Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan anggota UMNO akan turut serta dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini.
"Ada dakwaan mengatakan ada penyokong akar umbi UMNO akan terlibat dengan perhimpunan ini. Jawapan saya, mana ada, ini semua cerita dakyah Bersih yang kotor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah program Ekspresi Seni @ Kuala Lumpur Lake Garden Festival (KLLGF) 2015 pada Ahad.
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian bagi mengulas laporan berita portal bahawa anggota UMNO akan turut serta dalam perhimpunan itu.
Beliau berharap orang ramai tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan dakyah penganjur perhimpunan itu.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A Thambi dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Datuk Norliza Rofli.
Sementara itu, Tengku Adnan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)tetap bertegas tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan itu diadakan di sekitar Dataran Merdeka hujung minggu ini kerana ianya akan menjejaskan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang akan diadakan di lokasi berkenaan.
Katanya, DBKL tidak akan meluluskan lokasi perhimpunan berkenaan walaupun penganjur Bersih sebelum ini mendakwa hanya akan berkumpul di sekitar atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka dan tidak akan mengganggu persiapan sambutan acara tahunan itu.
"DBKL tidak akan luluskan berhubung lokasi perhimpunan di Dataran Merdeka dan di Padang Merbok. Kita tidak akan beri kebenaran...dia nak pergi, pergilah ke Stadium Malawati Shah Alam ke, ke mana sahaja.
“Jangan kacau Kuala Lumpur. Bila buat di KL (Kuala Lumpur), rakyat dan peniaga akan rasa tertekan," katanya.
Sebelum ini, polis telah meminta penganjur Bersih 4.0 mengubah lokasi perhimpunan yang dirancang, iaitu di Dataran Merdeka dan Padang Merbok, ke tempat lain berikutan lokasi berkenaan dianggap tidak sesuai untuk perhimpunan itu.
Bernama
Sun Aug 23 2015

TENGKU ADNAN: Harap orang ramai tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan dakyah penganjur perhimpunan itu. -Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.

Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

Undang-undang perlesenan platform media sosial buka ruang penyalahgunaan kuasa
Keputusan menguatkuasakan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet dilihat akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

BERSIH yakin Bersatu akan bawa keputusan Speaker Dewan Rakyat ke mahkamah
BERSIH yakin Bersatu akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah bagi melihat tafsiran perundangan ke atas keputusannya.

Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.

Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.

Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.

Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.