UMNO dan Pas terbina di atas landasan dan falsafah yang jelas dan amat berbeza dengan parti pembangkang yang dibina di atas dasar yang berbeza.
Justeru, menurut Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, politik yang diamalkan oleh kedua-dua parti orang Melayu itu dilihat mampu lebih bertahan lama berbanding kebanyakan parti pembangkang yang lain.
"Orang kata oleh kerana ada musuh bersama, maka mereka bercantum. Rakyat sudah tentunya melihat bagaimana Angkatan Perpaduan Ummah, Pakatan Rakyat dahulu yang melibatkan PAS, DAP dan sebagainya adalah sebagai contoh politik dengan cara sedemikian tidak membawa apa-apa kebaikan,” katanya ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO di Dewan Tun Abdul Razak di sini hari ini.
Annuar mengulas mengenai percaturan terbaharu barisan kepimpinan pembangkang menerusi Pakatan Harapan yang dilihat dibentuk kerana terbawa-bawa dengan isu dan sentimen tertentu malah kepentingan peribadi.
Sebaliknya jika dilihat kepada UMNO dan Pas jelasnya,kedua-dua parti ini lebih mementingkan kepada soal dasar demi menjaga kepentingan dan keutamaan rakyat.
"Satu perkara yang kita kena terima hakikat, antara UMNO dan Pas ada perbezaan dan ada persamaan. Dulu Pas lebih melihat kepada perbezaan (dengan UMNO). Sekarang ini saya nampak Pas mengambil pendekatan yang berbeza. Mereka mula melihat kepada persamaan. Apabila Pas melihat kepada persamaan, maka akan ada titik pertemuan tertentu antara UMNO dan Pas.
"Semakin hampir pilihan raya, titik pertemuan itu menjadi semakin dekat dan semakin jelas. Jadi, rakyat hanya perlu menunggu dan lihat bahawa UMNO dan Pas masih ada jalan perhitungan tertentu yang akan hanya dibincangkan bila sampai masanya,” katanya lagi.
Beliau menegaskan UMNO dan Pas ketika ini sanggup melupakan perbezaan kerana kedua-dua parti ini sedang melihat kepada matlamat yang lebih besar.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Jul 16 2017

menurut Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, politik yang diamalkan oleh kedua-dua parti orang Melayu itu dilihat mampu lebih bertahan lama berbanding kebanyakan parti pembangkang yang lain. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.

Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.

Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.