Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen, lapor BH Online.
Suspek bersama pembantu peribadi dan kerani Ahli Parlimen berkenaan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah membabitkan wang bernilai RM20,000.
Setiausaha politik berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi.
Penahanan tersebut dibuat beberapa jam selepas pasukan penyiasat menahan kerani dan pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen tersebut selepas dipercayai menerima wang rasuah tersebut daripada seorang pemilik syarikat.
Laporan yang memetik sumber itu berkata kerani dan pembantu peribadi berkenaan ditahan di sebuah restoran di Taman Maluri kira-kira jam 1.45 tengah hari ini.
Menerusi maklumat awal yang diperoleh, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.
Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.
Difahamkan, SPRM akan mendapatkan perintah reman pagi esok.
Astro Awani
Thu Sep 21 2017

SPRM menahan seorang setiausaha politik kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen. -Gambar fail

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

Peruntukan kawasan: PM Anwar minta MP pembangkang terus bincang dengan Fadillah
Anwar meminta Ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Belanjawan Selangor 2022: Peruntukan Ahli Dewan Pembangkang dinaikkan kepada RM400,000
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan Ahli-Ahli Dewan Negeri pihak pembangkang dinaikkan sehingga RM400,000 bagi tahun 2022.

PEMULIH: Bantuan Bakul Makanan, dana RM300,000 kepada Ahli Parlimen diagih hari ini
Program Bantuan Bakul Makanan merupakan inisiatif sedia ada yang diteruskan pada masa sama dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan.

Ahli Parlimen pembangkang hadir mesyuarat di PWTC
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang hari ini dilihat hadir ke mesyuarat khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), difahamkan sejak 12 tengah hari tadi.