Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramahnya malam tadi mengejutkan pada hadirin apabila meminta pengundi agar tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

Bagaimanapun, ayat itu merupakan sasulan Presiden PH itu ketika menyampaikan ceramah di hadapan masyarakat serta pengundi di sini pada Isnin.

Menyedari kesilapan itu, beliau tergelak kecil dan pantas membetulkan kenyataannya sebelum meneruskan ceramah.





Sebelum ini, bekas perdana menteri itu pernah tersasul ketika mengumumkan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu sebagai 'Presiden UMNO'.



“Yang berbahagia Tuan Haji Mohamad Sabu, Presiden UMNO,” kata Dr Mahathir ketika mengumumkan struktur rasmi Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Mohamad, pemimpin-pemimpin kanan lain Pakatan dan petugas media ketika itu ketawa besar dengan kesilapan spontan itu.

Mahathir bagaimanapun secara spontan terus mengusik Mohamad, "Saya turun pangkat dia".