Keputusan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan langsung tidak mengejutkan.
Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak berkata, ia sekali gus mengesahkan khabar angin yang mengatakan Khairuddin akan keluar PPBM kerana masalah dalaman parti itu sendiri.
"Khabarnya pula Khairuddin akan menyertai sebuah parti komponen Pakatan Harapan tidak lama lagi. Alasan Khairuddin keluar dari PPBM kononnya mahu menumpukan sepenuh masa kepada kes-kes peribadinya di Mahkamah.
"Alasan itu tidak masuk akal dan mencerminkan sikapnya yang tidak matang berpolitik selain boleh dijadikan bahan jenaka rakyat," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairuddin dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis mengumumkannya keluar parti serta merta.
Tindakan itu diambil dengan alasan membolehkannya memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung.
Khairuddin pernah ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tahun lalu.
Dalam pada itu kata Ibdilillah, Khairuddin juga perlu menjawab beberapa persoalan terutama spekulasi kekecewaannya kerana tidak diberi apa-apa jawatan di dalam PPBM.
"Apakah benar terdapat dua fraksi dalam PPBM iaitu fraksi Tun Dr Mahathir dan fraksi Tan Sri Muhyiddin Yassin? Bukankah pimpinan PPBM selama ini mengatakan parti mereka parti paling layak untuk mentadbir negara?
"Kalau PPBM merupakan parti terbaik, mengapa pula Khairuddin keluar dari parti tersebut?
Adakah terdapatnya pergelutan kuasa yang kian meruncing dalam PPBM sehingga mendorong Khairuddin mengambil keputusan meninggalkan PPBM?
"PPBM baharu sahaja berusia dua bulan. Katanya 'Bersatu' tetapi kelihatan sudah mahu berpecah. Sudah mahu retak, kini menanti belah," soalnya.
Sementara itu, sebuah portal melaporkan, Pengerusi PPBM, Dr Mahathir berkata tidak dimaklumkan mengenai berita Khairuddin yang keluar parti itu berkuat kuasa serta merta malam tadi.
Wan Syamsul Amly
Fri Oct 28 2016
!['Tiada yang mengejutkan Khairuddin keluar PPBM' - Ibdilillah 'Tiada yang mengejutkan Khairuddin keluar PPBM' - Ibdilillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468149943_Ibdillah.jpg)
Keputusan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan langsung tidak mengejutkan. - Gambar fail
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
!['Kasihanilah Mat Tere, dia bukan pengganas' - Ibdilillah 'Kasihanilah Mat Tere, dia bukan pengganas' - Ibdilillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468149943_Ibdillah.jpg)
'Kasihanilah Mat Tere, dia bukan pengganas' - Ibdilillah
Masyarakat terutama dari Johor diminta tidak terlalu emosi dalam isu rakaman video yang didakwa menghina institusi diraja Johor oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mat Tere.
![Andy Yong jangan ikut rentak politik DAP - Ibdilillah Andy Yong jangan ikut rentak politik DAP - Ibdilillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468149943_Ibdillah.jpg)
Andy Yong jangan ikut rentak politik DAP - Ibdilillah
Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong dinasihat tidak terikut-ikut rentak dan cara pemimpin DAP berpolitik dengan mempertikai perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan.
!['Tiada yang mengejutkan Khairuddin keluar PPBM' - Ibdilillah 'Tiada yang mengejutkan Khairuddin keluar PPBM' - Ibdilillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468149943_Ibdillah.jpg)
'Tiada yang mengejutkan Khairuddin keluar PPBM' - Ibdilillah
Keputusan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disifatkan langsung tidak mengejutkan.
!['Lian Ker, jangan perlekeh cara politik KJ' - Ibdilillah 'Lian Ker, jangan perlekeh cara politik KJ' - Ibdilillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468149943_Ibdillah.jpg)
'Lian Ker, jangan perlekeh cara politik KJ' - Ibdilillah
Tindakan Datuk Seri Ti Lian Ker yang memperlekehkan cara berpolitik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disifatkan langkah tidak sedar diri Ahli Jawatankuasa Pusat MCA itu sendiri.
![Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51459603531_AzwanBro.jpg)
Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
!['Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO 'Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468310627_DAPUMNOrusuhan.jpg)
'Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO mendesak anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
!['Kenapa pemimpin DAP tidak kecam perbuatan Kor Ming?' - Ibdilillah 'Kenapa pemimpin DAP tidak kecam perbuatan Kor Ming?' - Ibdilillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51468149943_Ibdillah.jpg)
'Kenapa pemimpin DAP tidak kecam perbuatan Kor Ming?' - Ibdilillah
Ketiadaan pemimpin DAP yang mengecam perbuatan Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya dan menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat menghairankan.
!['Guan Eng, letaklah jawatan kalau benar-benar telus' - Ibdilillah 'Guan Eng, letaklah jawatan kalau benar-benar telus' - Ibdilillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436260544_IBDILLAHISHAK.jpg)
'Guan Eng, letaklah jawatan kalau benar-benar telus' - Ibdilillah
Lim Guan Eng digesa untuk meletakkan jawatannya dalam kadar segera untuk membuktikannya benar-benar menjunjung politik yang bersih, telus dan beramanah.
![Data 1MDB: Nurul Izzah jangan hanya nafi, samanlah sekali - Ibdilillah Data 1MDB: Nurul Izzah jangan hanya nafi, samanlah sekali - Ibdilillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436260544_IBDILLAHISHAK.jpg)
Data 1MDB: Nurul Izzah jangan hanya nafi, samanlah sekali - Ibdilillah
Nurul Izzah Anwar didesak untuk tidak hanya menafikan malah segera menyaman media yang menuduhnya terlibat dengan pembelian data mengenai 1MDB daripada Xavier Andre Justo.