“Selagi saya berkebolehan, saya nak betulkan keadaan orang Melayu.”
Itu tegas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian yang diterbitkan hari ini.
Beliau berkata, selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, bukan nasib dirinya yang menjadi keutamaan, tetapi apa yang Dr Mahathir utamakan ialah fokus dalam memulihkan kembali keadaan orang Melayu ketika ini.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau melihat ia sebagai satu kepuasan, dan sedia memberi khidmat jika diminta oleh masyarakat.
“Bukan kedudukan menjadi Perdana Menteri yang penting. Kedudukan Perdana Menteri penting bagi membolehkan kita ada kuasa. Lebih penting adalah menjatuhkan sebuah kerajaan kleptokratik.
“Sebab itu, saya melihat keadaan. Sekiranya ada kemungkinan itu berlaku, saya terpaksa memainkan sedikit peranan sekiranya diminta (oleh) orang ramai,” katanya lagi.
BACA: Tun Mahathir tidak peduli bagaimana dirinya akan dikenang
Ditanya apakah cita-cita beliau sekarang, Tun Mahathir berkata beliau kini hendak berehat namun masih berharap mampu menyumbang pandangan berkaitan ekonomi orang Melayu.
"Saya hendak rehatlah... saya hendak rehat. Kalau boleh, mereka yang saya sudah letak untuk menjalankan tugas memulihkan ekonomi orang Melayu, mereka masih datang kepada saya dan saya memberi pandangan dan nasihat. Dan kadang-kadang saya pergi tengok sendiri dan beri pendapat," katanya lagi.
Dr Mahathir, yang mula menceburi bidang politik pada ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Malaya lagi, mencipta sejarah sebagai satu-satunya ahli politik yang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, iaitu dari tahun 1981 hingga 2003 di bawah Barisan Nasional, dan 2018-2020, di bawah Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, beliau terpaksa meletak jawatan ekoran krisis politik yang memuncak, termasuk tekanan dari rakan-rakan komponen Pakatan Harapan hingga menyaksikan kerajaan itu tumbang, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri yang baharu di bawah Perikatan Nasional.
Firdaus Azil
Thu Mar 12 2020

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau melihat ia sebagai satu kepuasan, dan sedia memberi khidmat jika diminta oleh masyarakat.- Gambar fail/BERNAMA
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.