Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan keputusan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan langkah tepat.
Menurut Pengerusi GPS itu, ekoran keputusan berkenaan, hala tuju politik Sarawak kini digerakkan sendiri tanpa perlu ikut telunjuk sesiapa.
Abang Johari merujuk kepada keputusan menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Kata Abang Johari, keputusan untuk menyokong Muhyiddin dibuat tanpa ada campur tangan pihak lain dan berbeza seperti ketika bersama BN sebelum ini.
"Saya kenal Muhyiddin, dulu saya bersama Pemuda (BN), Anwar pun saya kenal. Kita pilih satu.
"Kerana kita juga entiti yang berbeza, sebab itu kini orang sedar kenapa kita tinggalkan Barisan (Nasional), jika kita dalam Barisan, Barisan akan jadi wakil kepada kita, tapi sekarang kita berdiri sendiri," jelas Abang Johari.
Menyentuh mengenai dakwaan tindakan GPS itu membuka pintu kepada kerjasama dengan UMNO dan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri, Abang Johari sifatkan itu hanya sekadar spekulasi.
"Saya akan putuskan jika mereka benar-benar akan datang. Bagaimana saya nak buat keputusan awal. Nanti mereka kata kenapa dengan Abang Jo ni? Bila masa kami nak datang?" jelasnya.
GPS dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) susulan kekalahan BN yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menguasai kerajaan Pusat.
GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Gabungan empat parti ini bakal berdepan ujiian sulung bagi mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan selewat lewatnya tahun depan.
Astro Awani
Wed Mar 04 2020
![Sokong Muhyiddin, keluar BN dan tubuh GPS tepat - Abang Jo Sokong Muhyiddin, keluar BN dan tubuh GPS tepat - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583300701_GPS.jpg)
Kesepakatan dalam GPS menyaksikan gabungan parti ini bebas buat keputusan tanpa campur tangan parti dari Semenanjung Malaysia - Gambar BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![RM10 juta untuk aplikasi pautan digital hospital di Sarawak - Abang Johari RM10 juta untuk aplikasi pautan digital hospital di Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725593583_AbangJohari.jpg)
RM10 juta untuk aplikasi pautan digital hospital di Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM10 juta untuk memasang aplikasi pautan digital di semua hospital kerajaan di negeri itu.
![Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703325812_TBanwaribrahim.jpg)
Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.
![Abang Johari nafi anaknya mahu ambil alih MYAirline Abang Johari nafi anaknya mahu ambil alih MYAirline](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697093324_TBAbangJohari.jpg)
Abang Johari nafi anaknya mahu ambil alih MYAirline
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menafikan laporan sebuah akhbar yang mengaitkan anaknya, Abang Abdillah Izzarim, sebagai bakal pelabur baharu MyAirline Sdn Bhd (MYAirline).
![Sarawak komited ke arah ekonomi digital - Abang Jo Sarawak komited ke arah ekonomi digital - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696403472_TBAbangJohari.jpg)
Sarawak komited ke arah ekonomi digital - Abang Jo
Kerajaan negeri komited dalam mencapai matlamat ke arah penggunaan ekonomi digital, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Sarawak tawar tapak pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia Sarawak tawar tapak pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681466791_AbangJohari.jpg)
Sarawak tawar tapak pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia
Kerajaan Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menawarkan tapak bagi lokasi membangunkan pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di negeri itu.
![Bantuan Aidilfitri, bonus penjawat awam Sarawak hanya pada hujung tahun - Abang Jo Bantuan Aidilfitri, bonus penjawat awam Sarawak hanya pada hujung tahun - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681284992_AbangJohari.jpg)
Bantuan Aidilfitri, bonus penjawat awam Sarawak hanya pada hujung tahun - Abang Jo
Kerajaan Sarawak hanya akan memberikan bantuan kewangan atau bonus kepada penjawat awam negeri itu pada hujung tahun, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Sarawak tunggu lesen untuk mulakan operasi syarikat penerbangan butik Sarawak tunggu lesen untuk mulakan operasi syarikat penerbangan butik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668334621_AbangJohariOpeng.jpg)
Sarawak tunggu lesen untuk mulakan operasi syarikat penerbangan butik
Sarawak sedang menunggu kelulusan lesen daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membolehkan syarikat penerbangan komersil milik penuh kerajaan negeri itu
![Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655880496_AbangJohari.jpg)
Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani
Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
![Sarawak serah pada PM tentukan bila PRU15 sesuai diadakan - Abang Johari Sarawak serah pada PM tentukan bila PRU15 sesuai diadakan - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648526494_abangjo.jpg)
Sarawak serah pada PM tentukan bila PRU15 sesuai diadakan - Abang Johari
Sarawak tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen dibubarkan, kata Premier Sarawak.
![Belawai mampu jadi seperti Hawaii - Premier Sarawak Belawai mampu jadi seperti Hawaii - Premier Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653740389_TBHAWAII.jpg)
Belawai mampu jadi seperti Hawaii - Premier Sarawak
Belawai, sebuah penempatan pesisiran pantai di bahagian tengah Sarawak boleh dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang dapat menandingi pusat pelancongan luar negara, seperti Hawaii.