Sukar untuk UMNO pulih sepenuhnya sekiranya mereka yang 'bersekongkol' dengan bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak ingin terus kekal dalam parti, kata calon Ketua Pemuda Syed Rosli Jamalullail Syed Harman hari ini.
Katanya, individu yang dikaitkan dengan pelbagai isu sepatutnya melakukan tindakan bertanggungjawab dengan tidak menawarkan diri bertanding lagi, contohnya seperti Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Ini katanya, demi memberi peluang kepada muka baharu yang bersih untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.
Menurutnya, untuk menjadi parti pembangkang yang dihormati dan dipercayai rakyat, UMNO memerlukan barisan kepimpinan yang berintergriti dan mempunyai kredibiliti.
"Jika tidak Umno akan kekal sebagai pembangkang buat jangka masa yang lama," kata Syed Rosli dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Dibelenggu politik wang? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO
BACA: UMNO kekal relevan? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO
Beliau mengambil contoh persaingan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang menyaksikan tiga calon yang memegang jawatan dalam kerajaan dan struktur kepimpinan parti sebelum ini.
Mereka ialah Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun yang juga dilantik menjadi Senator dalam Dewan Negara, serta Ketua Pemuda UMNO Pahang Shahar Abdullah.
"Mereka ini adalah antara yang mendiamkan diri ketika skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang melibatkan Najib.
"Dengan itu sudah pasti mereka juga adalah liabiliti kepada UMNO," kata Syed Rosli.
BACA: Ku Li, KJ dan Zahid antara lima calon jawatan Presiden UMNO
BACA: UMNO perlukan 'penawar' - Ku Li
BACA: Zahid, KJ berpeluk, Ku Li di mana?
Beliau merupakan salah seorang daripada sembilan calon yang akan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti.
Selain Syed Rosli, Khairul Azwan, Shahar dan Asyraf, lima calon yang lain adalah Abdul Razak Mohamed Yusof, Imbran Afham Armen, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan dan Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos.
Astro Awani
Fri Jun 22 2018
Menurut Syed Rosli, menjadi parti pembangkang yang dihormati dan dipercayai rakyat, UMNO memerlukan barisan kepimpinan yang berintergriti dan mempunyai kredibiliti. - Gambar fail
Aksi Manchester City ibarat pasukan B-15 - Bernardo Silva
Bernardo Silva label Manchester City bermain seperti budak B-15 untuk rebah di penghujung pertembungan 'derby' kepada Manchester United, awal pagi tadi.
Rangka Kerja RIA: Tiga tahap simpanan untuk persaraan lebih terjamin
Rangka Kerja RIA memperkenalkan tiga tahap simpanan untuk memenuhi keperluan persaraan, dari asas hingga dipertingkat, membolehkan ahli menetapkan sasaran mengikut gaya hidup dan aspirasi persaraan mereka. Bakal dilancarkan pada Januari 2026. Ulasan bersama Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
[Data & Statistik] Rangka Kerja RIA meningkatkan kualiti hidup persaraan anda
Dengan pelancaran pada Januari 2026, Rangka Kerja RIA menawarkan tiga tahap simpanan yang disesuaikan untuk memastikan ahli mencapai kebebasan kewangan dan kualiti hidup yang lebih baik semasa persaraan. inisiatif ini membolehkan ahli menetapkan sasaran simpanan mengikut aspirasi persaraan mereka.
Banjir: 40 mangsa masih berada di PPS Johor, Pahang
Jumlah mangsa di Johor kekal 36 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
AWANI Ringkas: Polis Kuala Lumpur jalankan siasatan dalaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bumi Kenyalang kehilangan pemimpin ulung, arkitek utama pembangunannya tahun ini
Selama 33 tahun berkhidmat, Abdul Taib berjaya membawa Sarawak muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi yang dihormati, terkenal dengan kestabilan politik dan keharmonian sosial.
#AWANIRingkas 16 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Disember 2024
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 40 orang setakat 6 pagi Isnin
2️⃣ Polis Kuala Lumpur jalankan siasatan dalaman
3️⃣ Dagangan bursa dijangka lemah
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 40 orang setakat 6 pagi Isnin
2️⃣ Polis Kuala Lumpur jalankan siasatan dalaman
3️⃣ Dagangan bursa dijangka lemah
#awaniringkas
"Saya tidak cukup bagus" - Guardiola
Guardiola yang menyaksikan City mencipta 10 peluang percaya dia bukanlah orang yang tepat untuk memimpin City berdasarkan kemerosotan mereka baru-baru ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Harits Asyraf Hasnan
1. Banjir: Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
2. Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
3. Sekolah di Damsyik dibuka semula
1. Banjir: Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
2. Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
3. Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.