Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menyarankan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak supaya 'faham-faham sendiri' bila masa beliau perlu jarakkan diri daripada UMNO.
Katanya, Najib sepatutnya mengambil langkah yang sama seperti mana yang pernah dilakukan oleh bekas Presiden UMNO iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Di masa lepas kalau kita tengok masa Mahathir menyerahkan jawatan beliau kepada Pak Lah, walaupun ketika itu dia MP Kubang Pasu tapi dia mengundur diri 100 peratus.
"Membolehkan Pak Lah ketuai parti dan mendatangkan kemenangan besar kepada BN pada 2004, perkara yang sama bila Pak Lah bagi kat Najib.
"UMNO macam susah selagi Najib tidak jarakkan diri, kita masih lagi bawah bayang-bayang dia, jadi dia faham sendiri, mesti ikut jejak Tun Mahathir dan Pak Lah," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.
Nazri merujuk komen daripada Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani bahawa Najib boleh dianggap sebagai liabiliti dalam usaha UMNO untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.
Katanya lagi, Najib perlu memberi ruang sepenuhnya kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Sudah tentulah Zahid, beliau segan nak cakap, ini bukan soal setia atau tidak setia.
"Ini soal sayang parti apatah lagi sekarang ini Najib didakwa jadi kalau dia masih lagi tak lepas sepenuhnya pada presiden baru untuk parti 'to move on' susah lah kita," katanya.
Jelasnya, agak sukar untuk UMNO menyarankan Najib jauhkan diri daripada Umno kerana beliau merupakan bekas presiden parti.
"Agak sukar untuk kita sebab dia bos kita dulu tapi dia kena faham, ikut teladan Tun mahathir ... jangan tunggu sampai kita suruh.
"Tak eloklah dia mesti faham, UMNO tiada dosa apa, soal pendakwaan, kepada dia bukan parti.
"Tapi selagi tak boleh jarakkan diri maknanya parti akan terpalit dan sukar untuk kita bergerak," katanya.
Sinar Harian
Tue Aug 14 2018
NAZRI: UMNO macam susah selagi Najib tidak jarakkan diri, kita masih lagi bawah bayang-bayang dia, jadi dia faham sendiri, mesti ikut jejak Tun Mahathir dan Pak Lah. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Peralihan jawatan tidak akan melemahkan kedudukan Tok Mat - Penganalisis
Pandangan bahawa portfolio Menteri Luar adalah 'cold storage' tidak benar kerana Tun Abdullah yang pernah menjawat jawatan itu akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri.
KJ pertahan bapa mentua, Tun Mahathir perjelas sebab 'kecewa' dengan Pak Lah
Antara tiga perkara utama yang mencetuskan perbezaan ialah berkaitan jambatan dengan Singapura; penjualan MV Agusta serta rel landasan berkembar.
'Alhamdulillah, Pak Lah sihat'
Perkara itu dikongsikan oleh Nordin melalui siaran di akaun Facebook rasminya pada Sabtu.
'Tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' - Khairy jelaskan Pak Lah kini hadapi dementia
Khairy berkata, situasi Pak Lah merosot ke tahap - 'tubuhnya ada, tetapi bukan mindanya' dan badan Pak Lah tidak berfungsi seperti sediakala.
"Sama-sama kita doakan Pak Lah dan Tun Jeanne sihat sejahtera"
Izad berkata dia sendiri mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarga Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan
Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu pernah dilaksanakan di Dewan Rakyat tanpa titah Seri Paduka Baginda.
[KOLUMNIS] Seribu kebaikan kalah dengan satu kesilapan kecil
Telah tular mengenai tweet Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tentang kunjungan beliau dan isteri ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pak Lah sihat, penyebar berita palsu berdepan tindakan undang-undang
Abdullah atau dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.