Ahli Jawatankuasa Biro Politik PKR, Datuk Johari Abdul menyeru agar ahli-ahli PKR tidak memberi sebarang komen selain yang diputuskan oleh Biro Politik mengenai kes video intim Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Johari berkata, ahli-ahli parti perlu akur terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Lembaga Tatatertib parti terhadap Ketua AMK Santubong itu.
Beliau juga meminta ahli-ahli jangan dengan mudah menerima kenyataan-kenyataan yang kononnya dikeluarkan pemimpin PKR sambil mengingatkan ia perlu ditapis terlebih dahulu agar tidak mengeruhkan suasana.
Beliau turut enggan mengulas mengenai kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau tidak tahu akan kebenaran kes itu.
"Jangan mengadakan komen-komen selain yang diputuskan oleh Biro Politik. Kita akur apa yang diputuskan oleh biro politik.
"Yang pertama, Jawatankuasa Disiplin telah pun mengambil tindakan keluarkan surat tunjuk sebab kepada Haziq untuk menyiasat. Yang lain, kita telah pun bersetuju supaya tidak ada lagi komen-komen terhadap video tersebut.
"Ada juga pandangan yang saya harus komen tentang kononnya kenyataan Mohamed Azmin berbeza dengan Dr Mahathir, itu saya tak mahu komen. Kerana, ini akan memburukkan lagi keadaan, biarlah polis yang akan menyiasat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Jamuan Aidilfitri Cabang PKR Kubang Pasu di Changloon, dekat Jitra, Kedah pada Jumaat.
Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkannya dalam satu video lucah.
Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuh beliau dan memusnahkan karier politiknya.
Astro Awani
Fri Jun 21 2019
![Video intim: Ahli PKR disaran jangan beri sebarang komen Video intim: Ahli PKR disaran jangan beri sebarang komen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/71531222459_JohariAbdul.jpg)
JOHARI: Ada juga pandangan yang saya harus komen tentang kononnya kenyataan Mohamed Azmin berbeza dengan Dr Mahathir, itu saya tak mahu komen. Kerana, ini akan memburukkan lagi keadaan. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733796844_AzminAli.jpg)
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
![Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715942833_AzminAli.jpg)
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
![PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727257268_TBPRKMahkota.jpg)
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
![PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726734238_MohamedAzminAli.jpg)
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
![Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715942833_AzminAli.jpg)
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
![Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716276606_AmirudinShari.jpg)
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
![Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715942100_AzminAli.jpg)
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
![Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715828713_SyedSaddiqbuku.jpg)
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
![Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018 Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715827234_SyedSaddiqbukuj.jpg)
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
![Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715615986_DeepakJaikishan.jpg)
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.