersatu gugur keahlian serta-merta
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengeluarkan senarai nama 123 ahli yang melanggar Fasal 10 perlembagaan parti tersebut.