Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melalui laluan sukar untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun menerusi pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Beliau berkata perkara itu jelas kerana Najib mengetuai Barisan Nasional (BN) yang mempunyai 132 kerusi Parlimen berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Dr Mahathir hanya mempunyai seorang wakil di Dewan Rakyat.
"Kalau nak tumbangkan Najib kena melalui PRU... Najib ada 132 kerusi dan kalau nak tumbangkan semua, itu bukan perkara mudah. Dr Mahathir (PPBM) hanya ada satu... jadi sukar untuk itu berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Maran di sini, hari ini.
Turut hadir barisan kepimpinan UMNO Bahagian Maran iaitu Ketua Bahagiannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Shahaniza Shamsuddin (Timbalan Ketua), Datuk Rosni Zahari (Ketua Wanita), Saiful Anuar Mokhtar (Ketua Pemuda) dan Nurhidayah Shahaimi (Ketua Puteri).
Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian semasa diminta mengulas pengakuan Dr Mahathir yang merupakan pengerusi PPBM semalam bahawa beliau telah merancang untuk menjatuhkan Najib sejak tahun 2014 lagi.
Tempoh masa yang lama untuk merealisasikan hasrat itu juga disifatkan Shahidan sebagai bukti bahawa rancangan itu sukar untuk dilaksanakan kerana Najib mempunyai sokonangan yang kuat bukan hanya daripada UMNO tetapi juga semua parti komponen BN.
Mengulas mengenai pelantikan tiga nakhoda dalam struktur kepimpinan Pakatan Harapan, Shahidan berkata pakatan hanya bermain sandiwara mengaburi mata rakyat apabila tiada wakil DAP dalam 'senarai atasan'nya.
"Dalam politik, yang mendapat majoriti adalah ketua seperti UMNO dalam BN kerana kita ada lebih 80 kerusi Parlimen. Dalam puak depa (pembangkang) DAP ada 38 (kerusi), PKR 28 dan PPBM hanya satu manakala PAN (Parti Amanah Rakyat) ada enam.
"Jadi tak akan PPBM (Dr Mahathir) yang menjadi ketua? Itu adalah cara untuk (pembangkang) mengaburi. Kalau DAP tidak menjadi ketua, mereka adalah bersandiwara... mana mungkin parti yang lebih kecil (bilangan kerusi) menjadi ketua?," katanya.
Sehubungan itu, Shahidan berkata Pakatan Harapan tidak seharusnya berbohong kepada rakyat dalam merencanakan perjalanan politik mereka kerana rakyat pada masa kini sudah semakin cerdik dalam membuat keputusan.
Kelmarin Pakatan Harapan mengumumkan pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi yang akan bergandingan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua umum manakala isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden.
Jawatan paling tinggi yang disandang oleh wakil DAP ialah sebagai timbalan presiden menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Dua lagi timbalan presiden ialah Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga anggota Parlimen Pagoh dan Presiden PAN Mohamad Sabu.
Sementara itu, Rosni dalam ucapannya menegaskan semua 86 cawangan Wanita UMNO Maran akan terus menyokong kepimpinan Najib dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pentadbiran negara dan parti.
"Kami juga mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk kuasa asing yang cuba campur tangan dalam politik negara dan jika ada bekas pemimpin cuba menjahanamkan parti Melayu dan Islam ini (UMNO) menggunakan parti antiMelayu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2017

SHAHIDAN: Kalau nak tumbangkan Najib kena melalui PRU... Najib ada 132 kerusi dan kalau nak tumbangkan semua, itu bukan perkara mudah. - Gambar fail / Astro AWANI
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.