Selepas sepuluh hari digantung keahlian daripada parti, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan tindakan keluar daripada parti itu hari ini.
Shafie yang juga Ketua UMNO bahagian Semporna,mengumumkan perkara itu di hadapan ribuan ahli UMNO dan penyokong beliau.
"Saya tidak ingin bersekongkol dengan kemungkaran, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, di hari yang mulia ini, di hari yang baik ini, saya Mohd Shafie bin Haji Apdal dengan ini mengumumkan keluar dari parti UMNO," umum Shafie semasa berucap di pentas.
Katanya, perjuangan UMNO pada hari ini sangat berbeza berbanding zaman dahulu.
"UMNO kita sudah tidak telus dan sangat mendukacitakan, menegur untuk kebaikan parti dituduh pengkhianat, walhal saya tidak pernah duduk bersama dengan pembangkang dan Tan Sri Muhyiddn Yassin mahupun Datuk Seri Mukhriz atau ayahnya Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.
"Saya tidak berbuat demikian kerana saya masih Naib Presiden UMNO pada masa itu dan saya hadir di pilihan raya kecil baru ini untuk memberi sokongan pada calon Barisan Nasional," katanya.
Menurut Shafie terdapat pihak dalam UMNO Negeri Sabah yang mencadangkan beliau agar digantung keahlian dan Shafie sangat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO terhadap dirinya.
"Tidak apalah, saya redha dengan ketentuan Allah SWT ini dan eloklah rasanya saya keluar dari parti ini dan saya akan terus perjuangkan nasib rakyat negeri Sabah," ujarnya.
Shafie turut menafikan khabar angin mengatakan beliau akan menubuhkan satu parti baharu ataupun menganggotai parti pembangkang.
"Saya belum lagi memikirkan tentang perkara itu," katanya.
Majlis yang diadakan di perkarangan rumah beliau di pekan Semporna turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM), Datuk Peter Anthony serta beberapa lagi pemimpin sayap lain termasuk mantan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Datuk Aziz Jamman, mantan Naib Ketua UMNO Semporna, Datuk Dr. Jaujan Sambakong, Ketua Wanita UMNO Semporna, Manis Muka Dara yang mana telah mengumumkan keluar parti lebih awal daripada Shafie.
Shafie yang kembali ke kampung halaman buat pertama kalinya selepas digantung disambut dengan tangisan dan pelukan daripada ribuan penyokong beliau.
Pada 24 Jun lalu, selain menggantung Shafie, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mereka dipecat kerana berkongsi pentas bersama pemimpin pembangkang dan menyerang kepimpinan parti, sementara Shafie pula digantung keahliannya.
Pada 27 Jun lalu, Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti bersama tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan, susulan tindakan MT UMNO menggantung keahlian Mohd Shafie.
Namun Ketua Puteri UMNO Semporna, Zakiah Kalipunya menafikan keluar UMNO sebaliknya menegaskan akan terus setia pada parti itu.
Ridzal Abdullah
Mon Jul 04 2016

Shafie telah digantung keahliannya dari UMNO pada 24 Jun lalu. - Gambar fail

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Bersatu Bahagian Tenggara terbubar, ketua dan 15 AJK umum keluar parti
Katanya, keputusan dibuat sebulat suara selepas mempertimbangkan beberapa faktor termasuk hilang keyakinan terhadap pimpinan tertinggi.

Saya tak tahu punca ramai tinggalkan parti - Amir Hariri
Amir Hariri berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana ahli meninggalkan parti sekiranya mereka mempunyai prinsip dan perjuangan berbeza.

Anwar harap Ramasamy terus main peranan bantu kerajaan laksana pendekatan Madani
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya tindakan terbaharu bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu berkaitan masalah dalaman parti.

PRN Pulau Pinang: Bekas ADUN DAP pula umum keluar parti, bertanding Bebas
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M. Satees mengumumkan keluar DAP seterusnya bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini.

Warisan tetap heret 11 ADUN keluar parti ke mahkamah
Parti Warisan tetap akan mengambil tindakan mengheret 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar daripada parti itu ke mahkamah.

Dianggap sebagai 'ancaman', Sivaraj umum keluar MIC serta-merta
Ahli Dewan Negara, Datuk Sivaraj Chandran hari ini mengumumkan keluar dari parti MIC berkuat kuasa serta-merta.

ADUN Limbahau keluar KDM, sokong kerajaan negeri Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu mengesahkan hasratnya sudah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam majlis rumah terbuka di Papar pada Sabtu

Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.

'Kami keluar lebih awal kerana tahu kemungkinan dipecat atau digantung' - ADUN Sindumin
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri bersedia dengan sebarang tindakan yang diambil ke atas kesemua mereka yang bertindak keluar parti.