Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said menafikan beliau akan bekerjasama dengan PAS sekiranya Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tidak berundur dan gagal menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri ini.
Ahmad Said berkata beliau masih anggota UMNO dan tidak pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.
"Tidak...saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut. Siapa yang kata saya akan bergabung dengan PAS? Saya masih anggota UMNO hingga hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ahmad Said dalam laporan itu dipetik sebagai memberi kata dua kepada Ahmad Razif agar berundur, sebelum beliau mengambil langkah susulan, yang akan merubah keadaan politik di Terengganu.
Bekas menteri besar itu juga dilaporkan sebagai berkata jika apa yang dihasratkan tidak berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan meninggalkan UMNO, dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baharu.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat juga menafikan PAS ada menawarkan jalinan kerjasama dengan Ahmad Said bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.
"Kami tidak pernah menawarkan sebarang kerjasama dengan ADUN Kijal.
"Cuma apa yang kita mahu masalah politik ini harus diselesaikan segera. Jika dua pihak saling berbalas kenyataan media, mu kata aku, aku kata mu, ia tidak menyelesaikan masalah," katanya ketika dihubungi.
Katanya PAS Terengganu tidak berhasrat mahu 'campur tangan' dengan masalah dalaman UMNO.
Namun, katanya, jika kemelut itu masih gagal diselesaikan, adalah lebih baik sekiranya kuasa diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihan raya negeri.
"Jika ada dua ADUN daripada UMNO yang lompat parti, barulah boleh diadakan pilihan raya negeri.
"Sekiranya tiada, dan hanya asyik berbalas kenyataan di media, isu ini tidak akan selesai dan terus berpanjangan," kata Saiful Bahri.
Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, UMNO Terengganu membentuk kerajaan dengan majoriti tipis dua kerusi.
UMNO menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu).
Bernama
Fri Aug 05 2016
AHMAD: Siapa yang kata saya akan bergabung dengan PAS? Saya masih anggota UMNO hingga hari ini. -Gambar fail
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Perbicaraan kes hasutan ADUN Kijal bermula 22 April 2024
Mahkamah Sesyen menetapkan lima hari bermula 22 April 2024 bagi perbicaraan kes ADUN Kijal Datuk Razali Idris berkaitan kes hasutan.
Polis ambil keterangan ADUN Kijal
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain menjelaskan Razali disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
'Cukup sampai di sini sayang' - UMNO Terengganu umum tanding semua kerusi Parlimen, DUN
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata parti itu juga optimis untuk merampas kembali kerusi yang kalah pada pilihan raya umum lalu.
"Hukum saya, bukan sukarelawan yang bantu orang miskin" - Ahmad Said
"Hukumlah saya jika didapati bersalah tetapi bukan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu menyampaikan bantuan kepada orang miskin ini."
Siapa kata saya akan bergabung dengan PAS? - Ahmad Said
Ahmad Said berkata beliau masih anggota UMNO dan tidak pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.
Usul undi tidak percaya Ahmad Said terhadap MB Terengganu ditolak
Usul undi tidak percaya yang dikemukakan Datuk Seri Ahmad Said itu tidak mengikut peraturan ketika beliau mencadangkannya.
Usul undi tidak percaya terhadap MB Terengganu Ahmad Razif
Keputusan sama ada usul itu diterima atau ditolak akan diketahui selepas pukul 2.30 petang nanti.