Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad yakin tiada lagi anggota mahupun pimpinan parti di peringkat negeri akan meninggalkan parti itu ekoran langkah presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas presiden kepada timbalannnya Datuk Seri Mohamad Hassan.
Sambil menyelar tindakan keluar parti beberapa wakil rakyat UMNO dari Johor sebelum ini, Hasni yang juga Ketua Pembangkang Johor turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah tidak berprinsip yang dibuat secara melulu.
Beliau yang mengikuti perkembangan tindakan para anggota yang keluar parti sama ada dari Semenanjung dan juga di Sabah mendapati UMNO, di peringkat akar umbi tidak terjejas, hanya berlaku di peringkat kepimpinan.
Menurutnya, mereka yang keluar parti ini tidak punyai daya tahan yang kuat dan hanya memikirkan tentang jangka masa pendek sahaja.
"Sedangkan kita jadi wakil rakyat, kita bukan sahaja memikirkan tentang pembangunan yang dapat dibawa ke kawasan, tetapi kita menjadi calon dan wakil rakyat kerana kita percayakan perjuangan parti.
"Jadi mereka yang meninggalkan perjuangan ini boleh dianggap tidak berpendirian. Saya hairan macam mana mereka boleh masuk UMNO (sebelum ini)," katanya ketika ditemui pemberita dalam satu majlis di sini, Ahad malam.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa wakil rakyat UMNO dan bekas pimpinan parti yang bertindak keluar parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mei lalu, tiga orang ADUN UMNO Johor mengisytiharkan keluar parti.
Mereka ialah Rasman Ithnain (Sedili), Rosleli Jahari (Johor Lama) dan Alwiyah Talib (Endau) yang kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Baru-baru ini, Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam Anggota Parlimen UMNO keluar parti iaitu Anggota Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor); Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam); dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 24 2018
HASNI: Mereka yang keluar parti ini tidak punyai daya tahan yang kuat dan hanya memikirkan tentang jangka masa pendek sahaja.
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Indonesia tegaskan sokongan bagi akauntabiliti di Palestin berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.
Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.
'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.
Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.
Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.