UMNO kini menunggu keiklhlasan Pas untuk menyambut salam silaturahim yang dihulurkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat dua parti orang Melayu itu bersatu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Pas perlu membuktikan mereka juga ikhlas untuk bersatu demi perpaduan orang Melayu dan penyatuan umat Islam di negara ini.
"Pas perlu melihat sikap keterbukaan Najib itu sebagai keikhlasan pemimpin UMNO yang tidak bermain politik, demi kepentingan rakyat.
"Pas tidak ada alasan untuk menolak pelawaan tersebut kerana UMNO melakukannya dengan ikhlas.
"Najib membuat pelawaan tersebut semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan disaksikan oleh jutaan rakyat negara ini," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Katanya, rakyat kini menjadi saksi betapa ikhlasnya pemimpin UMNO untuk menjalin hubungan politik dengan Pas.
"Kini terpulang kepada parti itu untuk langkah selanjutnya. Saya berharap pemimpin Pas tidak berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan untuk menolak salam silaturahim yang dihulurkan oleh Najib," jelasnya.
Bagaimanapun Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan optimis perintis ke arah permuafakatan UMNO-Pas akan menjadi kenyataan.
"Saya optimis, semuanya akan berjalan dengan baik demi perpaduan dan penyatuan Melayu, kesepakatan itu boleh berlaku.
"Sikap keterbukaan Najib yang juga Perdana Menteri mempelawa Pas menjalin kerjasama dengan UMNO membuktikan parti itu ikhlas untuk membela nasib rakyat," ujarnya.
Syed Ali bagaimanapun berpendapat, pertemuan susulan perlu diadakan membabitkan kedua pemimpin bagi merintis jalan permuafakatan.
"Pemimpin UMNO di peringkat Majlis Tertinggi (MT) sewajarnya mengambil inisiatif segera susulan kenyataan terbuka yang dibuat oleh Najib berhubung bentuk kerjasama UMNO-Pas.
"Banyak perkara perlu dilihat sebelum terjalinnya hubungan tersebut, inilah tugas yang perlu segera dimainkan oleh barisan kepimpinan parti," katanya.
Menurut Syed Ali lagi, mungkin agak sukar untuk Pas menyertai semula Barisan Nasional (BN) tetapi tidak mustahil untuk parti itu menjalin kerjasama politik dengan UMNO.
"Kerjasama politik UMNO-Pas boleh berlaku terutama membabitkan kerjasama sewaktu berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Pas perlu menerima hakikat bahawa amat sukar untuk mereka meraih undi Melayu berikutan perpecahan parti itu daripada pakatan pembangkang.
"Saya melihat Pas berdepan kesukaran berikutan terputusnya hubungan parti itu dengan DAP dan PKR," ujarnya.
Jika berlaku kerjasama UMNO-PAS tambah Syed Ali, kekuatan dan penyatuan orang Melayu akan bertambah kukuh.
"UMNO sentiasa melihat kepada kepentingan Melayu dan jika terjadi kerjasama dengan Pas, penyatuan umat akan bertambah kukuh," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar parti AMANAH yang sanggup menjadi perkakas DAP untuk memenangi PRU akan datang.
"Parti serpihan Pas itu sanggup dijadikan alat oleh DAP untuk menghancurkan perpaduan orang Melayu.
"Bagaimanapun, AMANAH tidak memberi ancaman kepada UMNO kerana parti serpihan itu dikemudikan oleh mereka yang tidak mempunyai kredibiliti," jelasnya.
Astro Awani
Wed Dec 16 2015

SYED ALI: 'Terpulang kepada keikhlasan PAS sambut pelawaan Najib' - Gambar fail

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
![[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli [TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723894059_TBAWIE.jpg)
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.

BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.

Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.

PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.

Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.