UMNO sebagai parti pendokong aspirasi Melayu dan Islam di negara ini, tidak seharusnya dilihat cuba mempersoalkan integriti institusi kehakiman di negara ini, tegas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.
Dalam temu bual dengan Astro AWANI baru-baru ini, beliau berkata, sebagai parti politik, UMNO sebaliknya harus menjadi benteng mempertahankan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Ujarnya lagi, kritikan beberapa pemimpin parti secara terbuka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan kesalahan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.
“Bagi saya, kalau UMNO kata 'oh kita kecewa kerana keputusan itu tidak mengikut kehendak kita', dan kita marah kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin). Itu adalah perkara yang sangat sangat... bagi saya... salah.
“Setahu saya sebagai (salah seorang) anggota pentadbiran, Perdana Menteri adalah seorang yang berintegriti dan tidak akan campur tangan dalam keputusan hakim. Jadi bagi saya UMNO tak boleh keluarkan kenyataan tersebut. Sebab seolah-olah nampak kita mengharapkan campur tangan,” katanya lagi.
Baru-baru ini Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa UMNO tidak akan menyertai sebarang usaha untuk menubuhkan Perikatan Nasional secara rasmi, satu jenama yang dibawa Muhyiddin selepas tertubuhnya kerajaan baharu menggantikan Pakatan Harapan pada Mac lepas.
Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, UMNO sebaliknya akan terus menumpukan usaha mengukuhkan Muafakat Nasional, satu kerjasama politik rasmi antara parti itu dan PAS.
Beberapa pihak berpendapat, kenyataan itu adalah ekoran keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi Najib.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau sudah lali menerima kritikan terhadap pandangannya yang sering disifatkan tidak selari dengan arus perdana.
“Saya dah biasa sangat dengan kritikan ini. Kritikan ini sejak saya bermula dalam politik, lepas tu lepas pilihan raya 2008, zaman Pak Lah, Budak Tingkat Empat, macam-macam kritikan yang saya telah terima sampai ke hari ini.
“Jadi bagi saya kritikan ini perkara yang biasa. Mungkin sebab saya suka buat pendirian yang berbeza daripada arus perdana. Itu mengundang kecaman, kritikan, tohmahan, fitnah macam-macam,” katanya lagi.
Namun, tegasnya lagi, penting bagi UMNO untuk memberi peluang kepada generasi seterusnya bagi mempelopori era baharu selain menunjukkan teladan kepada generasi akan datang.
“Next generation maksud saya siapa? Sekarang ini generasi Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid (Hamidi). Mereka ini berada dalam usia 60-an. Jadi the next generation is those in the fifties. Mereka yang berada dalam generasi 50-an. Sebagai contoh, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Mereka ini dalam usia 50-an.
“Dan mereka ini perlu disokong the next generation after that. Generasi 40-an seperti saya, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebagai contoh. Pemegang jawatan dalam kerajaan pada hari ini.
"Kalau kita melihat ada kumpulan seperti itu yang sudah bergerak ke hadapan bersama, sehaluan... ia mungkin dapat mengurangkan perpecahan dalam UMNO,” jelasnya lagi.
Firdaus Azil
Tue Aug 04 2020

UMNO harus menjadi benteng mempertahankan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman, kata Khairy.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.