Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan parti baharu yang ditubuhkannya baru-baru ini akan dikenali sebagai Parti Pejuang Tanah Air.
Pengumuman itu dibuat pada majlis memperkenalkan calon parti tersebut bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di sini pada malam Rabu.
“Parti ini mesti bersih, bukan parti kudapan, sebab itu saya harap mereka yang sudah tinggal Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), sudah jadi blackout boleh cerah balik, masuk Parti Pejuang Tanah Air.
“Inilah parti kita,” katanya ketika berucap dalam majlis itu seraya mendapat tepukan dan sorakan daripada penyokonngnya yang berada di majlis tersebut.
Tambah beliau, keputusan meletakkan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim merupakan langkah permulaan buat parti itu.
BACA: 'Pejuang' nama parti baharu Dr Mahathir
BACA: Slim Memilih: Sah, parti baharu Tun M pertaruhkan peguam di PRK DUN Slim
“Kita bermula dengan memperkenalkan seorang calon di PRK DUN Slim, oleh kerana kita belum dapat tubuh parti, dia dikenali sebagai calon Bebas tapi dia sebanrnya dia adalah calon Pejuang.
“Saya harap segala pejuang bangsa di Slim akan menyokong calon kami, calon parti Pejuang,” ujarnya.
Dalam majlis sama, parti baru diterajui Dr Mahathir itu mempertaruhkan peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon bagi PRK DUN Slim.
Bagaimanapun, Amir Khusyairi akan bertanding sebagai calon Bebas memandangkan parti baru itu masih lagi belum didaftarkan secara rasmi.
Sementara itu, bekas perdana menteri itu berkata, sebelum ini sudah ramai yang melahirkan hasrat untuk menyertai parti tersebut meskipun mereka belum tahu nama parti berkenaan.
“Kita akan besarkan parti kita, waktu ini ramai yang minta untuk sertai parti baru ini walaupun belum tahu namanya, tapi mereka akan ambil bahagian dalam parti ini.
“Kami jemput semua yang ingin berjuang bukan untuk apa aku dapat tapi untuk bangsa, agama, negara, sila sertai parti ini,” katanya.
Beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa parti tersebut bukan untuk memecah-belahkan orang Melayu sebaliknya merupakan tempat orang Melayu memilih sebuah parti yang berjuang untuk bangsa mereka.
Dr Mahathir pada petang Rabu memberi bayangan berkenaan nama parti baru yang ditubuhkan namun tidak menyatakannya secara jelas, cuma hanya menggambarkan nama parti baru tersebut mungkin ada perkataan ‘Pejuang’.
Pengumuman tersebut sekali gus menjawab segala teka-teki berhubung parti baru itu yang diasaskan selepas beliau dan beberapa pemimpin lain tidak lagi bersama Bersatu.
Ridauddin Daud
Wed Aug 12 2020
![Tun M umum nama parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air Tun M umum nama parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597245696_TunMWatikahPart.jpg)
Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi menyampaikan watikah pelantikan sebagai calon bebas kepada Peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi. - Foto BERNAMA
![Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739174719_MahkamahTaiwanpi.jpg)
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.
![Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati – Erdogan Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati – Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731079597_TayyipErdogan.jpg)
Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati – Erdogan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan hubungan di antara negaranya dan Malaysia sebagai rakan sejati, saudara dan rakan kongsi.
![Pengarah syarikat didakwa tipu, ubah wang haram RM5.1 juta Pengarah syarikat didakwa tipu, ubah wang haram RM5.1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739175539_RGopinatanPillai.jpg)
Pengarah syarikat didakwa tipu, ubah wang haram RM5.1 juta
Seorang pengarah syarikat dituduh menipu dan pengubahan wang haram berjumlah RM5.1 juta melibatkan urusan jual beli sarung tangan.
Tembakan di Setia Alam: JSJN kenal pasti rakan suspek bantu siasatan
Dalam konteks kerjasama dan bantuan siasatan, JSJN Bukit Aman akan mengenal pasti rakan-rakan suspek berdasarkan rekod jenayah kesalahan berkaitan dadah yang dimilikinya untuk mengesan lelaki itu.
![Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13 Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739174335_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13
Kerajaan sedang melihat bentuk perundangan di peringkat nasional, yang akan diperkenalkan bagi mengatasi masalah pencemaran sisa plastik dalam RMK13.
![Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739175391_ErdoganSultanNazr.jpg)
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Putrajaya.
Erdogan terima Ijazah Kehormat Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan terima Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya dalam Istiadat Konvokesyen Khas yang dianugerahkan oleh Tuanku Canselor UM, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
#AWANInews
#AWANInews
![Tiada kuasa boleh paksa rakyat Palestin tinggalkan tanah air - Erdogan Tiada kuasa boleh paksa rakyat Palestin tinggalkan tanah air - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737017339_GazaPalestineHam.jpg)
Tiada kuasa boleh paksa rakyat Palestin tinggalkan tanah air - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa tiada kuasa boleh memaksa penduduk Gaza meninggalkan tanah air mereka.
![Presiden Erdogan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari Presiden Erdogan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739175355_AnwarIbrahim.jpg)
Presiden Erdogan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
![Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735021919_tbmembunuhseorangw.jpg)
Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini
Mahkamah Majistret menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes seorang pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan yang mayatnya ditemukan dalam longkang.
![Isu babitkan Osman Sapian masih disiasat - Hamzah Zainuddin Isu babitkan Osman Sapian masih disiasat - Hamzah Zainuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599582572_hamzahzainuddin.jpg)
Isu babitkan Osman Sapian masih disiasat - Hamzah Zainuddin
Satu siasatan sedang dijalankan berhubung isu bekas menteri besar Johor, Osman Sapian yang hadir ke acara yang dianjurkan parti Pejuang.
![Bersatu serah kepada Lembaga Disiplin parti isu Osman Sapian Bersatu serah kepada Lembaga Disiplin parti isu Osman Sapian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599112160_FaizalAzumu.jpg)
Bersatu serah kepada Lembaga Disiplin parti isu Osman Sapian
Lembaga Disiplin parti terlebih dahulu perlu menyiasat dan memanggil Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas sebelum membuat sebarang keputusan.
![Slim Memilih: BN menang dengan majoriti lebih besar Slim Memilih: BN menang dengan majoriti lebih besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51598193205_MohdZaidiAziz.jpg)
Slim Memilih: BN menang dengan majoriti lebih besar
BN berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim apabila calonnya, Mohd Zaidi Aziz memperoleh kemenangan selesa.
![Slim Memilih: Kempen PRK DUN Slim tamat Slim Memilih: Kempen PRK DUN Slim tamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597461949_calonprkslim.jpg)
Slim Memilih: Kempen PRK DUN Slim tamat
Pelaksanaan PRK dalam kebiasaan baharu menyaksikan ketiga-tiga calon perlu mematuhi garis panduan pencegahan COVID-19 sepanjang berkempen.
![PRK Slim: SPR seru pengundi patuh SOP Sabtu ini PRK Slim: SPR seru pengundi patuh SOP Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598502117_SPRSlim.jpg)
PRK Slim: SPR seru pengundi patuh SOP Sabtu ini
SPR meminta agar semua yang terlibat pada hari tersebut tidak mengabaikan undang-undang, peraturan dan SOP pencegahan COVID-19 semasa hari pengundian.
![Slim Memilih: Perang bendera masih 'hambar', kebiasaan baharu untuk pilihan raya akan datang? Slim Memilih: Perang bendera masih 'hambar', kebiasaan baharu untuk pilihan raya akan datang?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598018056_bendera.jpg)
Slim Memilih: Perang bendera masih 'hambar', kebiasaan baharu untuk pilihan raya akan datang?
Kebiasaannya kawasan persimpangan jalan akan dipacak sepanduk-sepanduk dan kain rentang kempen.
![Slim Memilih: BN akui berdepan cabaran hadapi calon Bebas Slim Memilih: BN akui berdepan cabaran hadapi calon Bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597849650_PRKDUNSlimBNZa.jpg)
Slim Memilih: BN akui berdepan cabaran hadapi calon Bebas
Barisan Nasional (BN) mengakui berdepan cabaran dalam mengatur gerak kerja jentera pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berbanding PRK DUN Chini.
![Slim Memilih: Bahang kempen serikan majlis pasangan pengantin Slim Memilih: Bahang kempen serikan majlis pasangan pengantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61597646419_PRKDUNSlim.jpg)
Slim Memilih: Bahang kempen serikan majlis pasangan pengantin
Pasangan pengantin, Nurul Haziqah Mohd Asri dan Muhammad Amirul Aizar begitu teruja menerima kunjungan calon PRK DUN Slim itu.
![Slim Memilih: Medan untuk Pejuang uji penerimaan rakyat - Penganalisis Slim Memilih: Medan untuk Pejuang uji penerimaan rakyat - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597461949_calonprkslim.jpg)
Slim Memilih: Medan untuk Pejuang uji penerimaan rakyat - Penganalisis
Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid menjelaskan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan calon pada PRK itu merupakan satu keputusan yang bijak.
![Saingan tiga penjuru di PRK DUN Slim Saingan tiga penjuru di PRK DUN Slim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597461949_calonprkslim.jpg)
Saingan tiga penjuru di PRK DUN Slim
Pengumuman calon PRK DUN Slim itu juga sekali gus menyaksikan kempen pilihan raya bermula secara rasmi hari ini hingga 11.59 malam, 28 Ogos.