BEKAS hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, yang menjadi pilihan Pakatan Harapan sebagai Speaker Dewan Rakyat kesembilan adalah seorang yang mahir dalam undang-undang komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembagaan dan undang-undang pentadbiran.
Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics), dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.
Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undang-undang untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai Pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran.
Semasa penglibatannya dalam dunia perdagangan, Mohamad Ariff juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bursa Opsyen dan Pasaran Hadapan (1995-1996); anggota Jawatankuasa Kajian Semula Penarafan (RRC), Malaysian Rating Agency (MARC) (sehingga 2008) dan anggota Lembaga Penasihat Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (2007-2008).
Pengalaman kehakiman Mohamad Ariff bermula September 2008 apabila beliau dilantik sebagai Suruhanjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan dalam tempoh setahun beliau dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi pada Oktober 2009.
Mohamad Ariff dikenali sebagai tidak aktif dalam politik meskipun kini beliau anggota Parti Amanah Negara.
Semasa penglibatannya dalam penghakiman, beliau mempamerkan keupayaan dalam memperjuang keadilan. Malahan beliau sebagai hakim bagi kes Mohammad Nizar Jamaluddin melawan Datuk Zambry Abdul Kadir pada 2009 semasa krisis perlembagaan Perak.
Namun beliau menarik diri atas dasar semasa amalan dalam swasta beliau mewakili PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam beberapa perkara serta mewakili Barisan Nasional dalam petisyen di Sarawak.
Satu daripada kes besar yang beliau pernah kendalikan semasa berkhidmat di Mahkamah Rayuan ialah keputusan terbuka kontroversi berhubung kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.
Panel terdiri daripada tiga orang yang diketuai beliau menolak keputusan terbuka itu terhadap kematian Teoh dan menyatakan kematian itu akibat tindakan tidak mengikut undang-undang oleh seorang atau lebih dan meminta agar dijalankan siasatan lanjut atas kematian itu.
Awal hari ini, sebelum kembali ke Kuala Lumpur selepas lawatan dua hari ke Kuching, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa Mohamad Ariff akan dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat apabila bersidangnya sesi pertama persidangan Parlimen ke14 pada esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018

Datuk Mohamad yang dipilih menjadi Speaker Dewan Rakyat ke-9 adalah seorang yang mahir dalam undang-undang komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembagaan dan undang-undang pentadbiran. -Gambar fail

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Merakyatkan Dewan Rakyat dan memakmurkan rakyat
Tanggungjawab membina negara yang makmur dan bermaruah mesti didukung oleh setiap rakyat Malaysia.

Reformasi Parlimen: Jika dibanding dengan Kenya, Malaysia masih di belakang! - Speaker Dewan Rakyat
Mohamad Ariff berkata ahli politik tempatan sudah tidak lagi mengikut aliran partisan secara total tetapi sudah wujud corak baru pengundian dalam parlimen iaitu mengikut blok.

Yamani Hafez diingatkan agar angkat sumpah jawatan
Anggota Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa diingatkan agar tampil mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat sebelum hilang kelayakan.

Kehadiran MP bukan isu - Mohamad Ariff
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata kehadiran rendah anggota Parlimen (MP) ke mesyuarat Dewan Rakyat adalah perkara biasa dan ia bukan satu isu.

Persidangan Dewan Rakyat hingga lewat malam tidak perlu
Persidangan tidak perlu dilanjutkan sehingga tengah malam kerana ia akan mempengaruhi kualiti, topik serta skop sesuatu perbahasan.

Saya akan keluar dewan, jika beri manfaat kepada rakyat dan negara - Anifah Aman
Tindakan Datuk Seri Anifah Aman yang tidak meninggalkan Dewan Rakyat hari ini adalah kerana isu yang dibangkitkan dan diprotes itu tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

INFOGRAFIK: Mohamad Ariff, Speaker Dewan Rakyat ke-9
Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menjadi pilihan Pakatan Harapan sebagai Speaker Dewan Rakyat kesembilan.

Speaker Dewan Rakyat ke-9 berpengalaman luas dalam undang-undang
Mohamad Ariff dilantik sebagai Suruhanjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan dalam tempoh setahun beliau dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi pada Oktober 2009.