UMNO perlu kembali bertaut sebagai sebuah jemaah yang mampu melepasi pelbagai krisis masa kini yang terbukti menggoyahkan sokongan rakyat terutama orang Melayu terhadap kredibilti parti itu.
Walaupun realitinya amat pahit, tetapi Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menaruh keyakinan bahawa parti itu masih berkeupayaan untuk memperbetulkan kelamahan dan kepincangan yang berlaku.
"Pada hemat saya, apa yang berlaku ada hikmahnya, pasti menuntut kepada kita semua untuk kembali menoleh semula kebelakang, melihat kepincangan dan kelamahan.
"Mana-mana organisasi atau pemimpinnya tidak akan terlepas daripada kesilapan dan kecuaian," katanya dalam catatan terbaru di laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Tegas Syed Ali lagi, apabila seseorang pemimpin mengakui kelemahan dengan hasrat meningkatkan semula prestasi dan membaiki kelemahan itu merupakan satu tindakan terpuji.
"Apatah lagi UMNO, parti terbesar yang sentiasa dicemburui banyak pihak, akan ada anasir-anasir yang cuba merosakkannya sama ada dari luar mahupun dalaman, secara terbuka atau pun terancang rapi.
"Oleh sebab itu, pemimpin UMNO disetiap peringkat perlu kembali bertaut sebagai sebuah keluarga besar dan harmoni sepertimana yang terbentuk kukuh sebelum ini,"jelasnya.
Menurutnya, UMNO bukan sebuah parti 'pinggiran' yang tidak mampu menyelesaikan segala kekusutan dan kecelaruan kerana pengalaman silam telah mengajarnya untuk menjadi lebih bertanggungjawab.
Dakwanya, parti terbesar orang Melayu itu telah melalui pelbagai fasa dan pengalaman cukup getir seperti kes pengharaman parti oleh mahkamah sedikit masa dahulu.
"Malah pemecatan Anwar (Datuk Seri) Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan telah mencetuskan gelombang baru dalam lanskap politik Malaysia dan implikasinya amat perit ditanggung oleh UMNO.
"Walaupun dalam beberapa siri Pilihan Raya Umum (PRU) selepas itu kelihatan UMNO mengalami penurunan sokongan tetapi kewibawaannya sebagai parti tunggal orang Melayu tidak terjejas.
"Memang ada tentangan selepas isu bersakala besar itu, tetapi akhirnya rakyat kembali yakin kepada UMNO kerana menyedari pemimpinnya sentiasa beristiqomah dalam perjuangan," tegasnya.
Malah katanya, berkat semangat kerjasama dan kebijaksanaan pemimpin UMNO kemelut dan cabaran tersebut mampu di atasi dengan tidak melunturkan arah dan teras perjuangan.
Sehubungan itu Syed Ali menyambut baik telahan banyak pihak bahawa pertelagahan pendapat membabitkan pemimpin tertinggi UMNO akan dapat diselesaikan dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negara bangsa.
"Saya sudah tegaskan, pemimpin UMNO yang sayangkan UMNO tidak akan berlaku khianat dan curang kepada perjuangan, inilah prinsip pemimpin tulen parti," tegasnya.
Menyentuh mengenai Perhimpuan Agung UMNO minggu hadapan, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan memberitahu 'suasana politik' tidak akan panas sepertimana dakwaan sesetengah pihak.
"Saya ada dengar ada orang kata perhimpunan kali ini panas dan akan mendidih dengan pelbagai isu, tetapi saya yakin, perwakilan dan ahli UMNO sudah cukup matang.
"Saya tidak fikir mereka akan mengikut rentak gendang yang dipalu pembangkang," katanya.
Syed Ali turut mengingatkan perwakilan dan ahli-ahli UMNO supaya tidak terikut-ikut dengan pelbagai dakyah dan persepsi yang dilakukan pembangkang menerui laman-laman sosial.
"Jangan mudah terpedaya dengan perang saraf dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab menerui media alternatif, mereka ini mahu menghancurkan UMNO.
"Pakatan pembangkang sememangnya berharap akan berlaku kecelaruan dan ketegangan semasa perhimpunan tersebut yang akan turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," ujarnya.
Syed Ali memberitahu, pembangkang seboleh-bolehnya mahu meruntuhkan institusi UMNO kerana menyedari hanya parti itu yang menjadi penghalang untuk mereka menawan Putrajaya pada PRU akan datang.
"Pakatan pembangkang terutama DAP sedar selagi majoriti orang Malayu menyokong UMNO, selagi itulah mereka akan kempunan untuk menawan Putrajaya dan memerintah negara ini," katanya.
Wan Syamsul Amly
Thu Dec 03 2015
SYED ALI: 'UMNO bukan sekadar parti pinggiran' - Gambar fail
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Proses libatkan pengampunan pesalah perlu dipatuhi - Fahmi
Sebarang proses melibatkan pengampunan terhadap pesalah perlu dipatuhi oleh semua pihak, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PAU 2024: Mood sudah positif, tetapi ‘self-criticism’ tidak boleh terhenti - Presiden UMNO
Ahmad Zahid berkata parti itu perlu terus muhasabah diri atau self-criticism, bagi memastikan ia kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
PAU 2024: Akmal cadang tukar Menteri Komunikasi dengan wakil UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kepada Presiden UMNO agar Menteri Komunikasi digantikan dengan wakil daripada UMNO.
PAU 2024: 72 bahagian bawa usul minta UMNO terus perjuang keadilan, pengampunan penuh buat Najib
Daripada 171 usul diterima, 72 daripadanya menuntut keadilan dan pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
ADUN Rembia perlu kemuka bukti sertai Pas sejak 2023 - Ketua Menteri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai Pas sejak 2023 sebelum persidangan DUN pada November ini.
Puteri UMNO perlu berevolusi sesuai perubahan zaman - Nurul Amal
Anggota Puteri UMNO perlu terus aktif, berevolusi sesuai dengan perubahan zaman, pantas beradaptasi dan berfikir di luar lingkungan kebiasaan.
PENTalk jadi platform pimpinan UMNO kongsi kejayaan, idea - Azalina
Pencapaian kementerian dan negeri diterajui pemimpin UMNO menjadi antara inti pati pembentangan kepada Ketua Penerangan UMNO bahagian bagi membuka tirai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024.
Belum ada petunjuk jelas orang Melayu kembali sokong UMNO - Mohamad
Beliau berkata, meskipun melakar kejayaan pada PRK Dewan Undangan Negeri Nenggiri, ia bukan tanda aras bagi pemulihan sepenuhnya UMNO.
Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat
Tok Mat berkata, Team Sukses UMNO harus dipacu dari satu sahaja pusat kawalan dan mesti disambut oleh semua di pelbagai negeri, bahagian.
Kejayaan kementerian, kerajaan negeri diterajui UMNO jadi 'pembuka tirai' Perhimpunan Agung UMNO 2024
Pencapaian kementerian dan negeri yang diterajui pemimpin UMNO dibentangkan kepada Ketua Penerangan UMNO bahagian sebagai 'pembuka tirai' Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang bermula hari ini.