Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau berkomplot dengan pemimpin tertentu dalam UMNO untuk menarik barisan kepimpinan UMNO Sabah bertindak keluar daripada parti di negeri itu.
Perdana Menteri berkata pemimpin UMNO Sabah mempunyai fikiran sendiri dan mereka bebas untuk kekal bersama UMNO atau meninggalkan parti itu.
"Mereka mahu keluar. Mereka ada fikiran dan pandangan tersendiri. Jika mereka tidak mahu keluar, mereka boleh kekal dalam UMNO," katanya menurut laporan Bernama.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Proton X70 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam tadi.
Terdahulu pada Rabu, keseluruhan jawatankuasa perhubungan UMNO negeri termasuk pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan 21 ketua Bahagian negeri keluar daripada parti itu.
Hajiji pada sidang media di Kota Kinabalu mengumumkan beliau bersama lima Anggota Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Senator meninggalkan parti UMNO dan mengisytiharkan menjadi ahli politik bebas.
BACA: 13 wakil rakyat UMNO Sabah, termasuk pengerusi negeri keluar parti
BACA: UMNO Sabah masih utuh - Hajiji
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), bagaimanapun, mengesahkan beliau telah menemui beberapa pemimpin UMNO Sabah, baru-baru ini.
Menurutnya, pemimpin-pemimpin tersebut mahu mengadakan pertemuan dengan beliau untuk menyampaikan hasrat mereka untuk meninggalkan UMNO.
"Memang mereka datang dan memaklumkan bahawa mereka mahu meninggalkan UMNO," katanya.
Ditanya sama ada PH akan menerima bekas pemimpin UMNO Sabah dalam mana-mana parti komponennya, Dr Mahathir berkata mereka perlu kekal sebagai wakil rakyat bebas dan pada masa sama menunjukkan sokongan kepada kerajaan.
"Ia bergantung pada sikap mereka. Jika mereka menyokong dan tidak melakukan kesalahan pada masa lalu, kita akan terima mereka," katanya.
Astro Awani
Wed Dec 12 2018

Bercakap selepas Majlis Pelancaran Proton X70 malam tadi, Dr Mahathir berkata bekas pemimpin UMNO perlu kekal sebagai wakil rakyat bebas dan pada masa sama menunjukkan sokongan kepada kerajaan. --fotoBERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Ahli Parlimen Labuan isytihar sokong kepimpinan PM Anwar
Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman menzahirkan sokongan beliau kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai hari ini.

ADUN Bersatu Sabah keluar parti: Apa yang kita tahu setakat ini
Banyak spekulasi timbul mengenai mesej itu, termasuk perubahan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Sabah yang ditadbir GRS-BN.

PRK DUN Bugaya: Permohonan undi pos dibuka hari ini - SPR
Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah dibuka bermula hari ini.

Perpaduan antara GRS, BN penting jayakan perancangan kerajaan Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, ia bagi memastikan perancangan kerajaan Sabah untuk memajukan negeri dan rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.

USNO hantar permohonan sokong pentadbiran kerajaan - Pandikar
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyatakan pendirian mereka menyokong polisi kerajaan.

Isu kemiskinan digital perlu diberi keutamaan - Salleh
Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu kerajaan Sabah mencari penyelesaian terbaik kepada isu kemiskinan digital, dari segi penyediaan prasarana teknologi maklumat dan

COVID-19: Jangkitan meluas mampu jejaskan pentadbiran Sabah
Situasi pentadbiran kerajaan negeri Sabah mampu mencetuskan kebimbangan sekiranya berlaku jangkitan secara meluas di kalangan jentera kerajaan negeri tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 9 Oktober 2020.

Hajiji disahkan positif COVID-19
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19.

Pilihan raya ketika krisis COVID-19: PRK Batu Sapi perlu ditangguh
Pilihan Raya Negeri Sabah bulan lalu telah membekalkan satu pengajaran tentang implikasi mengadakan pilihan raya dalam persekitaran pandemik.