BAHANG persaingan merebut kerusi panas Presiden UMNO sama sengit seperti perlawanan bola sepak Piala Dunia Rusia 2018.
Jika di pentas Piala Dunia ramai menanti siapakah pemilik ‘The Golden Boot’, Messi, Neymar atau Ronaldo, senario itu sama dirasai pada pemilihan Umno, 30 Jun ini apabila ramai ingin mengetahui siapakah yang akan menerajui UMNO.
Pemilihan kali ini menjadi tumpuan bukan sahaja selepas UMNO mencatat kekalahan pada PRU umum yang lalu, tetapi mencatat rekod calon paling ramai bertanding.
Daripada tujuh calon menawarkan diri nampaknya Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih popular digelar KJ dilihat sebagai calon ‘The Favorite Trio’.
BACA: Debat AWANI Ku Li - Khairy eksklusif di Astro AWANI 29 Jun ini!
BACA: Debat Presiden UMNO: Eloklah isu parti dibincang di 'halaman sendiri' - Zahid
Kurang 10 hari lagi, nasib mereka bakal diketahui. Masing-masing sedang bekerja keras meraih sokongan perwakilan dari Johor hingga ke Sabah.
Sama ada calon 'otai' atau calon yang pernah dilabelkan sebagai ‘budak nakal dalam parti’ yang akan dipilih, akan diketahui Sabtu depan. Apa yang penting, jangan wujud ‘dirty game’ sepanjang kempen ini.
Imej UMNO sudah tercalar dan jangan dicalarkan lagi dengan taktik kotor pemilihan dalaman parti. Apa yang sudah rosak perlu segera diperbaiki, kembalikan semula semangat ahli-ahli yang hatinya telah terusik dek trauma kekalahan pada PRU14, 9 Mac lalu.
Pada Majlis Hari Raya anjuran Wanita UMNO di Ibu Pejabat Umno di PWTC, Kuala Lumpur kelmarin, boleh diibaratkan sebagai pentas drama apabila lensa merakamkan detik mesra berpelukan dan gurauan antara KJ dan Ahmad Zahid.
Di sebalik kemesraan itu, kelibat Ku Li tidak kelihatan. Mungkin beliau ada tetapi ramai yang tidak nampak atau beliau sememangnya tidak hadir ke majlis itu.
Ahmad Zahid berkata, “Kalau Ku Li ada kita tak peluk” namun itulah yang wajar dilakukan supaya menjadi contoh kepada perwakilan yang sedang menggila merebut beberapa posisi utama dalam UMNO.
Di kem Ahmad Zahid, beliau membuat pendekatan berkempen ke negeri-negeri.
Ketika Majlis Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya anjuran Umno Pahang di Dewan Tun Razak, Temerloh beliau berkata, jumlah calon yang ramai untuk bertanding dalam pemilihan parti akan menawarkan pilihan terbaik.
Beliau juga membuat ‘personal touch’ dalam majlis tertutup dengan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, dua calon timbalan presiden iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan dan Tan Sri Annuar Musa juga bersama calon naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta calon Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad.
Di kem KJ pula, anak muda berusia 42 tahun ini menggunakan pendekatan suka cakap lepas sebagai meledakkan apa yang terbuku di hati selama di bawah penguasaan bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 15 Mei lalu, dalam temubual bersama Channel NewsAsia, beliau mengakui sepatutnya berterus terang mengenai Najib dan bukannya melindunginya bekas perdana menteri itu berhubung skandal 1MDB.
Ahli Parlimen Rembau itu juga dengan lantang berkata, jika UMNO meneruskan amalan pemikiran feudal untuk melindungi pemimpin daripada kebenaran UMNO akan pupus.
Beliau juga mendedahkan kekalahan BN kerana kecuaian, banyak berkhayal hingga hanyut dalam keselesaan.
Selain itu, beliau juga menyifatkan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal adalah kesalahan besar yang telah UMNO lakukan.
Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad ada menyebut KJ adalah calon terbaik dan layak untuk bertanding jawatan presiden kali ini.
Namun KJ menganggap teguran itu sebagai sindiran kerana Dr Mahathir yang dikenalinya adalah seorang yang suka memberi kenyataan sarkastik.
Jika matlamat untuk meremajakan parti, KJ wajar diberi peluang untuk menerajui UMNO.
Tetapi persoalannya, bolehkah orang-orang lama dalam UMNO menerima perubahan dan idea-idea gila dari pemimpin muda ini untuk menerajui parti berusia 72 tahun itu.
Dalam peperangan merebut kerusi nombor satu itu, KJ cuba membeli jiwa perwakilan dengan menggunakan modal politik mahukan pembaharuan progresif, termasuk mewajibkan pemilihan UMNO setiap tiga tahun tanpa penangguhan perlu dilaksanakan dalam usaha menghidupkan kembali keyakinan ahli.
Seorang lagi calon ialah pemimpin veteran yang bakal mengembalikan kenangan UMNO lama iaitu Ku Li.
Ku Li dilihat agak tersisih, berpengalaman luas untuk mengemudi UMNO dan pernah menjadi naib presiden dan bendahari, termasuk menjadi menteri Kabinet semasa Tun Hussin Onn dan juga semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4.
Pemimpin berusia 81 tahun itu, dengan sinis pernah berkata, beliau tidak sanggup "merangkak” bertemu Dr Mahathir selepas Ahmad Zahid melakukan pertemuan sulung dengan perdana menteri baru-baru ini.
Seperti diketahui hubungan Ku Li dan Dr Mahathir suam-suam kuku sejak dahulu dan keadaan itu dilihat agak panas selepas Dr Mahathir memberikan pendapat terbuka tentang dua pencabarnya Ahmad Zahid dan KJ.
Ini bukan kali pertama Ku Li mahu bertanding Presiden. Beliau pernah merebut jawatan itu pada 1987, bersama Tun Musa Hitam yang ketika itu mencabar regu Dr Mahathir dan Tun Ghafar Baba. Malangnya, beliau tewas 43 undi. Selepas itu berlaku detik hitam apabila Umno diharamkan.
Beliau kemudian menubuhkan Semangat 46 bersama Datuk Seri Rais Yatim. Semangat 46 ketika itu bekerjasama dengan Pas dan DAP tetapi gagal membentuk kerajaan sekali gus parti itu dibubarkan pada 1996 dan menyertai semula Umno.
Pada 2000, beliau sekali lagi menawarkan diri bertanding melawan Dr Mahathir sebagai Presiden namun kuota pencalonan 30 peratus tidak mencukupi dari bahagian Umno.
Pada 2009, sekali lagi mencuba nasib menawarkan diri bertanding jawatan sama menentang Najib kerana Tun Abdullah Ahmad Badawi akan mengundurkan diri susulan kemerosotan keputusan BN dalam pilihan raya.
Nampaknya, Ku Li tidak pernah putus asa untuk terus membuat beberapa percubaan merebut kerusi Presiden Umno.
Pada pemilihan kali ini, beliau mencabar Ahmad Zahid dan KJ untuk berdebat sebelum pemilihan parti.
Bagaimanapun hanya KJ bersetuju menyahut cabaran itu manakala Ahmad Zahid hanya menjawab "Tidak apalah”.
Seramai 518 ahli mencalonkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan dalam Majlis Tertinggi dan sayap parti peringkat pusat selepas pencalonan ditutup pada Ahad lalu.
Diharap, pemilihan UMNO kali ini calon-calon tidak dipengaruhi dengan pemikiran politik Machiavelli yang mana pemikiran tidak lagi dikuasai kekerasan, kelicikan dan egoisme dalam mempertahankan kekuasaan.
Akhir kata, jika mahu melihat UMNO diterima semula oleh anak muda pilihlah KJ, jika mahu melihat legasi Najib di dalam UMNO pilihlah Zahid tetapi jika mahu perjuangan UMNO lama pilihlah Ku Li. - Oleh Liza Hasan
Sinar Harian
Thu Jun 21 2018
Pada Majlis Hari Raya anjuran Wanita UMNO boleh diibaratkan sebagai pentas drama apabila lensa merakamkan detik mesra berpelukan dan gurauan antara KJ dan Ahmad Zahid. - Foto Sinar Harian
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi
Najib menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi.
Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
1MDB: Najib akui kadangkala boleh buat silap
Najib berkata kesilapan boleh berlaku jika sesuatu perkara disalah nyatakan, disalahmaklumkan atau diperdayakan.
Bicara 1MDB: "Saya bukan 'bapa' TIA, itu cetusan idea Sultan Mizan" - Najib
Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin kononnya penubuhan syarikat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dikatakan idea dan 'baby' beliau.
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB
Selepas penyingkiran Abdul Gani sebagai Peguam Negara, pasukan petugas itu dibubarkan pada Julai 2015, semasa Najib memegang jawatan sebagai ketua kerajaan.