Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak ada keperluan untuk melayan kerenah Tun Dr Mahathir yang mencabar beliau berdebat dalam satu pentas pada acara 'Nothing to Hide 2.0'.
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat, Perdana Menteri mempunyai lebih banyak kerja yang perlu diberikan keutamaan daripada melayan kerenah pemimpin pembangkang yang sememangnya sengaja mencari helah untuk menyerang kerajaan dan pemimpin UMNO.
"Pentas tersebut hanya dijadikan gelanggang pembangkang untuk menyerang UMNO dan mnencemarkan reputasi Najib dengan bahan fitnah dan tohmahan tidak berasas
"Pada hemat saya, Najib tidak ada sebab mengapa perlu melayan cabaran tersebut, ianya tidak berfaedah untuk rakyat selain memberi ruang kepada pembangkang menyemarakkan serangan fitnah, provokasi dan propaganda," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Tun Mahathir perlu jelaskan pendirian mengenai Anwar - PM Najib
BACA: UMNO dan Pas kian bertemu titik persamaan - Annuar
Malah kata beliau, pembangkang sengaja mencabar Perdana Menteri berdebat kononnya cuba merungkai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi mereka sebenarnya cuba mengalih perhatian rakyat terhadap kemelut dalaman Pakatan Harapan (PH).
Katanya, penjenamaan PH baru-baru ini ternyata telah mencetuskan keresahan dan ketidakpuashatian di kalangan pemimpin DAP apabila Lim Kit Siang dilihat seperti tersisih daripada hieraki kepimpinan pakatan tersebut.
"Penyokong DAP ternyata amat kecewa dengan susunan kepimpinan tersebut yang pada mereka sebagai tidak adil apabila ada usaha untuk menonjolkan pemimpin PPBM termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelasnya.
Justeru kata Syed Ali, cabaran yang dibuat oleh Dr Mahathir kepada Najib pada 14 Julai lalu untuk berdebat dipentas 'Nothing to Hide 2.0' yang dikatakan menjurus kepada isu 1MDB hanya helah pembangkang untuk menutup kepincangan tersebut.
Menurut beliau lagi, isu 1MDB sudah pun diperjelaskan oleh kerajaan sama ada di Parlimen atau secara terbuka dan tiada salah laku dilakukan Najib sepertimana difitnah pembangkang.
"Isunya telah dibawa ke Parlimen dan terbukti dakwaan pembangkang selama ini dibuat berasaskan kepada laporan media asing, jadi debat tersebut sebenarnya tidak membawa sebarang makna selain membazir.
"Debat itu juga hanya akan dijadikan pentas untuk mempopularkan PH dan dalam masa sama melemparkan pelbagai fitnah dan persepsi jahat terhadap kerajaan.
"Pada hemat saya, debat terbuka itu sekadar perangkap pembangkang untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO khususnya sebagai taktik meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14," ujarnya.
Syed Ali berkata, banyak lagi isu-isu yang boleh dikemukakan oleh pembangkang yang berkaitan kepentingan negara dan kebajikan rakyat bukannya hanya memfokuskan kepada isu tidak relevan yang sarat dengan bahan fitnah dan propaganda murahan.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan tidak menolak pandangan sesetengah pihak bahawa sejak kebelakangan ini seperti wujud kebersamaan perjuangan antara Pas dan UMNO.
"Mungkin ada titik persamaan yang barangkali berlaku kerana garis masa politik yang semakin memerlukan kepada satu permuafakatan yang kukuh di kalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Bagaimanapun, sama ada berlaku hubungan kerjasama politik membabitkan Pas-UMNO menjelang PRU ke-14 terlalu sukar untuk diramalkan.
"Saya sering berkata alangkah baiknya jika berlaku kerjasama Pas-UMNO demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam," tegasnya lagi.
Astro Awani
Thu Jul 20 2017

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak ada keperluan untuk melayan kerenah Tun Dr Mahathir yang mencabar beliau berdebat. - Gambar fail

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.
Tumpuan Sabtu – 1 Mac 2025
10 Berita Pilihan - (28 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Persiapan sambutan bulan Ramadan
Ikuti temubual wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bersama Ketua Naqib / Ketua Imam Masjid At Taqwa TTDI, Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkenaan dengan persiapan sambutan bulan Ramadan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PM Anwar beri bantuan kepada 166 penerima di DUN Beserah, Semambu
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

PM Anwar ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan
Beliau berkata Ramadan adalah 'madrasah' terbaik bagi mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.

Jangan salah guna kebebasan berhimpun untuk menipu, fitnah - PM Anwar
Anwar membidas pihak yang memainkan sentimen memperjuangkan hak orang Melayu dalam isu pembangunan bandar, namun tidak melakukan usaha semasa mentadbir negara sebelum ini.

PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara dan Kedah
Anwar turut menyertai Sultan Kedah dan Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari selepas sesi menghadap.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.