Keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO dibuat berikutan kegagalannya menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata peruntukan 9.8.2.1 dalam perlembagaan parti jelas menyatakan bahawa tugas timbalan presiden adalah untuk membantu presiden dan jika gagal berbuat demikian, maka satu keputusan perlu dibuat.
"Bagi kita (ia) satu keputusan yang terpaksa kita buat kerana sebagai sebuah parti kita perlukan disiplin, kita perlukan pada kerja berpasukan, kita perlukan tanggungjawab secara kolektif.
"Kita perlu patuh kepada apa yang ada dalam perlembagaan dan dalam perlembagaan parti (peruntukan) 9.8.2.1 itu jelas menyebut tugas timbalan presiden hendaklah membantu presiden (dan) apabila tugas itu tidak dilaksanakan, tidak membantu presiden dalam apa jua bentuk maka tindakan harus diambil," katanya.
BACA: Keputusan gantung jawatan Muhyiddin diambil secara konsensus - MT UMNO
BACA: Nazri bawa usul gantung jawatan Muhyiddin ke mesyuarat MT UMNO
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menggantung jawatan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO selepas menghadiri mesyuarat itu di Menara Dato Onn, di sini petang Jumaat.
Annuar berkata keputusan tersebut dibuat secara konsensus antara anggota MT di bawah peruntukan 10.15 perlembagaan parti yang memberi kuasa kepada MT untuk mengambil apa-apa tindakan bagi kesempurnaan parti.
Katanya, dalam mesyuarat untuk membuat keputusan itu, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mengambil bahagian kerana merasakan perbincangan itu berkaitan dengan mereka.
"Ini bukan keputusan yang mudah yang mahu kita capai, kita berbincang berjam-jam. Presiden ambil keputusan tidak mahu terlibat dalam perbincangan dan dia keluar (dari bilik mesyuarat), Datuk Ahmad Zahid Hamidi juga tidak mahu terlibat dan dia pun keluar.
"Dan kami berbincang sama-sama kami dan semua kami bercakap dari hati ke hati, semua diberi peluang bercakap dan keputusan dibuat secara konsensus," katanya.
Beliau turut menjelaskan, bahawa ini bukan kali pertama UMNO mengambil keputusan seperti ini, di mana keputusan sama pernah dibuat pada tahun 1998 dan 2008.
Ditanya sama ada keputusan ini akan memberi kesan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, Annuar berkata keputusan hari ini adalah berkaitan perkara dalam parti dan ia dibuat bagi mengukuhkan parti menjelang pilihan raya.
"Hendak sampai ke PRU14 sebagai sebuah parti kita semua kena bekerja, jadi kita ada kerja yang hendak dibuat. Bagaimana kalau kita ada penjawat jawatan dan tidak melaksanakan tugas seperti mana di dalam perlembagaan.
"Kerana kita mahu meneruskan tugas kita terhadap rakyat dan kerana kita mahu menghadapi pilihanraya lah, kita terpaksa buat keputusan yang pahit ini," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata keputusan itu bersandarkan "kita nak melihat ke hadapan" dan "bersandarkan kerjasama dalam satu pasukan."
"Harapan peribadi saya dengan keputusan yang dibuat secara konsesus dapat membantu kita bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan tanpa sesama kita mempertikaikan gerakan-gerakan, yang saya tengok penting dalam kita berhadapan dengan rakyat," katanya.
Hishammuddin berkata beliau telah mempengerusikan mesyuarat MT hari ini kerana Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengecualikan diri, dan menerusi peruntukan dalam perlembagaan parti iaitu 9.8.3.2 menetapkan tugas naib presiden boleh mempengerusikan mesyuarat itu.
Bernama
Fri Feb 26 2016
![Tindakan ke atas Muhyiddin kerana gagal menjalankan tugas - Annuar Musa Tindakan ke atas Muhyiddin kerana gagal menjalankan tugas - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434705326_AnnuarMusa.jpg)
ANNUAR: Bagi kita (ia) satu keputusan yang terpaksa kita buat kerana sebagai sebuah parti kita perlukan disiplin, kita perlukan pada kerja berpasukan, kita perlukan tanggungjawab secara kolektif. -Gambar fail
TVET Pertanian tidak pernah dipinggirkan - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen, Majlis TVET Negara akan memberi tumpuan kepada TVET berkaitan pertanian dan bukan pertanian.
Majlis TVET Negara akan menyantuni dan memberi tumpuan kepada juruteknik dan jurutera berkaitan pertanian.
Majlis TVET Negara akan menyantuni dan memberi tumpuan kepada juruteknik dan jurutera berkaitan pertanian.
TVET beri peluang kedua - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen TVET boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang tidak hadir peperiksaan SPM.
Namun demikian, dengan ekosistem pendidikan yang baharu TVET sepatutnya menjadi pilihan pertama kepada para pelajar.
Namun demikian, dengan ekosistem pendidikan yang baharu TVET sepatutnya menjadi pilihan pertama kepada para pelajar.
![Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739196996_TBbanjir.jpg)
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.
![Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake? Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712310449_deepfake.jpg)
Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.
AWANI Ringkas: Hasil lawatan PM ke Bahrain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000 Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733205879_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.
AWANI Ringkas 20 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 20 Februari 2025
1️⃣ Penerbangan terus KL-Manama dirancang
2️⃣ Isu TVET, KWSP dan projek tebatan banjir
3️⃣ Kurang bekalan air bersih
#awaniringkas
1️⃣ Penerbangan terus KL-Manama dirancang
2️⃣ Isu TVET, KWSP dan projek tebatan banjir
3️⃣ Kurang bekalan air bersih
#awaniringkas
![Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740017325_tbSelebritipopular.jpg)
Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman
"Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan, cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya."
The Economy with Ibrahim Sani: Consumer sentiment during politics and business uncertainties
Join Global CEO of Ipsos, Ben Page, as he delves into the intricacies of consumer sentiment amidst political and business uncertainties. Discover how global events shape consumer behavior and the implications for businesses worldwide.
![Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740016028_tbAzrulZafriAzmi.jpg)
Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.
!['Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil 'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736944404_TBfahmi.jpg)
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
![Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726381991_tbTanSriAnnuarMus.jpg)
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
!['MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa 'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725095290_TBANUARMUSA.jpg)
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
![Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724941120_TBMuafakatNasional.jpg)
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
![PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723198135_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
![Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723003506_AnnuarMusaNazriA.jpg)
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
![Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720253591_AhmadJazlanYaakub.jpg)
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
![Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716882697_bolasepakKelantan.jpg)
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
![Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712107602_AnnuarMusajpg.jpg)
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
![Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708770772_PADU.jpg)
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.