Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan beliau mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin.
Melalui satu surat terbuka ditujukan khas buat Ahli Parlimen Rembau itu, beliau teruja dengan pembentangan Dasar Belia Malaysianya.
Menurut Saddiq, idea untuk menetapkan had umur belia kepada 30 tahun adalah satu idea besar bagi memastikan aliran pemimpin-pemimpin belia boleh memberikan idea-idea yang segar untuk melengkapkan pembinaan negara kita.
“Namun hari ini, calon-calon baru UMNO untuk pemimpin pemuda mereka adalah masing-masing berusia 42 tahun termasuk Asyraf Wajdi dan Khairul Azwan yang mana secara peribadinya saya amat menghormati mereka.
BACA: Asyraf Wajdi umum tanding Ketua Pemuda UMNO
“Akan tetapi, calon-calon ini tidak memenuhi definisi belia yang dibentangkan, situasi diburukkan lagi apabila Jamal Yunos, seorang individu yang menyalahi undang-undang dan tidak menyerahkan diri kepada pihak berkuasa, juga mencalonkan diri untuk merebut Ketua Pemuda UMNO, yang juga berusia 48 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Jamal tanding Ketua Pemuda, Majlis Tertinggi UMNO
Ahmad Saddiq memaklumkan, ia adalah terpesong daripada apa yang dijanjikan Khairy pada tahun 2015 dan sekarang Dasar Belia Malaysia dilihat sebagai polisi populis hanya untuk menarik undi belia.
Katanya, itu adalah memalukan, Pemuda UMNO sejak dahulu adalah tapak untuk orang baru dan yang melonjak naik untuk meletakkan diri mereka sebagai pemimpin akan datang yang boleh negara harapkan.
“Dato Seri Hishamuddin berusia 38 tahun ketika beliau memegang posisi Ketua Pemuda UMNO sebelum Khairy Jamaluddin mengambil tempat itu ketika beliau berusia 33 tahun.
“Terdapat trend yang ketara dan saya percaya trend memilih calon yang memenuhi kriteria definisi belia perlu sentiasa berterusan,” katanya.
Beliau percaya dalam usaha untuk mereformasi UMNO, mereka perlu untuk menunjukkan dedikasi kepada belia.
“Keperluan untuk mengangkat dasar yang Khairy Jamaluddin sendiri gagaskan adalah satu kemestian.
“Cadangan ini bukan sahaja akan memberikan impak kepada UMNO tetapi idea yang sama ini juga bakal memberi gelombang kepada parti-parti lain bagi mewujudkan satu gerakan persaingan sihat menarik bakat muda dan memberikan kedudukan pimpinan tertinggi kepada parti mereka,” katanya.
Sinar Harian
Sun Jun 03 2018
Syed Saddiq (kiri) menyifatkan beliau mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan dengan Khairy Jamaludin.
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir
Khalid berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.
JPS bina tiga DSK di Melaka libatkan peruntukan RM1.5 juta
Pembinaan DSK itu bertujuan untuk memelihara dan memulihara sungai, selain mengatasi masalah banjir.
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
Skuad Insan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
PERNAS salur pembiayaan sebanyak RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais sejak 2014 - Ewon
PERNAS agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.
SKAS guna kaedah S Pay pastikan penerima belanja untuk keperluan asas - Abang Johari
Penggunaan aplikasi e-dompet S Pay untuk menyalurkan SKAS bertujuan memastikan bantuan diberikan untuk keperluan asas sahaja, sekali gus mengelakkan penyalahgunaan bantuan.
Kampung Bendang Perol: Penduduk tidak pernah letih melawan arus banjir
Semangat penduduk Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang yang terkenal dengan julukan "kampung banjir lambat surut' atau banjir termenung itu tidak pernah luntur.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.
'Dr Akmal patut henti main isu KK Mart, hayati titah Agong' - Nik Nazmi
"Nasihat saya kepada Akmal, keinginan memperkenalkan diri ke medan politik dengan isu seperti ini tidak akan bertahan lama."
Kes ugut bunuh Dr Akmal: Warga emas ditahan
Suspek berusia 68 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi di sekitar kawasan Kandang, Melaka Tengah.
Ugutan bunuh: Dr Akmal buat laporan polis
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, berhubung ugutan bunuh yang diterimanya pagi tadi.
Isu stoking kalimah Allah: Dr Akmal terima ugutan bunuh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh akan membuat laporan polis susulan menerima ugutan bunuh berhubung kelantangan beliau mengenai isu kalimah Allah.
Jumpa depan-depan, tak mahu sembang dalam TikTok - Akmal Saleh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sedia bertemu empat mata dengan seorang pengguna TikTok yang mengkritik beliau berhubung peruntukan sekolah agama rakyat.
PRN: UMNO harus berubah jika tidak mahu terus dilupakan - Ketua Pemuda
Pemimpin UMNO juga perlu memberi keutamaan pada suara rakyat, bukannya suara pemimpin.
PAU2023: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN
Ia bagi membincangkan mengenai gerak kerja dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Pemilihan UMNO: Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Tiga calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO ditolak dalam pemilihan parti ini bagi sesi 2023-2023.
Onn Hafiz diminta bertanding Ketua Pemuda UMNO
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi mengembalikan semula maruah parti itu.
'Nak jadi Ketua Pemuda UMNO tak boleh jadi pak turut'
Katanya, pemimpin tersebut perlu berani menerajui parti, lantang bersuara, mampu berdebat dan menyampaikan ucapan di forum antarabangsa.