Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata musuh utama UMNO kini bukan lagi Pakatan Rakyat sebaliknya unsur dalaman parti itu sendiri yang akan menyebabkan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Nur Jazlan berkata, ahli-ahli UMNO kini berdepan dilema sama ada menyatakan kesetiaan kepada pemimpinnya atau parti.
"Pemimpin atau parti, yang mana perlu dipertahankan? Dan ketika ini, kedua-duanya tidak boleh datang bersama-sama dan pilihan perlu dibuat dengan segera memandangkan rakyat Malaysia terus memerhati dengan teliti," kata Nur Jazlan di blog peribadinya, nurjazlan.net.
Jelas beliau, kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO pada zahirnya dilihat masih lagi kukuh, namun kehilangan Tan Sri Jamaluddin Jarjis berkemungkinan menyebabkan beliau sendiri kehilangan arah.
Katanya, Najib kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu meruncing akibat terpalit berbagai isu melibatkan soal pentadbiran dan pengurusan kewangan negara serta isu berkaitan keluarganya.
"Apa tidaknya, kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai rekod sejarah cukup baik menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman kemudian Pak Lah, Najib sewajibnya sedar dan perlu membuka mata serta hati bahawa kenyataan terbuka diterimanya kini, mungkin hanya bersifat retorik semata-mata," tulis beliau lagi.
BACA: Tun M tak boleh paksa orang percaya pandangannya - Zahid Hamidi
BACA: Tun M dilihat lebih kecewa daripada marah terhadap Najib di entri terbaharunya
Katanya, apa yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 adalah bukti bahawa sokongan solidariti tidak mampu menjamin kedudukan seorang presiden parti.
"Sifat bermuka-muka dalam UMNO bukan satu perkara baru dan seorang ‘gentleman’ seperti Pak Lah pun boleh dimainkan apabila di depan menyatakan beliau mempunyai masa selama 18 bulan untuk berundur tetapi di belakang usaha gigih dilakukan untuk menyegerakan Pak Lah meletakkan jawatan," tulis beliau.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu menegaskan jika UMNO terus dilanda masalah, bagaimana parti itu mahu memimpin parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan berdepan PRU akan datang.
"Kelemahan parti-parti komponen ini bukan satu rahsia lagi dan mereka sememangnya bergantung kepada keperkasaan dan kekuatan UMNO dalam memastikan kemenangan dalam PRU 14," katanya lagi.
Dalam tulisannya, Nur Jazlan juga berkata dua projek utama Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda Global Venture (FGV) Bhd kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau.
Katanya, dua projek yang sebelum ini dicanangkan akan membawa Malaysia ke tahap ekonomi yang lebih baik, pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada UMNO.
"Ramai pihak sudah mula mempertikaikan kewibawaan dua projek ini terutama sekali 1MDB dan jika selama ini, pucuk pimpinan kerajaan dan parti menyatakan serangan itu bermotif politik daripada pembangkang tetapi kini ia datang daripada Tun Dr Mahathir sendiri selain Tun Daim Zainuddin.
"Kedua-dua tokoh ini walaupun sudah bersara daripada kerajaan dan politik hampir 15 tahun lalu, tetapi masih berpengaruh besar memandangkan mereka mempunyai rekod sejarah yang dibanggakan rakyat Malaysia sehingga kini," ujar beliau.
Najib sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri, jelas Nur Jazlan tidak mempunyai barisan menteri Kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat.
Nur Jazlan berkata, berbeza dengan Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu mempunyai menteri yang disenangi rakyat seperti Daim.
"Najib dikelilingi penasihat ‘pandai memandai’ yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.
"Lebih menyeksakan Najib lagi, pemimpin yang lantang bersuara mempertahankan beliau tidak mempunyai kredibiliti dan pengalaman sehingga segala hujah mudah dipatahkan bukan sahaja di kalangan pemimpin pembangkang malahan di kalangan rakyat biasa sahaja," katanya.
BACA: Tun M tidak akan kerjasama dengan parti politik untuk jatuhkan Najib
BACA: 'Saya maafkan Najib isu jambatan bengkok, bukan 1MDB' - Tun M
Mengulas lanjut mengenai 1MDB, Nur Jazlan berkata pada awalnya ia merupakan masalah kewangan kerajaan namun kini melarat menjadi masalah UMNO secara langsung.
Jelas beliau, perkara itu terbukti lagi apabila ahli perniagaan, Jho Low secara terbuka menuduh UMNO menjadi dalang kepada isu berkenaan.
Katanya, kenyataan daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican membuktikan ahli UMNO tidak mahu parti dikaitkan dengan apa yang berlaku dalam 1MDB.
"Sedar atau tidak sedar apa yang berlaku dalam 1MDB melingkari kepada Najib sendiri selaku Menteri Kewangan, Perdana Menteri serta Presiden UMNO dan sudah pastilah, beliau perlu bertindak segera bagi menenangkan ahli UMNO dengan menidakkan kenyataan Jho Low itu, dalam memastikan sokongan terhadapnya terus padu.
"Di samping itu, masalah peribadi seperti kekayaan keluarga Najib juga menjadi persepsi utama yang perlu diatasi beliau sebelum rakyat mengaitkan masalah kewangan 1MDB berpunca daripada persepsi berkenaan," jelas beliau.
Najib, kata Nur Jazlan, mempunyai pilihan untuk memastikan segala isu yang melanda pentadbiran Najib dapat diperlambatkan adalah apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran kerajaan yang membawa kepada PRU 14.
"Ataupun Perdana Menteri memilih jalan singkat untuk membubarkan Parlimen dan membuat ‘snap election’ (pilihan raya awal) bagi mencuci persepsi negatif terhadap diri beliau dan keluarga dengan mendapatkan mandat yang baru.
"Persoalan timbul sama ada hayat pemerintahan BN dan UMNO ini boleh dipastikan dengan ‘snap election’ ini bagi melanjutkan pemerintahan demi kepentingan parti terus terjamin," ujar beliau.
Astro Awani
Wed Apr 22 2015

Sifat bermuka-muka dalam UMNO bukan perkara baru, kata Nur Jazlan - Gambar Fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.