Pakatan pembangkang sepatutnya membuat keputusan secara kolektif dalam menentukan calon yang akan menjadi perdana menteri jika pakatan itu menang pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika nama calon perdana menteri diumumkan pada ketika ini, ia akan menyebabkan kekecewaan dan perdebatan sesetengah pihak.
"Ia patut diumumkan oleh gabungan pakatan pembangkang. Jika mereka umumkan (awal), ada pihak yang akan kecewa sekali gus menyebabkan perdebatan antara kami. Buat masa ini kami tidak boleh umum Perdana Menteri," katanya selepas menghadiri Forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 di pejabat Malaysiakini, pada Khamis.
Ditanya bila masa yang sesuai untuk diumumkan, ini jawabnya.
"Mungkin semasa pilihan raya. Ia mesti keputusan popular oleh semua parti, bukan satu parti sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan Pengarah Komunikasi, Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad yang mahu Pakatan Harapan membuat keputusan mengenai pilihan gabungan itu sebagai perdana menteri jika mereka memenangi pilihan raya bagi mengelakkan perebutan kuasa.
Tambahan Ahli Parlimen Shah Alam itu, perkara berkenaan mempunyai kepentingan orang ramai.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Dec 22 2016
Tun Mahathir Mohamad (tengah) berpandangan sebarang cadangan berkaitan calon perdana menteri pihak pembangkang tidak perlu diumumkan sekarang - Foto Astro AWANI / Mohd Rizal Rahim
Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terlibat kemalangan
Afiqah Syaurah Qamarul Arifin meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Disember 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
- Tol percuma esok dan lusa sempena Krismas
- 2 dekad Tsunami: Acheh masih dibadai derita
- Geng Gurun Qatar: Perpaduan komuniti Malaysia di Teluk
#AWANIpagi #AWANInews
- Tol percuma esok dan lusa sempena Krismas
- 2 dekad Tsunami: Acheh masih dibadai derita
- Geng Gurun Qatar: Perpaduan komuniti Malaysia di Teluk
#AWANIpagi #AWANInews
Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.
KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.
AWANI Ringkas: Teruskan penguatkuasaan di Sungai Golok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Albania sekat akses TikTok selama setahun selepas tragedi remaja dibunuh
Ini susulan kejadian pembunuhan seorang remaja bulan lalu yang menimbulkan kebimbangan pengaruh media sosial terhadap kanak-kanak.
Geng Gurun Qatar: Perpaduan komuniti Malaysia di Teluk
Lawatan motosikal anjuran Geng Gurun Qatar dan MAQ perkukuh silaturahim rakyat Malaysia di rantau Teluk, disokong Kedutaan Malaysia di Qatar dan Kuwait.
Tsunami: Selepas 20 tahun, siap siaga komuniti kalis bencana
Apa yang boleh dipelajari dengan kebangkitan rakyat Aceh, selepas 20 tahun dilanda tsunami.
[INFOGRAFIK] USS Abraham Lincoln (CVN-72)
Berikut adalah info berkenaan dengan USS Abraham Lincoln (CVN-72).
KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.
Tidak boleh umum calon PM, nanti ada yang kecewa - Tun Mahathir
Pakatan pembangkang sepatutnya membuat keputusan secara kolektif dalam menentukan calon yang akan menjadi perdana menteri.