Seorang ketua UMNO bahagian di Selangor berpendapat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melaksanakan apa yang disebutnya sebagai persempadanan semula kawasan pilihan raya yang telah lama tidak dijalankan.
Ketua UMNO Bahagian Pandan Datuk Mohd Haniff Koslan berkata beberapa kawasan Parlimen di Selangor mempunyai jumlah pengundi yang mencecah ratusan ribu.
"Pengundi semakin bertambah, tidak elok contohnya satu Parlimen pengundinya sampai ratusan ribu, kita boleh pecah kepada dua atau tiga, malah ada pula kawasan yang bilangan pengundi kurang daripada 30,000.
"Jika jumlah pengundi itu terlampau banyak ia akan membebankan wakil rakyat dan akhirnya mereka tidak dapat menjalankan kerjanya dengan baik," katanya.
Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 namun ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), yang diadakan tahun lepas.
Antara kawasan Parlimen yang didapati mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 100,000 sewaktu PRU13 di Selangor adalah P98 Gombak dengan jumlah keseluruhan pengundi yang dicatat 123,290, P97 Selayang (105,895), P101 Hulu Langat (127,347), P102 Serdang (133,139), P107 Subang (128,543), dan P109 Kapar (144,159).
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata ada kawasan Parlimen yang tidak mengalami pecahan walaupun jumlah pengundi lebih daripada 90,000 orang sewaktu proses persempadanan semula dilaksanakan pada 2003.
"Sebagai contoh yang kita lihat di Parlimen Gombak, pada 2003, untuk kawasan Gombak tidak berlaku pecahan sewaktu persempadanan semula sedangkan jumlah pengundinya ramai, jadi akibatnya jumlah pengundinya bertambah sehingga kini dan terlampau besar sampai mencecah ratusan ribu.
"Penduduk di setiap Parlimen bertambah malah kali terakhir kita menjalani persempadanan semula ialah pada 2003, cuba bayangkan sekarang sudah 2014," katanya.
Ditanya mengenai peningkatan jumlah pengundi di Parlimen Ampang, Ismail menegaskan di Parlimen Ampang, peningkatan itu tidak begitu ketara malah jumlah pengundi di Parlimen itu hanya sekitar 85,000.
Bernama
Sun Nov 02 2014

Kali terakhir persempadanan semula dilakukan adalah pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011. Foto Fail

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

SPR patut laksana persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor
Seorang ketua UMNO bahagian di Selangor berpendapat SPR perlu melaksanakan apa yang disebutnya sebagai persempadanan semula kawasan PRU yang telah lama tidak dijalankan.