Plot agenda video intim yang didakwa mengandungi aksi seks luar tabii mirip seorang Menteri Kabinet bukan dilakukan pihak UMNO namun dari kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa, ia dirancang secara teliti dan berterusan semata-mata untuk mematikan terus karier politik seorang Menteri Kabinet yang sedang berada di tahap terbaik kini.
"Ini bukan kerja orang luar tetapi perbuatan jijik dari dalaman. Kalangan jijik dan jahat ini cuba merancang pukulan maut terhadap Menteri Kabinet berkenaan.
"Saya yakin puak ini akan menemui jalan buntu. Tetapi, dalam masa yang sama Menteri Kabinet berkenaan perlu terus berhati-hati kerana pihak ini akan terus memberi tekanan kerana mereka tidak akan hilang atau rugi apa-apa.
"Menteri Kabinet berkenaan harus terus fokus bekerja demi untuk rakyat serta negara tanpa melayani tindakan jahat serta komplot itu. Lihat saja serangan yang dilakukan kononnya ada pembayaran melalui akaun sebuah bank yang sudah disahkan palsu oleh pihak institusi kewangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
BACA: Video intim: Haziq Abdullah digantung kerja serta-merta
BACA: Klip video seks: 'Saya tidak percaya ia tulen' - Tun M
Dalam isu berkenaan Khairuddin juga tidak mahu pembangkang disalahkan.
"Ini bukan kerja orang-orang UMNO atau Pas tetapi tidak mustahil ia adalah perbuatan kalangan tertentu dari parti Menteri Kabinet berkenaan. Ini tidak mustahil sama sekali.
"Lebih baik Menteri Kabinet berkenaan diam dan tidak melayan perbuatan terkutuk itu serta menumpukan kerja-kerja membangunkan semula negara.
"Tambah, Menteri Kabinet itu adalah salah seorang tokoh pemimpin muda yang cukup biasa dengan segala percaturan ‘asam garam’ politik dan telah melalui pelbagai ‘ranjau onak duri’. Lagipun, ini bukan pertama kalinya beliau ditohmah secara dahsyat," tegasnya.
Jelas Khairuddin, Menteri Kabinet berkenaan juga sudah banyak kali diserang namun semuanya tidak mempunyai asas kebenaran sama sekali.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairuddin berkata, tindakan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang secara terbuka mendakwa dirinya terlibat dalam video intim bersama seorang individu mirip Menteri Kabinet sikap tidak bermaruah.
"Haziq sanggup tampil ke hadapan tanpa perasaan malu sedikit pun malahan secara bangganya sanggup buat pengakuan secara terbuka bagi melakukan tindakannya terhadap Menteri Kabinet berkenaan.
"Di sini sudah membuktikan puak ini tidak mempunyai maruah diri. Orang yang tidak bermaruah boleh buat apa saja untuk menganiayai orang lain.
"Namun, dalam masa yang sama saya juga merasa agak lucu melihat gelagat kalangan hipokrit yang membuat pelbagai kenyataan kesal, ralat dan simpati terhadap susunan agenda jahat terhadap Menteri Kabinet berkenaan," katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Haziq telah digantung tugasnya sebagai setiausaha sulit kanan berkuat kuasa serta-merta.
Shamsul menegaskan, surat tunjuk sebab kepada Haziq juga telah dikeluarkan dan dia diminta menjawabnya dalam tempoh tiga hari bermula 12 Jun.
Astro Awani
Thu Jun 13 2019

Khairuddin berkata, Menteri Kabinet berkenaan perlu terus berhati-hati kerana pihak ini akan terus memberi tekanan kerana mereka tidak akan hilang atau rugi apa-apa. - Gambar BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Video intim: "Semoga tiada lagi mangsa kedurjanaan politik" - Azmin Ali
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdoa semoga tidak ada lagi mana-mana individu akan menjadi mangsa kedurjanaan politik seperti yang dilaluinya sebelum ini.

Video Intim: Farhash hormati keputusan Peguam Negara
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menggesa semua pihak supaya mengelak daripada membuat spekulasi terhadap mana-mana pihak.

Video intim: "Alhamdulillah, ini noktah segala fitnah dan tohmahan" - Azmin
Azmin Ali menzahirkan rasa syukur dengan keputusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

Video intim: Tiada individu akan didakwa - Peguam Negara
Peguam Negara, Tommy Thomas mendapati tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan video intim yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

Video intim: Lembaga Disiplin PKR bakal hubungi Farhash, Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak akan diminta untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan mereka mengenai isu video intim.

Ketua Polis Negara patut tangkap Azmin, kata setiausaha politik Anwar
Katanya, dia turut hairan dengan tindakan polis yang membuka kertas siasatan terhadapnya di bawah Seksyen 377 B, berkaitan melakukan hubungan seks luar tabii.

Video intim: Tempoh reman Haziq disambung tiga hari
Tempoh tahanan reman bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan dua individu yang tamat hari ini, disambung tiga hari lagi sehingga Selasa.

Dalang di sebalik video seks perlu dikenakan tindakan - Amirudin
"No man is above the law in this country (tiada sesiapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang di negara ini)," demikian tegas Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Amirudin Shari berhubung keny

Isu video intim: Najib keluarkan pantun empat kerat
Isu video intim mendapat perhatian bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang tampil dengan pantun empat kerat di laman Facebook rasminya.

Video intim: Wujud gerakan politik jatuhkan Azmin - Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wujud gerakan politik untuk menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu video intim.