Wakil rakyat Sabah dilihat mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat sebarang keputusan sama ada melompat parti atau tidak.
Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg berkata, tindakan itu juga didorong oleh senario politik semasa yang berlaku di peringkat Persekutuan.
Malah Dr Romzi juga memberi bayangan bahawa persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai itu juga sebagai indikator kepada sokongan para wakil rakyat terutama dari Sabah.
"Pemimpin kita di Sabah mengambil sikap tunggu dan lihat. Saya 13 Julai ini ketika persidangan Parlimen akan jadi penentu sama ada akan ada lompat-melompat atau sebaliknya.
"Situasi itu juga menjadi penentu sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang ini masih kekal atau sebaliknya. Para pemimpin ini ambil langkah berhati-hati kerana tidak mahu kerugian kalau tersalah pilih," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Kota Kinabalu.
BACA: Selesaikan segera politik Sabah, fokus kepada ekonomi rakyat
Tambah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Khidmat Komuniti UMS itu lagi, secara umumnya politik di negeri itu dalam aspek kerajaan negeri masih lagi stabil.
Ditanya juga mengenai senario kes saman-menyaman antara beberapa pemimpin di negeri ini, Dr Romzi menjelaskan perkara tersebut adalah lumrah atau rempah ratus dalam politik.
BACA: Yayasan Sabah fail tuntutan RM872 juta terhadap Musa Aman
BACA: Musa Aman nafi dakwaan salah laku ketika jadi Pengerusi Yayasan Sabah
Katanya, senario itu tidak mengubah apa-apa sebaliknya hanya menambah kebencian dalam kalangan pemimpin dan rakyat.
"Saya yakin walaupun akhirnya ada pihak yang menang dan kalah, kesannya tidak signifikan kepada keadaan politik Sabah kerana kita masih melihat kepada apa yang berlaku di peringkat Pusat," katanya lagi.
Assim Hassan
Sun Jun 21 2020
Wakil rakyat Sabah dilihat mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat sebarang keputusan sama ada melompat parti atau tidak. - Foto Astro AWANI
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Kerajaan Perpaduan Sabah elak keperluan pilihan raya diadakan - Penganalisis
Katanya, bukan satu idea yang bagus untuk melaksanakan pilihan raya awal pada masa ekonomi negara dan negeri sedang dalam fasa pemulihan.
Kecelaruan politik akan berterusan melainkan jika ahli politik insaf - Pakar
Ahli politik harus bersifat terbuka untuk mencari jalan perdamaian dan membolehkan kerajaan baharu memberi tumpuan kepada usaha menangani pandemik COVID-19.
Perubahan kerajaan Sabah, jajaran politik baharu hanya retorik - penganalisis
Isu tular mengenai jajaran politik baharu yang digembar-gemburkan beberapa hari lalu disifatkan propaganda serta retorik semata-mata.
Pakatan Harapan ketika ini terlalu lemah, tidak mampu hadapi PRU - Penganalisis
Terdapat cubaan menunjukkan rasa hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, dan bakal Perdana Menteri seterusnya.
Pelantikan wakil Pas dalam kabinet Sabah beri impak kepada GRS?
Pelantikan Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan sebagai ADUN dilantik dalam kerajaan Sabah yang baharu dilihat berkemungkinan memberi kesan kepada situasi politik di Sabah.
PRN Sabah: Ada pro dan kontra untuk PN dan BN tidak letakkan Musa Aman
Keputusan itu, sedikit sebanyak boleh meningkatkan keyakinan pengundi terhadap integriti gabungan PN dan BN.
Wakil rakyat Sabah ambil sikap tunggu dan lihat - Penganalisis politik
Wakil rakyat Sabah dilihat mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat sebarang keputusan sama ada melompat parti atau tidak.
Rakyat Sabah tidak mahu dengar isu serangan peribadi - Penganalisis
Taktik serangan peribadi yang digunakan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis oleh mana-mana calon tidak akan membuahkan hasil.
Kimanis Memilih: Kemenangan 'petanda' awal kepada keputusan PRU15
Walaupun masih awal untuk meramal apa yang berlaku pada PRU15, namun PRK Kimanis menjadi titik tolak kepada perubahan berpolitik.