Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengganggu pentadbiran negara adalah disebabkan beliau masih mahu menguasai pentadbiran negara.
Katanya, bekas perdana menteri itu masih mahu menguasai pentadbiran negara kerana mempunyai agenda tertentu termasuk kemungkinan mahu meletakkan anaknya dalam kepimpinan negara atau kemungkinan disebabkan terdapat projeknya yang tidak ditunaikan.
"Dr Mahathir lupa bahawa semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau sendiri enggan diganggu oleh mana-mana pihak dan tidak mahu sesiapa membantahnya dengan mengamalkan cara "do it my way or you are no way" (buat ikut cara saya atau awak tidak akan dapat)," katanya dalam satu rakaman wawancara khas yang disiarkan saluran televisyen I-News di sini malam ini.
Katanya, Dr Mahathir mungkin lupa bahawa beliau adalah penyokong setianya selama 22 tahun malah menyokong kuat bekas presiden parti itu ketika hampir separuh daripada anggota parti tidak menyokong kepimpinannya.
Najib berkata, kini sebagai perdana menteri yang diberi mandat, beliau menentukan dasar negara dengan cara yang lebih terbuka dan membuat sesuatu keputusan secara berbincang dengan para pemimpin lain dalam kerajaan dan begitu juga dalam kepimpinan parti, beliau bersandar kepada prinsip yang sama.
"Bila saya jadi Perdana Menteri saya harus diberi kepercayaan untuk mentadbir negara. Saya terima pendapat tetapi saya tidak mahu mengenepikan prinsip iaitu saya Perdana Menteri yang sah dan saya tetap akan memimpin mengikut pertimbangan saya yang terbaik untuk negara dan rakyat," katanya.
Najib berkata, seseorang pemimpin harus mempunyai prinsip dan maruah diri kerana mereka akan dinilai dan dihukum oleh sejarah mengenai legasi yang ditinggalkan.
"Ini bermakna, jika kita tidak mempunyai apa-apa lagipun, sekurang-kurangnya kita masih ada maruah diri, jadi kalau korbankan prinsip, sejarah akan menghukum kita," katanya.
Perdana Menteri itu berkata politik di Malaysia pada dasarnya adalah stabil kerana undang-undang telah termaktub bahawa kerajaan tidak boleh diubah menerusi demonstrasi jalanan walaupun rakyat diberi kebebasan bersuara.
"Hakikatnya politik di Malaysia stabil, apa yang mereka lihat itu (demonstrasi jalanan) saya anggap sebagai 'noise level' sebab untuk melakukan sesuatu perubahan di Malaysia mesti tertakluk kepada perlembagaan iaitu sesiapa yang majoriti di Parlimen, maka boleh menubuhkan kerajaan," katanya.
Najib berkata, di Malaysia sesiapa yang menjadi presiden parti terbesar (UMNO) dalam Parlimen maka dia akan jadi Perdana Menteri dan sesiapapun tidak boleh menukar kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
"Kita tidak mahu menukar demonstrasi jalanan menjadi 'democrazy' dan rakyat boleh membuat perubahan memilih kerajaan dalam masa lima tahun.
Kita mesti ada rasa tanggungjawab dengan pemikiran yang rasional bahawa kita mesti berpandukan kepada demokrasi kedaulatan undang-undang iaitu berpaksi kepada prinsip demokrasi di mana rakyat ada hak pilih kerajaan," katanya.
Presiden UMNO itu berkata, pengalamannya selama 40 tahun dalam politik telah memberi kelebihan kepadanya mendapat sokongan kerana beliau mempunyai kekuatan dari segi kenalan kawan-kawan seperjuangan dan sokongan secara peribadi sejak di peringkat pergerakan Pemuda UMNO lagi.
Bernama
Wed Apr 13 2016

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir (gambar) masih mahu menguasai pentadbiran negara kerana mempunyai agenda tertentu termasuk kemungkinan mahu meletakkan anaknya dalam kepimpinan negara. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.