Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat cuba menggunakan isu pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meraih sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru ditubuhkan.
Tindakan Presiden Penaja PPBM itu, yang menyokong pembebasan bekas ketua pembangkang berkenaan, menyimpang daripada agenda perjuangan penubuhan parti baharu itu, menurut penganalisis politik, Datuk Prof Zainal Abidin Borhan.
Menyifatkan kenyataan sokongan itu sebagai 'cakap-cakap politik sahaja', beliau berkata soal pembebasan Anwar tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu mengikut lunas undang-undang.
"Ia akan memberi kesan kepada kepembangkangan kerana Bersih dan banyak pihak ingin membebaskan Anwar. Apa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin sekadar 'nasi tambah' untuk memanaskan suasana politik dan parti baharu sekali gus menjadikan parti itu relevan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Zainal Abidin mengulas laporan media yang memetik Muhyiddin sebagai menyokong pembebasan Anwar serta berikrar untuk menjadikannya agenda perjuangan parti itu.
Menjelas lanjut, Zainal Abidin berkata dalam tempoh dua tahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tindakan itu sekali gus menunjukkan 'drama' pemimpin politik yang dahulunya berseteru tetapi kini boleh bersahabat semata-mata untuk menarik simpati dan sokongan rakyat.
"Kita tahu sejarah antara Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar, dahulu lain sekarang cakap lain. Pokok pangkalnya apa sahaja yang berlaku, rakyat boleh menilai dan melihat pemimpin mana bercakap benar serta memahami cakap-cakap begini hanya untuk faedah politik," katanya.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood turut senada dan menyifatkan tindakan Muhyiddin itu sebagai strategi parti baharu itu untuk menarik minat orang ramai.
Nik Ahmad Kamal berkata pembebasan Anwar merupakan isu lama yang diperjuangkan parti pakatan pembangkang untuk kepentingan politik semata-mata.
Pandangan sama turut dikongsi Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan yang menyifatkan Muhyiddin telah menyimpang daripada objektif sebenar penubuhan PPBM.
"Jika PKR diasaskan atas matlamat bebaskan DSA, itu tidak menghairankan kerana antara pengasasnya adalah isteri Anwar. Tetapi PPBM ditubuhkan dikatakan untuk pertahan hak peribumi, maka Tan Sri Muhyiddin telah menjadikan PPBM sebagai agenda peribadi dan sanggup menyimpang daripada perjuangan asal demi menjatuhkan seteru terkini beliau iaitu UMNO.
"Mungkin juga penyokong asal PPBM akan merasa tertipu dengan kepimpinan PPBM kerana sanggup menjadikan PPBM kuda tunggangan PKR," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2016

Muhyiddin dipetik sebagai menyokong pembebasan Anwar serta berikrar untuk menjadikannya agenda perjuangan parti itu. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Tulang ditemui di Pantai Batu Buruk 2 bukan tulang manusia
Pengesahan itu hasil pemeriksaan dan bedah siasat oleh pakar forensik Unit Patalogi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Perbicaraan Ebit Lew: Mesej WhatsApp dipadam, gagal diperoleh semula
Saksi ke-15 mengakui telah melakukan analisis terhadap dua kad SIM milik pengadu dan satu milik Lew menggunakan perisian khas.

PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Tinjauan Pendapat Selangor EMGC (34 Kerusi DUN Majoriti) Melayu
Pihak EMGC menjelaskan, terdapat beberapa pandangan yang tidak dapat membezakan antara pelaporan dan analisis.

Kuhan mahu analisis kadar tolakan bola semua pasukan negara
Katanya, analisis itu juga bagi mengasah lagi keupayaan penahan serta "flicker" untuk menolak masuk bola ke dalam gawang lawan.

Ringgit dijangka diuji pada paras 4.75 berbanding Dolar AS minggu depan
Unjuran ekonomi Malaysia terus mencabar berikutan pelabur telah mempertimbangkan potensi kepada kemelesetan ekonomi, kata Patrick Chang.

Kerajaan jalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19
Kerajaan sedang menjalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19 bagi mendapatkan pemahaman diri berhubung isu tersebut.

UEL: Solskjaer tekad bawa United ke final
Walaupun Solskjaer telah meningkatkan kedudukan Liga Perdana Inggeris sejak memegang jawatan pada Disember 2018, dia masih belum memenangi trofi.

Kem PLKN Sri Ledang akan dijadikan PKRC kedua di Johor
Ia sebagai persediaan kerajaan negeri dalam berhadapan jumlah pesakit positif yang semakin meningkat kebelakangan ini.

COVID-19: 15,858 sampel diambil di Labuan, 3,324 masih tunggu keputusan
Sebanyak 3,500 sampel dianggarkan diambil di penempatan itu untuk dianalisis dan masih ada 1,800 sampel akan diambil secara berperingkat sehingga 3 Nov.