Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan wujud perbincangan kerjasama di antara UMNO dan Pakatan Harapan seperti didakwa presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dr Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan berkata beliau tidak tahu mengapa Ahmad Zahid sengaja membuat kenyataan tersebut.
“Tidak ada perbincangan... takkanlah kita nak bekerjasama.
“Saya tak tahu kenapa beliau (Ahmad Zahid) cakap macam tu, kena tanya dialah,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Brighter Anjung Kasih YKN di Hospital Serdang.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang mendakwa parti itu akan kembali berkuasa melalui pembentukan kerajaan perpaduan dengan parti komponen parti Harapan tidak lama lagi.
Memetik laporan media semalam, Ahmad Zahid berkata UMNO kini sedang menunggu untuk kembali menjadi kerajaan.
Kenyataan itu reaksi daripada tindakan Barisan Nasional memboikot pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang didakwa ada kaitan dengan usaha menjalin perikatan dengan PKR atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Kata Ahmad Zahid, pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan sama ada sebelum atau selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun semalam Anwar menafikan Pakatan Harapan akan berkerjasama dengan UMNO.
Diyana Ibrahim
Fri Sep 28 2018
Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan wujud perbincangan kerjasama di antara UMNO dan Pakatan Harapan seperti didakwa presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Astro AWANI / DIYANA IBRAHIM
Astro komited teruskan legasi Ananda Krishnan
Astro Malaysia Holdings Berhad menzahirkan dukacita atas pemergian pemegang saham syarikat stesen televisyen satelit pertama negara itu, Ananda Krishnan Tatparanandam.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
AWANI Ringkas: Kembalikan nama asal UPM dibawa ke Kabinet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjenayah dikehendaki mati ditembak, anggota polis kena serangan jantung
Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes jenayah terancang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Seremban 2.
266 menara belum siap, lebihi tempoh sembilan bulan ditetapkan untuk beroperasi - Fahmi
Ia antaranya melibatkan Syarikat YTL Communications Sdn Bhd yang didapati tidak menyiapkan 51 menara telekomunikasi diterima menerusi JENDELA.
Kementerian Pengangkutan tubuh jawatankuasa semak undang-undang maritim, akta-akta pelabuhan
Tindakan itu bertujuan memastikan undang-undang tersebut kekal relevan dan berkesan dalam menghadapi perubahan.
Implikasi penumpang kenderaan persendirian turut dilindungi insurans kenderaan dikaji - Loke
Anthony Loke berkata kajian menyeluruh juga perlu bagi menilai kesannya terhadap undang-undang sedia ada.
PBB alu-alukan sebarang usaha untuk gencatan senjata di Gaza
PBB kekal berhubung dengan semua rakan kongsi yang terlibat untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai perkara itu.
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Banjir kali ini dijangka lebih buruk dari 2014
Banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu dijangka lebih buruk berbanding bencana tahun 2014.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
"Pemimpin UMNO jangan 'usik' rakan komponen Kerajaan Perpaduan" - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Formula perpaduan PH, BN perlu dipertahankan dalam PRU16 - Saifuddin
Formula perpaduan antara PH dengan BN pada PRK DUN Mahkota, Johor wajar dipertahankan dalam siri pilihan raya akan datang termasuk PRU16.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
PRK Mahkota: PH giat kempen tingkat kesedaran pengundi tunai kewajipan
Terdapat segelintir kecil penduduk tidak sedar PRK sedang berlangsung, menyebabkan jentera mereka membantu pengundi membuat semakan pusat mengundi.
Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu
Andansura Rabu berkata, di peringkat akar umbi, ramai anggota BN menolak kerjasama dengan PH.