Penyatuan rakyat seharusnya dijadikan sebagai kayu pengukur bagi pembentukan sesebuah kerajaan.
Ikatan yang terjalin di antara Sabah, Semenanjung dan Sarawak selama lebih lima dekad dalam pembentukan Malaysia ialah satu jangka lama memerlukan perubahan dan bukan lagi bergantung kepada omong kosong semata-mata, kata Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini.
“Ingat sudah 53 tahun Sabah membentuk Malaysia bersama Semenanjung dan Sarawak dan jangka masa itu begitu lama, dan kita perlu buat satu pendekatan perubahan di peringkat Sabah dan ini bukan hanya bergantung kepada janji semata mata," kata Shafie.
Beliau turut berkata WARISAN akan membantu Sabah membuat perubahan dengan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan tanpa mengharap kepada janji-janji kosong sahaja.
"Rakyat di peringkat akar umbi dalam keadaan yang amat susah bukan hanya untuk mencari nafkah hidup bahkan untuk memastikan anak-anak mereka ke sekolah dan ada ilmu, pelajaran dan pekerjaan.
"Ini yang kita (WARISAN) paparkan bahawa kita sebagai (parti) alternatif dan pilihan utama untuk memerintah Sabah," kata Shafie.
Shafie berkata demikian di sambutan Pesta Gong Matunggong dan Jelajah WARISAN yang berlangsung di Matunggong, di sini hari ini.
Majlis sambutan itu turut menyaksikan lebih 1,000 ahli baharu dari Kudat, Matunggong, Kota Marudu dan Pitas mendaftar sebagai ahli baharu WARISAN.
Pada 17 Oktober lalu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan parti sedia ada yang diambil alih oleh Shafie yang juga merupakan bekas menteri UMNO yang dinamakan semula sebagai Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Sebelum pengambilalihan itu, parti berkenaan dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah yang ditubuhkan pada tahun 2013.
ROS juga meluluskan logo dan perlembagaan seperti dalam permohonan Shafie.
Shafie merupakan Presiden baharu WARISAN manakala bekas ahli Parlimen PKR Penampang, Darrel Leiking dilantik sebagai timbalan presiden.
Astro Awani
Sun Nov 13 2016
![Tidak hanya tabur janji, WARISAN bakal bawa perubahan di Sabah - Shafie Apdal Tidak hanya tabur janji, WARISAN bakal bawa perubahan di Sabah - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51479007964_ShafieApdal.jpg)
Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal hadir turut mengambil kesempatan bertemu ahli-ahli baru dalam majlis tersebut. - Foto Astro AWANI
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.
![Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707958906_TBBenjaminNetanyahu.jpg)
Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu
Angkatan Pertahanan Israel juga, kata Netanyahu, akan kembali melancarkan serangan sengit sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.
![UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308231_immigrationcrackdow.jpg)
UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari
Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.
!['Warisan tidak diterima dalam kabinet' - Shahelmey 'Warisan tidak diterima dalam kabinet' - Shahelmey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673069645_TBSHAHELMEY.jpg)
'Warisan tidak diterima dalam kabinet' - Shahelmey
Majlis Angkat Sumpah di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu pada hari ini menyaksikan penyertaan tiga muka baharu daripada PH dan BN iaitu Datuk Christina Liew dan Datuk James Ratib (BN).
![Shafie Apdal dakwa kejatuhan kerajaan Warisan di Sabah berpunca daripada tawar-menawar Shafie Apdal dakwa kejatuhan kerajaan Warisan di Sabah berpunca daripada tawar-menawar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668290038_TBShafieApdalWARISAN.jpg)
Shafie Apdal dakwa kejatuhan kerajaan Warisan di Sabah berpunca daripada tawar-menawar
Katanya, budaya tawar-menawar membawa kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri melompat parti.
![Mohd Shafie nafi Warisan 'tutup pintu' Mohd Shafie nafi Warisan 'tutup pintu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652406131_DatukSeriMohdShaf.jpg)
Mohd Shafie nafi Warisan 'tutup pintu'
Sebaliknya, beliau mahu memperkukuh Warisan terlebih dahulu sebelum mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti ketika ini.
![Penubuhan Parti Warisan di Tanjung Piai tidak gugat UMNO Penubuhan Parti Warisan di Tanjung Piai tidak gugat UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644284528_TBJEFRIDINATAN.jpg)
Penubuhan Parti Warisan di Tanjung Piai tidak gugat UMNO
Jefridin Atan berkata, sebagai sebuah parti politik yang cukup matang, UMNO bersedia berdepan lawan sama ada daripada Warisan atau parti politik yang lain.
!['Jika UMNO, PKR, Pas boleh bertanding di Sabah, kenapa tidak Warisan di Semenanjung' - Mohd Shafie 'Jika UMNO, PKR, Pas boleh bertanding di Sabah, kenapa tidak Warisan di Semenanjung' - Mohd Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639732877_MohdShafieApdal.jpg)
'Jika UMNO, PKR, Pas boleh bertanding di Sabah, kenapa tidak Warisan di Semenanjung' - Mohd Shafie
Mohd Shafie Apdal menegaskan, Warisan tidak gentar untuk meletakkan calon daripada parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Semenanjung Malaysia.
!['Orang Melayu di Malaysia tidak akan mati kalau tidak ada UMNO' - Mohd Shafie Apdal 'Orang Melayu di Malaysia tidak akan mati kalau tidak ada UMNO' - Mohd Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639714891_MohdShafieApdal.jpg)
'Orang Melayu di Malaysia tidak akan mati kalau tidak ada UMNO' - Mohd Shafie Apdal
Warisan yang diwujudkan di Sabah secara rasminya melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia hari ini.
![Warisan peringkat nasional dilancarkan di Kuala Lumpur Jumaat ini Warisan peringkat nasional dilancarkan di Kuala Lumpur Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639534803_ShafieApdal.jpg)
Warisan peringkat nasional dilancarkan di Kuala Lumpur Jumaat ini
Katanya, ramai menganggap parti itu tidak akan bertahan lama, tiada kekuatan dan tidak relevan ketika ditubuhkan pada 2016.
![Kerjasama Warisan-Muda: Tunggu keputusan mahkamah Disember ini - Wei Jiet Kerjasama Warisan-Muda: Tunggu keputusan mahkamah Disember ini - Wei Jiet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41584492935_LimWeiJiet.jpg)
Kerjasama Warisan-Muda: Tunggu keputusan mahkamah Disember ini - Wei Jiet
Setakat ini perbincangan berhubung kerjasama tersebut telah dijalankan melibatkan kepimpinan tertinggi Muda dan parti-parti pembangkang.
![RMK-12: Kerajaan dicadang bentang laporan berkala di Parlimen - Shafie Apdal RMK-12: Kerajaan dicadang bentang laporan berkala di Parlimen - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631697837_DatukSeriMohdShaf.jpg)
RMK-12: Kerajaan dicadang bentang laporan berkala di Parlimen - Shafie Apdal
Rekod dan pencapaian sejak RMK-8 hingga RMK-11 yang menelan kos RM860 bilion menunjukkan bahawa kerajaan gagal untuk mencapai Wawasan 2020.
![COVID-19: Jangan jadikan kematian tertunggak gambaran kerajaan dapat kawal situasi - Shafie Apdal COVID-19: Jangan jadikan kematian tertunggak gambaran kerajaan dapat kawal situasi - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631588265_ShafieApdal.jpg)
COVID-19: Jangan jadikan kematian tertunggak gambaran kerajaan dapat kawal situasi - Shafie Apdal
Shafie mempersoalkan data dikeluarkan KKM susulan negara sedang menghadapi angka kematian tinggi akibat wabak COVID-19.