Ketiga-tiga sayap UMNO negeri Kedah hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sengaja mempolemikkan isu peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sehingga mengundang kepada perpecahan UMNO negeri itu.
Pada masa yang sama, mereka juga mahukan Mukhriz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sokongannya terhadap Perdana Menteri pada 24 April depan bagi mengelak diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Gesaan itu dibuat oleh Ketua Pemudanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Wanita, Datuk Maznah Hamid dan Ketua Puteri, Datin Norashimah Md Nowar di Bangunan Tunku, Alor Setar dalam mesyuarat ketiga-tiga sayap yang diadakan hari ini.
Dalam pada itu, ketiga-tiga ketua sayap pimpinan UMNO Kedah turut melahirkan sokongan padu kepada pentadbiran Mukhriz dan akan berdiri teguh di bawah kepimpinan beliau.
“Kita mohon dan kita minta kepada yang amat berhormat Menteri Besar untuk tidak mengeluarkan kenyataan pada 24 haribulan atas dasar yang pertama sekali kita takut yang mana pertama sekali kita takut bahawa kenyataan pada 24 haribulan itu akan diambil sebagai satu spekulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab," kata Saiful Hazizy selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Ketua-Ketua Sayap UMNO Kedah itu.
Beliau turut berkata tempoh dari hari ini hingga 24 April adalah terlalu lama dan dibimbangi ada pihak yang tidak bertanggung jawab mahu "menangguk di air keruh" terhadap keadaan ketika ini.
ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada sebab untuk saya letak jawatan" - Mukhriz
ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz tidak perlu dipaksa sokong Najib - KJ
ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz harus letak jawatan jika tidak nyatakan sokongan terhadap Najib - Adun Kedah
Mengenai kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin yang mahukan Mukhriz meletak jawatan sekiranya gagal menyokong perdana menteri, beliau berkata mereka tidak tergugat dengan kenyataan itu.
"UMNO Kedah bersatu-padu dan tidak tergugat dengan kenyataan ADUN Bukit Lada itu, yang nampak kenyataannya bersifat peribadi dan kami tidak tahu motifnya," katanya.
Beliau juga menyifatkan komen dan kritikan terhadap menteri besar sebagai tidak lebih hanya tindakan nakal oleh mereka yang berada di tahap "senja politik dan yang cuba mencari nafas politik baharu".
"Kami memberi amaran supaya jangan mencuba. Sayap (UMNO Kedah) akan pertahan Mukhriz Mahathir dalam apa jua cara. Tiada masalah dalam hubungan beliau dengan perdana menteri, intact dan baik. Beliau memberi kerjasama kepada presiden parti dalam merealisasikan misi dan tugasan parti," katanya.
Ditanya sama ada spekulasi bakal menjadi lebih hebat sekiranya Mukhriz tidak membuat kenyataan pada 24 April itu, Shaiful Hazizy menidakkannya kerana UMNO Kedah mempunyai hubungan yang baik dengan Najib.
Malah, katanya, ketiga-tiga sayap UMNO Kedah telah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu lepas.
Sementara itu, Maznah berkata kemelut politik yang sedang berlaku kini tidaklah seteruk seperti yang digambarkan oleh pihak luar dan keadaan dalam UMNO Kedah adalah adalah seperti biasa.
Mukhriz, katanya, berada dalam keadaan tenang menghadapi keadaan ini.
Sebelum ini, Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata akan mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pendirian UMNO Kedah terhadap kepimpinan Najib pada 24 April ini di Kuala Lumpur selepas mesyuarat dengan kesemua pemimpin UMNO negeri itu.
Mesyuarat itu akan membincangkan pendirian rasmi UMNO negeri Kedah terhadap sokongan terhadap perdana menteri berikutan kritikan bertalu-talu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan najib.
Astro Awani
Thu Apr 16 2015

Tiga sayap UMNO Kedah meminta Menteri Besar tidak membuat sebarang kenyataan tentang pendirian UMNO Negeri terhadap Najib 24 April ini. - Gambar Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang
Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Ketika cuba menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Astana, Sungai Petani petang semalam.

Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.

Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.

Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur
KDA FC menegaskan bahawa mereka akan terus bersaing dalam Liga Super Malaysia dan menafikan segala khabar angin yang dimaksudkan sebelum ini.

Banjir: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kembali beroperasi hari ini
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup akibat bencana banjir sejak 10 hari lalu, kembali beroperasi hari ini.

Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.

Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global
Penghasilan 'emas hijau' atau produk pembungkusan terbiodegradasi yang diproses daripada sisa jerami padi di Gurun, Kedah dianggarkan mencecah nilai pasaran RM60 juta.

Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri
Muhammad Sanusi membidas pihak-pihak yang mengaitkan keputusan Bin Zayed International LLC menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi dengan kegagalan kerajaan negeri.