Tegas Anwar, kedua-dua pemimpin itu penting dalam perjuangan PKR.
"Ahli-ahli pula perlu pilih secara waras,” jelas calon Presiden PKR itu semasa ditemubual dalam program mingguan AI yang disiarkan pada Khamis di Astro AWANI.
Walau bagaimanapun, Anwar menegaskan pendirian tidak bersetuju terhadap tindakan mana-mana pemimpin parti itu yang menggunakan pendekatan ‘cai’ atau menetapkan barisan kepimpinan tertentu untuk menagih undi menjelang pemilihan parti itu.
"Dalam pemilihan kita memilih di setiap peringkat dan kita pilih yang terbaik dan yang terbaik itu tidak semestinya mewakili sesuatu kelompok,” ujarnya.