Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan dengan menghadiri Persidangan Kebangsaan DAP hari ini.
Bagi bekas perdana menteri itu, beliau mengakui, ini merupakan pengalaman pertama dirinya hadir ke perhimpunan terbesar parti DAP.
"Tuan-tuan dan puan-puan. Ini adalah kali pertama saya hadir dalam satu mesyuarat besar parti DAP," katanya ketika membuka sidang media Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.
Beliau tampil meskipun Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook sebelum ini mengumumkan Tun Mahathir dan parti baharunya tidak dijemput ke persidangan tersebut.
PPBM tidak dijemput kerana parti itu belum memeterai perjanjian rasmi dengan Pakatan Harapan.
Pun begitu, tepukan gemuruh para perwakilan memberikan gambaran jelas mereka mengalu-alukan kehadiran Tun Mahathir.
Kesempatan turut diambil Tun Mahathir untuk memuji DAP yang dikatakan tetap memeluk erat Perlembagaan Persekutuan.
"Saya berpendapat bahawa ucapan Lim Guan Eng tadi cukup baik kerana dia memberi pengakuan bahawa DAP patuh kepada Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi mesej bahawa musuh atau kawan tidak pernah kekal, sebaliknya prinsip.
"Kita telah berjuang menentang begitu banyak musuh; ada musuh yang walaupun pernah memenjarakan kita, kini telah menjadi sekutu kita.
"Sesungguhnya tidak ada kawan atau musuh yang kekal. Hanya prinsip yang kekal," katanya ketika menyampaikan ucapan pada persidangan tersebut.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Dec 04 2016
Tun Mahathir mengakui, ini merupakan pengalaman pertama dirinya hadir ke perhimpunan terbesar parti DAP. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Tun Mahathir buat kejutan, malah puji DAP
Beliau mengakui, ini merupakan pengalaman pertama dirinya hadir ke perhimpunan terbesar parti DAP.