“Bukankah sukarelawan bermaksud orang yang beri khidmat tanpa menerima sebarang ganjaran? Apakah sekarang perkataan ‘sukarelawan’ sudah ada maksud baru di bawah Malaysia Baharu?”
Itu soalan yang dikemukakan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkaitan isu pembayaran balik kos petrol kepada sukarelawan yang pergi ke Tanah Rata dari kawasan pedalam pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands oleh Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu.
Wee berkata perkara tersebut ‘tidak masuk akal’ memandangkan kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi mengatakan bahawa pemberian duit minyak adalah tidak dibenarkan sama sekali.
“Saya tidak tahu sama ada perkara ini dihalalkan disebabkan kerajaan baharu, Malaysia Baharu.
“Apakah ini acuan Pakatan Harapan (PH) yang kita hendak?” soalnya pada sidang media selepas sesi dialog bersama calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor pada Ahad.
Pada Ahad, beberapa keping gambar menunjukkan seorang wanita yang memakai baju PH yang seolah-olah sedang mengedarkan wang kepada Orang Asli Cameron Highlands tular di laman media sosial.
Sementara itu, calon PH PRK Cameron Highlands, M. Manogaran mendakwa tidak mengetahui tentang dakwaan pemberian wang kepada Orang Asli yang tular di media sosial pada Ahad.
Susulan itu, Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH, Arvind Bharet berkata dalam satu kenyataan bahawa wang yang diagihkan dalam gambar yang tular itu adalah wang pembayaran balik penampungan kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan PH yang datang dengan motosikal sendiri dari rumah mereka di kawasan pedalaman ke Tanah Rata pada hari penamaan calon.
Menerusi satu kenyataan yang lain pula, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata 60 sukarela PH diberi RM20 seorang sukarelawa tersebut.
“Wanita yang memakai baju merah PH yang tular di media sosial bernama Vanessa dan dia ialah seorang sukarelawan dari Impian Malaysia yang melakukan kerja secara sukarela di seluruh negara.
“Terdapat 60 penunggang motosikal dan Vanessa ditugaskan membayar balik RM20 kepada setiap satu penunggang motosikal tersebut,” katanya.
Isabelle Leong
Mon Jan 14 2019
KA SIONG: Saya tidak tahu sama ada perkara ini dihalalkan disebabkan kerajaan baharu, Malaysia Baharu. - Astro AWANI/Isabelle Leong
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM
Amy Pope berkata skala keperluan kemanusiaan di Gaza adalah "amat besar," dan menyeru usaha yang "mendesak dan bersatu" serta sokongan berskala besar di semua peringkat.
Polis panggil ahli keluarga 'baju merah' hubungi Caprice
Tindakan memanggil seorang ahli keluarga berkenaan adalah bagi merekodkan percakapannya dengan influencer itu.
Bom dilempar depan kediaman PM Thailand
Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan susulan kejadian yang berlaku sekitar 8 malam Ahad.
'Agi Idup Agi Ngelaban' jadi pegangan ketika bertugas - Fenny Anak Nuli
Kata motivasi dan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' menjadi pegangan Fenny Anak Nuli sepanjang bertugas.
Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0
Jamal berkata provokasi itu dilakukan selepas beliau memperoleh maklumat daripada media sosial, pihak Bersih mungkin akan mengepung KLIA dan beberapa tempat strategik semasa perhimpunan 19 Nov 2016.
'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap' - Rafizi nasihat Jamal serah diri
Rafizi menersi laman Twitternya meminta supaya Jamall berani berdepan dengan cabaran politik semasa dan memberi kerjasama kepada polis
Polis Thai rampas senjata, peluru dirancang diguna jika kuil Dhammakaya diserbu
Polis Thailand menahan sembilan orang dalam beberepa serbuan di seluruh negara susulan rampasan sejumlah besar senjata api dan peluru.
'Bersih 7' dilancar, gariskan 7 tuntutan terhadap kerajaan negeri Selangor
Program berkenaan akan diadakan selama empat bulan dengan acara kemuncaknya pada 1 April tahun depan.
'Bersih 7': Jamal, tolong jangan keruhkan lagi suasana - Nur Jazlan
Jamal turut dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan provokasi.
Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.
Jamal Yunos dibebaskan, akan lancar 'Bersih 7' untuk selamatkan Selangor
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, ia akan dilancarkan pada petang esok di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.