UMNO akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan keanggotaan 16 individu dikatakan ahli UMNO yang memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan UMNO bagi memohon perisytiharan bahawa parti itu melanggar perlembagaan.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, buat masa ini pihaknya tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan.
“16 ahli UMNO? Saya pun tidak tahu. Tidak mengapa, bagi kita siasat dulu kesahihan sama ada mereka ahli UMNO atau tidak. Lepas itu baru kita tengok macam mana,” katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Nazri Abdul Aziz seperti dilaporkan portal Malaysiakini berkata, status parti itu kini terletak di tangan mahkamah.
“Terserah pada mahkamah. Apa yang kita tak puas hati, kita (boleh) merayu di mahkamah,” katanya seperti dilaporkan.
Pada 27 Februari, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan kenyataan bahawa MT Umno telah memutuskan untuk menangguhkan pemilihan UMNO selewat-lewatnya pada 19 April 2019.
Susulan itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan dakwaan Tengku Adnan bahawa UMNO mendapat kebenaran RoS menangguhkan pemilihan parti melebihi tempoh dibenarkan perlembagaan.
Bagaimanapun, RoS menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan kelulusan permohonan perlanjutan pemilihan UMNO untuk tahun 2017 selaras dengan perlembagaan parti itu.
Sinar Harian
Fri Apr 20 2018
Ab Rauf berkata pihaknya tidak tahu mengenai keanggotaan 16 individu yang dikatakan memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap RoS dan UMNO. - Gambar fail
1MDB: Najib akui kadangkala boleh buat silap
Najib berkata kesilapan boleh berlaku jika sesuatu perkara disalah nyatakan, disalahmaklumkan atau diperdayakan.
AWANI Ringkas: Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: AI | 30 Peratus Pekerjaan Hilang 10 Tahun Lagi
Dalam tempoh 10 tahun akan datang, 30 peratus pekerjaan akan ‘berubah’ kerana impak teknologi kecerdasan buatan (AI). Kelompok mana yang akan terkesan dan apa perlu kita buat? Diskusi 9 malam
38 pendatang tanpa izin ditahan di Kinta, Perak Tengah
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 38 pendatang tanpa izin dalam serbuan di 22 premis berasingan di sekitar daerah Kinta dan Perak Tengah, awal pagi tadi.
#AWANIRingkas 8 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Januari 2025
1️⃣ Kerajaan tidak sorok - Fahmi
2️⃣ Saya bukan 'bapa' TIA - Najib
3️⃣ Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan tidak sorok - Fahmi
2️⃣ Saya bukan 'bapa' TIA - Najib
3️⃣ Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
#awaniringkas
Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.
UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.
Pendigitalan kesihatan dan perlindungan data antara fokus utama di IRC 2025
Pendigitalan sektor kesihatan dan perlindungan data menjadi antara fokus utama dibincangan di Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025.
OPPO Reno13: Gabungan AI, fesyen & fotografi dalam air
OPPO lancar Reno13 yang merupakan siri telefon pintar AI dengan teknologi canggih dan reka bentuk inovatif menggabungkan fesyen serta teknologi.
Agenda AWANI: RUU Jenayah Siber, Lebih Relevan?
RUU Jenayah Siber baharu dijangka akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997. Apakah perubahan utama yang diperlukan untuk memastikan ia relevan dalam menangani ancaman siber era moden? Diskusi 8.30 malam
Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.
Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.
Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.
Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.
Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.
Pekerja pembersihan main peranan penting pembangunan negeri - Ab Rauf
Pekerja pembersihan menyumbang kepada pengiktirafan Bandar Raya Melaka sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara, kata Ketua Menteri.
Kehadiran kapal persiaran mewah lonjak kemasukan pelancong ke Melaka - Ab Rauf
Pemilihan Melaka sebagai destinasi persinggahan kapal persiaran mewah Genting Dream Cruise mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada Melaka - Anthony
Pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, Banda Hilir bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelancongan kepada Melaka.
Melaka usaha aktifkan semula penerbangan ke Pekan Baru, pasarkan pelancongan kesihatan
Sebanyak 82,941 pelancong kesihatan dari Indonesia, telah mendapatkan rawatan di Melaka pada tahun lepas.