Pas menegaskan akan memberi sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu benar-benar berlaku.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun Pas di pihak pembangkang, sokongan diberikan kepada Dr Mahathir demi meneruskan kepimpinan Islam dalam kerajaan.
"Kita mempunyai maklumat (undi tidak percaya kepada perdana menteri) sebab itulah kita bagi sokongan...kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
"Kita akan sokong bahkan sokong walaupun dalam kita (Pas) jadi pembangkang demi kepimpinan orang Islam," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya selepas menyampaikan kuliah dhuha di Rusila, dekat sini pada Jumaat.
Ahli Parlimen Marang itu mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam di Kuala Lumpur yang mahu melihat sama ada Pas mengotakan janji menyokong beliau jika usaha menggulingkan beliau berlaku.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sokongan Pas itu adalah jaminan akan bersama Perdana Menteri atas dasar untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.
Isu mengenai undi tidak percaya dibangkitkan selepas pendedahan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan kononnya terdapat dua parti dalam PH mungkin merancang pembelotan terhadap Dr Mahathir.
Abdul Hadi juga memberi bayangan kurangnya penglibatan parti komponen PH membantu calon mereka dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih seperti mengiakan wujudnya usaha menggulingkan Pengerusi PH itu.
Astro Awani
Fri Feb 22 2019
Walaupun Pas di pihak pembangkang, sokongan diberikan kepada Dr Mahathir demi meneruskan kepimpinan Islam dalam kerajaan.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Peluncuran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkongsi pandangan beliau berkenaan peluncuran Melawat Malaysia 2026.
Aliran keluar dana asing: Faktor, kesan, dan langkah pemulihan pasaran modal Malaysia
Bursa Malaysia mencatatkan aliran keluar dana asing selama 10 minggu berturut-turut sehingga 27 Disember 2024. Apakah faktor yang mendorong tren ini, kesannya terhadap pasaran, dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihkan keyakinan pelabur? Sertai perbincangan kami hari ini untuk memahami isu-isu utama ini bersama Mohd Sedek Jantan
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
AWANI Pagi: Menjelang Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) merupakan inisiatif kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama, dengan sasaran menarik 35.6 juta pelancong antarabangsa dan menjana perbelanjaan domestik RM147.1 bilion sepanjang tempoh tersebut.
AWANI Ringkas: Mohon jalani baki hukuman di bawah tahanan rumah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 6 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Januari 2025
1️⃣ Mohon jalani baki hukuman di bawah tahanan rumah
2️⃣ Sempena sesi pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura
3️⃣ Dedahkan isu keciciran pelajar
#awaniringkas
1️⃣ Mohon jalani baki hukuman di bawah tahanan rumah
2️⃣ Sempena sesi pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura
3️⃣ Dedahkan isu keciciran pelajar
#awaniringkas
Titah Adendum: Rayuan Najib mula didengar di Mahkamah Rayuan jam 9.21 pagi
Pendengaran dimulakan di hadapan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Azizah Nawawi, Azhahari Kamal Ramli dan Mohd Firuz Jaffril.
[TERKINI] Himpunan Solidariti menuntut keadilan Najib Razak
Wartawan Umavathi Ramayah dan Faida Rahim membawakan perkembangan terkini langsung dari Istana Kehakiman, Putrajaya.
Asas bermusim kukuh dijangka dorong niaga hadapan MSM meningkat minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan yang cenderung meningkat sedikit minggu ini, susulan asas bermusim yang lebih kukuh.
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.
"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.