PKR akan kekal dengan sistem undian dalam talian (e-undi) walaupun terdapat beberapa masalah teknikal timbul ketika pemilihan jawatankuasa parti yang sedang diadakan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Beliau berkata penggunaan sistem e-undi bagi pemilihan parti yang bermula September lalu telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah teknikal berlaku ketika hari pertama pelaksanaan di Pulau Pinang dan Kedah namun ia telah diperkemas dan diatasi.
"Pemilihan di Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perlis telah berjalan dengan lancar seperti apa yang kita rancang. Cuma ada masalah berlaku di Melaka.
"Maka, tidak sama sekali untuk kembali menggunakan sistem manual. Keutamaan sekarang adalah memperkemas keutuhan sistem dan kalau adalah masalah teknikal, bahagian IT dan programmer akan bantu JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) untuk mengatasinya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kemungkinan PKR kembali mengunakan sistem manual bagi pemilihan jawatankuasa parti itu berikutan masalah undi 'hilang' pada pemilihan parti di lima cabang di Melaka dan satu di Negeri Sembilan Ahad lalu.
Sebelum itu, Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini.
Saifuddin menjelaskan bahawa parti itu telah mengambil kira semua faktor ketika membuat keputusan melaksanakan e-undi bagi menggantikan kaedah pengundian secara manual.
"Kalau menggunakan sistem manual, ada anggota (PKR) buta huruf, kalau guna sistem e-undi ada (golongan) tidak biasa dengan penggunaan tab. Kita adalah masalah yang sama.
"Sehubungan itu, JPP telah bersiap sedia petugas bagi membantu anggota yang tidak biasa penggunaan tab (ketika e-undi). Sistem ini terbukti berjalan baik dan lancar di beberapa negeri," katanya.
Berhubung dakwaan jumlah pengundi parti bertambah secara mendadak di cabang Julau, Sarawak, Saifuddin menjelaskan bahawa bukan cabang itu sahaja malah jumlah anggota PKR telah meningkat secara mendadak di seluruh negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu.
Dari April 1999 hingga 9 Mei tahun ini, jumlah keanggotaan PKR adalah 550,000 namun ia telah bertambah kepada 842,271 sehingga 26 Jun lalu, iaitu peningkatan kira-kira 300,000 dalam tempoh sebulan setengah, katanya.
Ditanya sama adalah keputusan Melaka dan Negeri Sembilan akan dibatalkan, Saifuddin berkata JPP akan mengadakan mesyuarat dan membincangkan perkara itu.
Beliau bekata Pengerusi JPP Datuk Rashid Din telah memaklumkan kepada beliau berhubung punca teknikal yang timbul ketika pemilihan parti di lima cabang di Melaka dan satu di Negeri Sembilan.
"Ketika anggota parti mengundi, kiraan tidak berlaku pada sesetengah undi... ada undi yang dihitung ada pula tidak dihitung.
"Mereka akan membuat bincang dan membuat keputusan. Namun ia tidak sampai tahap untuk membatalkan (pemilihan). Mereka masih berusaha mengenalpasti masalah teknikal itu. Namun, tiada time frame ditetapkan," katanya.
Bernama
Tue Oct 23 2018
![Sistem e-undi PKR kekal - Saifuddin Sistem e-undi PKR kekal - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526034249_Saifuddin.jpg)
Saifuddin menjelaskan bahawa parti itu telah mengambil kira semua faktor ketika membuat keputusan melaksanakan e-undi bagi menggantikan kaedah pengundian secara manual. - Gambar fail
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
![PRN Melaka: Lakukan kaedah e-undi, amalkan penjarakan fizikal - Pakar PRN Melaka: Lakukan kaedah e-undi, amalkan penjarakan fizikal - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41634619684_TechnologyGeneric.jpg)
PRN Melaka: Lakukan kaedah e-undi, amalkan penjarakan fizikal - Pakar
Penjarakan fizikal adalah kaedah utama yang perlu diberi keutamaan semasa berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.
![Parti politik perlu kerjasama bentuk kerajaan stabil sehingga PRU15 - Penganalisis Parti politik perlu kerjasama bentuk kerajaan stabil sehingga PRU15 - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-03/71488640721_DrAzizuddin.jpg)
Parti politik perlu kerjasama bentuk kerajaan stabil sehingga PRU15 - Penganalisis
Parti politik perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri dan membentuk satu kerajaan yang stabil sebelum PRU15 boleh diadakan.
![COVID-19: Tiba masanya SPR perkenal undi pos, e-undi COVID-19: Tiba masanya SPR perkenal undi pos, e-undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605453083_TBSABAHMEMILIHSPR.jpg)
COVID-19: Tiba masanya SPR perkenal undi pos, e-undi
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.
![Proses pemilihan PKR akan dikaji semula - Anwar Proses pemilihan PKR akan dikaji semula - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51542463310_KongresPKR.jpg)
Proses pemilihan PKR akan dikaji semula - Anwar
Ketua Umum PKR itu berkata, sistem manual (atas kertas) seperti sebelum ini adalah lebih baik.
![Pemilihan PKR belum sampai penghujung - Wan Azizah Pemilihan PKR belum sampai penghujung - Wan Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/81542016673_WanAzizah.jpg)
Pemilihan PKR belum sampai penghujung - Wan Azizah
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan sebagai terlalu awal, pengumuman kemenangan oleh kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
![Pemilihan semula PKR: Rafizi menang besar di Pensiangan Pemilihan semula PKR: Rafizi menang besar di Pensiangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61527932318_RafiziRamli.jpg)
Pemilihan semula PKR: Rafizi menang besar di Pensiangan
Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Mohd Rafizi menang dengan memperolehi 2,388 undi, berbanding Azmin yang mendapat 262 undi.
![E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71530004789_handcuff.jpg)
E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu
Suspek lelaki berbangsa Cina dan berusia 44 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Sibu.
![Fasa terakhir pemilihan PKR di Selangor hari ini Fasa terakhir pemilihan PKR di Selangor hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537263228_DatukRashidDin.jpg)
Fasa terakhir pemilihan PKR di Selangor hari ini
Enam cabang berkenaan adalah Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat yang mempunyai lebih 61,000 anggota layak mengundi.
![Pemilihan PKR: Pakar IT sahkan 2,000 undi hilang akibat capaian internet lemah Pemilihan PKR: Pakar IT sahkan 2,000 undi hilang akibat capaian internet lemah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538326316_PKR.jpg)
Pemilihan PKR: Pakar IT sahkan 2,000 undi hilang akibat capaian internet lemah
Penjelasan itu menjawab dakwaan sesetengah pihak ibarat 'menuduh' jawatankuasa itu menyorokkan dan memanipulasi data undi.
![Sistem e-undi PKR kekal - Saifuddin Sistem e-undi PKR kekal - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526034249_Saifuddin.jpg)
Sistem e-undi PKR kekal - Saifuddin
PKR akan kekal dengan sistem undian dalam talian (e-undi) walaupun terdapat beberapa masalah teknikal timbul ketika pemilihan jawatankuasa parti yang sedang diadakan.