Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin sokongan kaum Melayu terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih utuh, sekaligus tidak akan berlaku "Tsunami Melayu" dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Parlimen Permatang Pauh, minggu depan.
Beliau berkata hasil turun padang sepanjang kempen PRK Rompin, beliau mendapati masyarakat Melayu tetap memberi sokongan kepada UMNO dan BN walaupun masih ada beberapa isu yang perlu diatasi.
"Tiga hari saya di sini (Rompin), Insya-Allah, masyarakat Melayu termasuk di kampung masih lagi memberi sokongan kepada UMNO dan BN.
"Saya faham dan sedar terdapat beberapa rintihan dan permohonan daripada mereka yang masih tidak dapat ditunaikan, oleh itu kita akan terus membantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sara hidup peserta Projek Tanam Semula Felcra Berhad kawasan Anak Endau di Dewan Majlis Daerah Rompin di sini, Selasa.
Mohd Shafie mengulas tulisan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang meramalkan kononnya akan berlaku perubahan undi Melayu terhadap BN dalam PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei dan PRK Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 7 Mei.
Pada Isnin, Zainuddin dalam blognya berkata keputusan pada kedua-dua PRK itu bakal menjadi kayu pengukur sama ada akan berlakunya 'Tsunami Melayu' pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Dalam pada itu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pengundi Rompin harus bijak membuat pilihan apabila tiba hari penentu pada 5 Mei ini dengan melihat kemampuan mentadbir kerajaan oleh BN berbanding PAS.
"Mereka (pengundi) perlu tahu apa yang kerajaan BN sudah serta sedang lakukan dan jangan terpedaya dengan isu-isu yang dijadikan umpan oleh pembangkang untuk meraih undi termasuk soal saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).
"Saya yakin pengurusan Felda sedang dan akan melakukan beberapa lagi langkah bagi memastikan masyarakat Felda terus terbela termasuk mendapat pulangan bagi pelaburan yang dilakukan oleh mereka," katanya.
Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan pembangkang memburukkan kerajaan semasa berkempen pada kedua-dua PRK itu untuk menutup kelemahan pentadiran pakatan pembangkang di negeri-negeri dikuasai mereka.
"Mereka (pembangkang) ini hanya pandai cakap sahaja. Mereka sengaja memburukkan kerajaan supaya rakyat tidak fikir apa yang buruk tentang diri mereka.
"Sehubungan itu kita sebagai rakyat jangan mudah terpengaruh, lihat sahaja di Pulau Pinang, apabila mereka memerintah, macam-macam yang dinaikkan termasuklah tarif air. Tetapi di Pahang tarif air merupakan paling rendah di negara ini," katanya berucap merasmikan Program Road To Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan 2015 peringkat negeri di sini.
Ismail Sabri berkata tarif rendah itu menunjukkan keprihatinan kerajaan BN terhadap kebajikan rakyat.
Bernama
Wed Apr 29 2015

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pengundi Rompin harus bijak membuat pilihan apabila tiba hari penentu pada 5 Mei ini dengan melihat kemampuan mentadbir kerajaan oleh BN berbanding PAS.

Enam bayi baru lahir meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza
Ahli kaji cuaca melaporkan, suhu telah turun kepada sifar darjah Celsius sejak beberapa hari kebelakangan ini

Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House
Bukan jemaah menteri, tetapi Musk akan menyertai anggota Kabinet lain atas kapasiti beliau sebagai penasihat Presiden Trump.

White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump
Pasukan media White House akan tentukan wartawan mana yang akan dibenarkan dekat dengan Presiden sepanjang masa.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.

Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pensijilan halal: Perlu ada kajian lebih mendalam, menyeluruh - PRESMA
Kerajaan harus menyuntik kesedaran dan galakan kepada pemegang taruh terlebih dahulu sebelum mewajibkan pelaksanaan tersebut.

Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.

Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat
Tok Mat berkata, Team Sukses UMNO harus dipacu dari satu sahaja pusat kawalan dan mesti disambut oleh semua di pelbagai negeri, bahagian.

INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon
INSKEN telah bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu usahawan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan latihan keusahawanan.

Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.

Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.

Isu Perdana Menteri bukan Melayu sengaja dimainkan - Mat Sabu
Perkara itu seharusnya bukan perkara yang perlu dibimbangi, namun, sengaja dibangkitkan untuk menimbulkan spekulasi.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.