UMNO Bahagian Permatang Pauh telah mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Ketuanya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata beliau telah mengemukakan nama tersebut kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan empat mata di bangunan Parlimen, semalam.
"Saya telah pun menjelaskan kepada perdana menteri tentang permohonan kami yang mahukan calon anak tempatan, anak Permatang Pauh.
"Bagaimanapun, tidak ada lagi keputusan tentang siapa yang dirasakan sesuai menjadi calon. Saya sudah berikan pandangan kepada perdana menteri dan menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputusan.
"Kami akan akur dan menerima siapa sahaja calon yang akan dipilih kelak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan projek bekalan dan peralatan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Permatang Pauh bernilai RM49,500 kepada 19 penerima di Pertubuhan Peladang Kawasan Kampung Pelet, di sini, hari ini.
Mohd Zaidi berkata dalam pertemuan itu, beliau turut membincangkan perancangan untuk membantu masyarakat di Permatang Pauh yang meliputi pelajar, belia, ibu tunggal dan pembangunan infrastruktur.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh diisytihar kosong apabila penyandang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen pada 16 Mac lepas selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon melalui keluarganya pada 24 Feb lepas.
Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Rabu ini (8 April).
Ditanya mengenai unsur sabotaj jika ada calon kecewa kerana tidak dipilih, Mohd Zaidi berkata beliau mengenali secara peribadi semua nama yang dicadangkan itu dan yakin perkara itu tidak berlaku.
"Saya nampak lebih ramai orang yang tak mahu jadi calon daripada mahu menjadi calon. Jadi, saya rasa kita boleh selesaikan (jika berlaku unsur sabotaj)," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, Anwar mengekalkan kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh apabila menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.
Bernama
Fri Apr 03 2015

UMNO Bahagian Permatang Pauh telah mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon PRK Permatang Pauh. - Gambar Hiasan
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.