Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilihat antara individu yang hadir di kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini malam ini.

Bagaimanapun, Mohd Shafie beredar tidak sampai lima minit kerana difahamkan Muhyiddin tiada di kediamannya ketika itu.

Mohd Shafie ketika ditemui pemberita selepas itu tidak mendedahkan tujuan berada di situ namun sempat berkata Warisan kekal dengan pendirian menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

"Yes, of course (sudah tentu sokong Dr Mahathir)," katanya kepada pemberita.

-- BERNAMA