Tok Batin (Ketua Kampung Orang Asli) di Kampung Sungai Lalang Baru di sini, Aleh Abdullah, 53, mendakwa teks ucapan yang dibacanya sewaktu program berkempen Pakatan Harapan (PH) bukan tulisannya sendiri.
Menurut Aleh, sekurang-kurangnya separuh daripada teks itu ditulis oleh seorang bekas pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan meminta beliau membacakan ucapan itu.
“Bukan saya sebenarnya. Dia tulis dan saya ikutlah (baca).
“Kita sendiri tak cakap (bukan tulisan sendiri) jadi kita pun rasa bangga tak bangga. Tapi kena baca jugalah,” katanya kepada pemberita selepas program Sembang Santai Masyarakat Orang Asal bersama presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Ahad.
Apabila ditanya sekiranya beliau setuju dengan kandungan teks ucapan itu, Aleh berkata: “Tunggu 2 Mac nanti”.
Dalam ucapannya, Aleh dilihat tergagap ketika menyatakan sokongan terhadap kerajaan PH serta calonnya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.
“Kami sokong calon PH dan kerajaan. Tepuklah tangan. Kalau tak sokong nanti susah kami semua.
“PRK Semenyih kami sokong dan undi PH. Bila menang nanti, kami minta PH bantu kami,” katanya di hadapan kira-kira 50 masyarakat Orang Asli.
Sementara itu, Aleh turut mendakwa bahawa PH akan mengadakan satu lagi program di Kampung Sungai Lalang Baru di mana penduduk dijangka dijamu selera, diberikan hamper selain dihibur dengan sesi karaoke.
“Sepatutnya orang kata, hamper tak boleh (bagi) untuk memujuk orang mengundi tapi aku tengok boleh, hairan pula.
“Macam mana? Kalau orang lain ambil gambar nanti, rasa serba salah,” katanya lagi.
Pada Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan Aleh sebagai berkata beliau berasa rindu dengan pentadbiran Barisan Nasional yang disifatkannya lebih mengambil berat perihal kebajikan kaum minoriti itu.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan respons daripada pihak Jakoa mengenai perkara tersebut.
Arfa Yunus, Firdaus Azil
Sun Feb 24 2019
ALEH: PRK Semenyih kami sokong dan undi PH. Bila menang nanti, kami minta PH bantu kami.
Polis Indonesia laksana sistem mata demerit lalu lintas pada 2025
Pemegang lesen diberi 12 mata setiap tahun, yang akan ditolak setiap kali mereka langgar peraturan. Jika semua mata habis, lesen memandu akan dibatal.
Taiwan pergiat usaha takai iguana pada 2025
Chiu Kuo-hao berkata, iguana hijau kini direkodkan di seluruh Taiwan selatan dan sejauh utara Taichung.
Wanita tertua meninggal dunia pada usia 116 tahun
Tomiko Itooka, wanita Jepun yang diiktiraf sebagai individu tertua dunia oleh Guinness World Records, meninggal dunia pada usia 116 tahun di sebuah rumah penjagaan di Ashiya, wilayah Hyogo, Jepun, pada 29 Disember lalu.
New York bandar AS pertama kenakan caj kesesakan
Skim caj kesesakan pertama untuk kenderaan di Amerika Syarikat (AS) diperkenalkan di New York City bermula pada Ahad walaupun pelaksanaan jangka panjangnya masih belum ditentukan.
Ribuan penyokong, penentang Presiden Korea Selatan protes dalam salji
Ribuan penunjuk perasaan sanggup meredah salji tebal di Seoul bagi menuntut tindakan terhadap Presiden, Yoon Suk Yeol, yang masih enggan menyerah diri atas tuduhan mengisytiharkan undang-undang darurat.
Hassan Nasrallah dibunuh di bilik operasi perang Hezbollah ketika diserang Israel
Ketika tentera Israel melakukan serangan, Allahyarham Hassan Nasrallah dan pegawai kanan lain sedang bermesyuarat di lokasi bawah tanah.
Ketua keselamatan Yoon tolak usaha tahanan
Ketua keselamatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, menolak usaha menahan pemimpin yang telah dipecat itu, menjelang tamatnya waran tangkap pada tengah malam Isnin.
Pegawai tersebut, Park Chong-jun, menyatakan bahawa perdebatan undang-undang mengenai waran itu menjadi alasan beliau tidak dapat bekerjasama.
Pegawai tersebut, Park Chong-jun, menyatakan bahawa perdebatan undang-undang mengenai waran itu menjadi alasan beliau tidak dapat bekerjasama.
Kekejaman Zionis: Jumlah kematian Palestin meningkat kepada 45,805
Serangan Israel di Gaza berterusan, mengakibatkan lebih 45,805 kematian dan 109,064 cedera. Serangan terbaru menyasarkan kawasan padat penduduk seperti Jabalia dan Gaza City.
Lelaki cedera dalam kebakaran lapan gerai makan di Skudai
Seorang lelaki melecur pada tangan kiri dalam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai pada Ahad petang.
Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba TC Saifulbahari Safar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.44 petang.
Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba TC Saifulbahari Safar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.44 petang.
Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000 di Jalan Kuala Rui, Gerik pada Ahad.
Tok Batin dakwa teks ucapan bukan tulisan sendiri
Dalam ucapannya, Aleh dilihat tergagap ketika menyatakan sokongan terhadap kerajaan PH serta calonnya di Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.