Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin parti itu tidak akan tergugat walaupun kini berdepan pelbagai ujian, termasuk serangan daripada bekas pemimpin yang berpaling tadah.
Hishammuddin berkata kesatuan anggota UMNO yang dididik berpegang kepada prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan individu, menjadi sandaran dan tonggak parti dalam mengharungi cabaran sejak ditubuhkan 70 tahun lepas.
"Kerana itu kita dapat berhadapan dengan perhimpunan kali ini dalam keadaan rumah tangga kita masih lagi dapat kita pertahankan.
"Menjadi harapan saya kita keluar daripada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, orang akan dapat melihat UMNO sebagai satu wajah, satu parti, satu institusi dan kita masih berada dalam satu saf yang mantap," katanya dalam temubual khas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, baru-baru ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata perkara penting dalam perhimpunan kali ini ialah UMNO perlu melihat kepada kekuatan sendiri, dan apa perlu dilakukan adalah memastikan parti terus dipertahankan dan mampu menempuh cabaran berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Hishammuddin berkata Perhimpunan Agung UMNO kali ini juga diharap lebih fokus dalam membincangkan usaha menguatkan jentera dan keyakinan setiap anggota parti sebagai persediaan menghadapi PRU14.
Beliau berkata jentera UMNO perlu menunjukkan 'mentaliti boleh menang' bagi memastikan parti memperoleh kemenangan besar pada PRU akan datang.
"PRU kali ini bermula dengan Perhimpunan Agung UMNO, bermula dengan kita sedar dan insaf agenda kita lebih besar daripada hanya untuk mengekalkan pemerintahan, tetapi juga untuk memastikan negara kita dalam dunia yang tidak menentu ini, dapat kita pertahankan, dalam konteks ekonomi, agama, politik dan keselamatan. Sekarang, mari kita fokus untuk pilihan raya," katanya.
Jelas beliau, banyak lagi kerja perlu dilaksanakan sekiranya UMNO ingin berdepan PRU dan anggota UMNO seharusnya tidak berada dalam keadaan selesa, sebaliknya harus memantapkan jentera demi memastikan kemenangan milik parti.
Menyentuh cabaran dalaman parti serta serangan bekas pemimpin, Hishammuddin menyifatkan ia bukan perkara baharu, dan yakin ujian itu mampu dihadapi UMNO seperti mana sebelum ini.
"Kita ingat lagi semasa UMNO diharamkan, kita ingat lagi semasa Semangat 46 ditubuhkan, tetapi kita berjaya mengharunginya," kata beliau.
Anggota Parlimen Sembrong itu, bagaimanapun mempersoal tindakan bekas pemimpin, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bertukar pendirian apabila sanggup bekerjasama dengan pihak lawan untuk menjatuhkan parti dan kepimpinannya.
"Biarpun pengasas UMNO sendiri Datuk Onn Jaafar mengambil langkah mengundur diri, tetapi Datuk Onn pada masa itu tidak minta orang untuk menghuru-harakan negara kita dengan berdemonstrasi di tengah-tengah jalan dan dia tidak mengaibkan pemimpin UMNO ketika itu, beliau berpegang kepada prinsip ini (mengutamakan kepentingan parti)," katanya.
Ditanya sama ada beliau terbeban untuk mengatur gerak kerja bagi Perhimpunan Agung UMNO 2016 dari 29 Nov hingga 3 Dis, Hishammuddin berkata: "Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar".
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Persiapan Perhimpunan Agung UMNO, Hishammuddin mengakui tidak berasa tertekan melakukan persiapan itu walaupun sebelum ini, tugas tersebut dibantu dua lagi naib presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas timbalan presiden, dan Datuk Seri Shafie Apdal yang telah keluar parti.
"Tahun ini lebih jelas apa kita kena buat, jadi saya rasa tidak tertekan sangat. Nama jurucakap kita sudah kenal pasti dan draf usul juga sudah siap.
"Kini, saya cuma perlu jumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dapatkan hala tuju sedikit berhubung ucapan dasarnya," kata beliau.
Sebanyak 681 usul daripada 191 Bahagian UMNO di seluruh negara, dan antara usul dijangka mendominasi perbahasan pada perhimpunan kali ini ialah kos sara hidup, perumahan, pendidikan, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera serta pilihan raya umum, katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2016

Anggota UMNO seharusnya tidak berada dalam keadaan selesa, sebaliknya harus memantapkan jentera demi memastikan kemenangan milik parti. - Gambar fail
Pelaburan RM1.1 Bilion MDH dalam Sapura Energy: Langkah besar keluar PN17
Sapura Energy Bhd (SEB) memperoleh pelaburan RM1.1 bilion melalui langganan saham pinjaman boleh tebus boleh tukar oleh Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH). Pelaburan ini akan digunakan untuk membayar liabiliti SEB kepada penyedia perkhidmatan Malaysia dalam sektor minyak dan gas, menyokong kestabilan kewangan vendor tempatan.
Pelaburan MDH dalam Sapura Energy: Manfaat kepada vendor tempatan
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan untuk membayar vendor tempatan, menyokong perniagaan tempatan dan mengekalkan integriti rantaian bekalan dalam industri minyak dan gas Malaysia. PNB menjelaskan kepentingan pembiayaan ini untuk kelangsungan kewangan SEB dan kesan positifnya terhadap ekonomi negara.
[TERKINI] Rasuah: Ismail Sabri dijadual beri keterangan kepada SPRM pagi ini
Wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir berada di perkarangan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini susulan siasatan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ASEAN tingkat usaha perteguh keselamatan siber, depani peningkatan ancaman
Ancaman siber adalah antara cabaran utama, meliputi jenayah seperti penipuan dalam talian dan serangan penggodam ke atas infrastruktur kerajaan.

ICC tahan bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah ditahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Rabu.

AirAsia diharap mempertimbangkan semula keputusan gantung penerbangan Ipoh-Singapura - Exco
Katanya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan ia diharap hanya pendekatan sementara bagi penyusunan semula strategi.
AWANI Ringkas: Rodrigo Duterte tiba di The Hague
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
2️⃣ Warga emas ditahan di LTAPP
3️⃣ Rodrigo Duterte tiba di The Hague
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
2️⃣ Warga emas ditahan di LTAPP
3️⃣ Rodrigo Duterte tiba di The Hague
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Amirul Aiman
- SPRM rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
- Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
- Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
#AWANIpagi #AWANInews
- SPRM rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
- Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
- Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
#AWANIpagi #AWANInews

All England: Wei Chong-Kai Wun tersingkir awal
Pasangan yang berada di ranking ketujuh itu tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-15, 21-8 dalam perlawanan berlangsung selama 32 minit.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai menjalankan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.

'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.

10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam.

Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding
Bersatu Perak mempunyak 277 Cawangan daripada 24 Bahagian yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.

Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah
Kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa di mana rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.

Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara
Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri

Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir
Mesyuarat khas tergempar yang diadakan Dr Mahathir baru-baru ini hanya untuk mendengar perbezaan pendapat susulan isu pelantikan Exco Johor yang baharu.

PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.

Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019
Perkembangan pesat komunikasi siber mengundang masalah besar buat seluruh dunia lebih-lebih lagi pada negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 269 juta seperti Indonesia.

PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.