Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin akan membawa kemelut keanggotaan yang melanda PKR cabang Julau ke satu mesyuarat peringkat pusat parti pada minggu depan.
Beliau berkata, pucuk pimpinan parti perlu meneliti serta membincangkan permasalahan tersebut bagi mengelakkannya berterusan.
Katanya, perkara tersebut pernah dibangkitkan tetapi setakat ini belum ada keputusan jelas dicapai.
"Saya ingat dah beberapa kali di bawa ke peringkat pusat (PKR) tapi seolah-olah tidak ada keputusan jelas.
"Saya harap minggu depan ada satu lagi mesyuarat yang boleh kita bincangkan lagi untuk kebaikan parti, satu keputusan bijak dan adil harus dibuat.
"Kita hanya ada (masa) satu minggu sahaja lagi, esok (sudah) Isnin sampai Jumaat.
"Kita tengok apa keputusan dibuat pucuk pimpinan sama ada untuk meneruskan (pemilihan PKR cabang Julau) atau menangguh," katanya pada sidang media pada Ahad malam selepas membuat tinjauan ke beberapa rumah panjang kawasan daerah Sibu dan Kanowit pada sebelah siang.
Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut melawat Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit.
BACA: Sistem e-undi PKR kekal - Saifuddin
BACA: Saifuddin Nasution nafi dakwaan abai tugas Setiausaha Agung PKR
Kemelut yang melanda PKR cabang Julau semakin hangat apabila banyak laporan polis berhubung senarai keanggotaan cabang itu malah ada yang sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018
![Zuraida bawa isu PKR Julau ke mesyuarat pusat minggu depan Zuraida bawa isu PKR Julau ke mesyuarat pusat minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540830014_TBZURAIDAH.jpg)
ZURAIDA: Saya harap minggu depan ada satu lagi mesyuarat yang boleh kita bincangkan lagi untuk kebaikan parti, satu keputusan bijak dan adil harus dibuat. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Potong gaji anggota Bersatu berjawatan dalam kerajaan untuk dana parti - Wan Saiful Potong gaji anggota Bersatu berjawatan dalam kerajaan untuk dana parti - Wan Saiful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553232597_PTPTN.jpg)
Potong gaji anggota Bersatu berjawatan dalam kerajaan untuk dana parti - Wan Saiful
Wan Saiful berkata gaji menteri, timbalan menteri, setiausaha politik dan anggota lembaga pengarah pelbagai agensi boleh dipotong mengikut peratusan tertentu setiap bulan bagi tujuan itu.
![Zuraida bawa isu PKR Julau ke mesyuarat pusat minggu depan Zuraida bawa isu PKR Julau ke mesyuarat pusat minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71540830014_TBZURAIDAH.jpg)
Zuraida bawa isu PKR Julau ke mesyuarat pusat minggu depan
Ketua Wanita KR itu berkata, pucuk pimpinan parti perlu meneliti serta membincangkan masalah tersebut bagi mengelakkannya berterusan.