"Sudah diduga, Pakatan Rakyat (PR) akan hancur dan berkubur. DAP dengan PAS selama ini tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain."
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alahabshee berkata demikian ketika mengulas pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa pakatan itu sudah berakhir pada Selasa.
Dengan berkuburnya PR, beliau antara pemimpin UMNO paling lantang mengecam PR, yakin kecelaruan politik di negara ini akan kembali pulih.
"Saya berharap rakyat akan sedar betapa PR hanya sebuah pakatan rapuh yang bertunjang kepada nafsu politik haloba untuk berkuasa," tegasnya dalam cacatan terbaharu di dalam blognya.
Katanya lagi, keputusan membubarkan PR membuktikan pakatan pembangkang tidak mampu menyaingi kekuatan Barisan Nasional (BN).
Malah tegas beliau, selama ini PR hanya membohongi rakyat bahawa pakatan tersebut mempunyai kesepakatan, kekuatan dan mampu merampas Putrajaya.
"Mereka bergabung untuk mencari kuasa politik, tetapi belum lagi berkuasa sepenuhnya, akhirnya mengakui mereka bercakaran sesama sendiri sehingga terpaksa dibubarkan," katanya.
Kesan daripada pembubaran PR hari ini tambah Syed Ali, membuktikan juga hanya BN di mana UMNO sebagai tonggak mampu membela nasib rakyat.
"UMNO yang menjadi tulang belakang BN merupakan gabungan berasaskan kepada kepercayaan, kesepakatan dan keharmonian," ujarnya.
BACA: Pakatan Rakyat sudah berkubur - Guan Eng
Semalam, DAP mengumumkan keputusuan Muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengann DAP membawa kepada pembubaran PR.
Lim Guan Eng ketika mengumumkan keputusan tersebut menjelaskan PR tidak lagi wujud.
PR ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
BACA: 'Ada pihak putar belit keputusan muktamar tentang hubungan PAS-DAP'
Kata Syed Ali lagi, tindakan PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP, parti rasis itu merupakan tindakan bijak yang perlu dialu-alukan.
"Selama ini PAS dihina dan dipijak oleh DAP iaitu parti perkauman itu menentang cadangan pelaksanaan hukum hudud yang di bawa oleh PAS," katanya.
BACA: Khairy gesa kerajaan Selangor dibubar susulan 'berkuburnya' Pakatan Rakyat
Mengulas kedudukan kerajaan pembangkang di Selangor yang dikongsi bersama DAP, PKR dan PAS, Syed Ali berkata PAS memiliki keutamaan untuk menentukan masa depan Menteri Besar, Azmin Ali.
Beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Azmin kini hanya mengharapkan belas ihsan daripada PAS untuk kekal sebagai Menteri Besar.
"Sebenarnya, sudah tidak ada lagi kerajaan PR di Selangor kerana hari ini secara rasmi telah dibubarkan, ini bermakna mereka (pembangkang) perlu melihat semula kedudukan Menteri Besar," tegasnya.
Mengenai masa depan PAS setelah meninggalkan sekutu politknya, DAP dan PKR, beliau berkata terpulang kepada parti itu untuk menentukan haluannya.
"Bagaimanapun saya yakin kepimpinan baru PAS lebih positif ke arah perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam termasuk bekerjasama dengan UMNO," ujarnya.
Astro Awani
Tue Jun 16 2015
SYED ALI: Sudah diduga Pakatan Rakyat akhirnya berkubur - Gambar fail
AWANI Ringkas: Siasatan eksploitasi kanak-kanak, agama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pencemaran bau - Kerja pembersihan tujuh hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita Terkini Kita: Adiwira sebenar, mereka hero Gunung Kinabalu...
Mereka adiwira sebenar. Hero yang tidak didendang memastikan keselamatan pendaki di Gunung Kinabalu. Siapa mereka? Ikuti episod Berita Terkini Kita yang kini sedang menjelajah Sabah.
Berita Terkini Kita: Bayu Kundasang, mendamaikan jiwa...
Berita Terkini Kita Astro AWANI kali ini menjejakkan kaki Ranau, Sabah. Anak muda di sana sudah ada yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan khusus sekali dalam sektor pelancongan sama seperti Shajean Oliver, pemuda etnik Dusun yang mengusahakan Lily’s Cottage & Kitchen yang terletak di kawasan pergunungan Kinabalu.
Taufan Yagi ragut 141 nyawa, 59 hilang di wilayah utara Vietnam
Setakat pagi Rabu, Taufan Yagi dan kejadian tanah runtuh serta banjir telah meragut 141 nyawa manakala 59 hilang di wilayah utara Vietnam.
Malaysia teroka teknologi UAV, sasar hasilkan keluaran tempatan - Ahmad Zahid
Malaysia terus mengukuhkan usaha dalam penerokaan teknologi pesawat tanpa pemandu (UAV) melalui kerjasama dengan China.
Penilai antarabangsa kaji, sahkan simpanan stok
Kerajaan Sarawak akan bekerjasama dengan pihak penilai antarabangsa untuk mengkaji dan mengesahkan jumlah simpanan atau stok karbon yang ada di wilayah ini.
Harga MSM dijangka sekitar RM4,000 satu tan menjelang akhir tahun ini - MPOB
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memaklumkan, harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka bergerak sekitar RM4,000 satu tan menjelang akhir tahun ini.
KLIA lapangan terbang paling tersambung di Asia Pasifik
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi diiktiraf sebagai lapangan terbang paling tersambung di rantau Asia Pasifik, menurut analisis terbaharu yang dikeluarkan oleh OAG, platform data industri pelancongan global.
China kekal sebagai pusat perdagangan Asia - SP Global Ratings
China kekal sebagai pusat perdagangan Asia, dengan keuntungan di beberapa negara pada peringkat serantau, kata SP Global Ratings.
Steven Sim, Lim Hui Ying antara 32 calon jawatankuasa DAP Pulau Pinang
Seramai 32 individu akan bertanding untuk merebut 15 jawatan ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027 pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang, 22 Sept ini.
Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok
Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.
Isu sijil halal: 'DAP akan terus berdiri bersama Teresa Kok' - Guan Eng
Lim Guan Eng, menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal, tidak menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan raja.
Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang
Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.
PRK Mahkota: DAP mula gerak kerja awal bantu calon BN
DAP sudah memulakan gerak kerja bagi membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 Sept ini.
PRK DUN Mahkota: DAP sedia bantu kempen calon UMNO - Teo
DAP bersedia membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Kluang, kata Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching.
DAP buat laporan polis terhadap dua individu tuduh parti itu sebagai kafir harbi
Young Syefura Othman menyifatkan kenyataan dua individu tersebut merupakan ucapan kebencian dan berbahaya serta menggugat ketenteraman awam.
PRK Nenggiri: DAP sedia berkempen jika diminta, tidak anjur program sendiri
DAP bersedia membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan bulan depan sekiranya terdapat permintaan daripada mana-mana parti gab
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.